🔷22

317 61 187
                                    

OH HAI

BERTEMU LAGI KITA

MAAP LER DAILY APDET AKU SUDAH HANCUSSS

ESOK AI CUBA KONSISTEN BALIK YE SKSKSKSKKS

HA DAH SILA BACA

OH VOTE LA DULU EM








8.10 am

"Oh ye, hampir lupa. Fail tu!" omel Eunha separuh jerit seraya menepuk dahinya tatkala baru teringat akan fail plan projek yang perlu dibawanya hari ini. Dia yang sudah hampir selesai menurun tangga itu perlu mendaki ke atas semula.

"Aigoo, nasib tak lupaaaa" monolog Eunha sambil mendaki laju satu persatu anak tangga itu. Dia kemudiannya berlari anak ke arah bilik semula. Pintu bilik yang ditutup rapat itu dibukanya lalu cepat-cepat masuk ke dalam. Kakinya dihayun menghampiri meja kerjanya.

"Got you" omel Eunha sendiri dengan senyuman kecil seraya mengambil fail yang statik berada di atas meja kerjanya itu. Kemudian, dia langsung memusingkan badannya untuk menuju ke pintu semula. Namun, matanya terlebih dahulu tertancap pada figura Jungkook yang sedang merapikan kot yang baru disarung pada tubuhnya itu.

"Eh,sayang? Awak nak pergi kerja ke?" soal Eunha seraya mengatur langkahnya menghampiri Jungkook. Dia berdiri di hadapan lelaki itu lalu kaki dijinjitkan sedikit sebelum belakang telapak tangannya dilekapkan pada dahi suaminya.

"Wah, dah tak panas sangat dah la. Saya dah tak payah hadap perangai mengada-ngada awak dah la lepas ni. Assa! " seloroh Eunha yang sengaja bernada riang itu setelah menurunkan tangannya dari dahi Jungkook.

Jungkook berdecit perlahan. Dia kemudiannya langsung mendekatkan wajahnya dengan wajah riang isterinya itu.

"You sure about that?" soal Jungkook perlahan dengan kening yang diangkat sebelah. Bibirnya mengukir senyuman sumbing.

Eunha yang sememangnya terkesima dengan jarak dekat wajah Jungkook dengan wajahnya secara tiba-tiba itu membeku di situ sebentar. Hanya matanya yang bulat-bulat itu saja menilik wajah sempurna lelaki itu.

"M-Mwoyaa? Of course lah saya sure" respon Eunha yang tergagap sedikit itu sebelum menolak perlahan wajah suaminya itu menjauhinya. Dia kemudiannya langsung memusingkan badannya lalu langsung mengatur laju langkahnya untuk beredar dari situ.

Jungkook tergelak kecil melihat isterinya yang bertindak kabut itu. Dia lantas mencapai beg kerjanya lalu melajukan langkahnya bagi berjalan seiring dengan wanita itu. Seiring saja langkahnya dengan Eunha, tangannya langsung merangkul pinggang kecil isterinya itu.

"Saya hantar sayang hari ni"




【 BBP S2:TRUST】
»22


"Na, husband kau tu macam mana? Dah baik ke demam dia tu? Aku pikir kau tak datang lagi hari ni" soal Yuju sebelum menyuap sepotong kecil daging lembu panggang ke dalam mulutnya.

Eunha berdecit perlahan sebelum hanya menganggukkan saja kepalanya. Malaslah dia mahu membuka cerita soal perangai mengada-ngada si Jeon Jungkook selama dia demam itu. Kalau dia buka cerita tentang itu, karang sampai habis waktu makan tengah hari pun tak habis.

"Dia pun dah pergi kerja hari ni. So, dah okey lah tu" jelas Eunha ringkas lalu menghirup sedikit sup rumpai lautnya itu. Yuju mengangguk kecil.

[C] Trust [J.J.K] | BBP S2Where stories live. Discover now