Used

30 1 0
                                    

非你不可

Terdiam mendengar cadangan Uncle Wang, aku tidak jadi makan. Kunci kereta milik Ace dihulurkan pada aku tanpa sebarang ragu-ragu.

"Uncle...." aku memanggilnya yang sedang menghirup sup tulang. Saat dia memandang aku, segera kunci itu diberikan padanya kembali.

"Lily tak nak," putusku dengan yakin. Aku melihat Uncle Wang seperti sudah bersedia dengan penolakkan tegas aku. Wajah lelaki itu juga tenang sahaja. Aku melihat kearahnya sambil tersenyum pahit.
Kereta BMW Ace yang baru dibeli itu sememangnya tidak ada orang guna. Namun, cadangan Uncle Wang untuk aku menggunakan kereta itu sememangnya membuatkan aku kurang senang.
Alasan Uncle Wang senang, kalau aku guna kereta, lebih senang dan mudah untuk aku ke universiti apabila masuk Tahun 2 nanti.

Namun, kalau di fikir kembali, sudah banyak kebaikkan yang aku terima dari Ace. Rumah apartment Ace juga aku sewa dengan bayaran separuh harga. Sekarang pula, kereta! Aku segera menggeleng.
Nasib sahaja Uncle Wang memahami aku.

Yoh memandang ke arah Riley yang sedang makan. Setelah tamat perjumpaan kelab tennis, gadis itu mengajaknya keluar makan tengah hari. Menu mereka biasa sahaja, makanan Itali di restoran berdekatan dengan universiti.

"Lepas grad nanti I nak pergi Europe. Derek nak bawa I tour dekat sana," kata Riley. Yoh mengangguk. Siapa tidak kenal Derek? Bintang bola sepak muda yang kini bermain di Barcelona. Suatu ketika dahulu, Yoh juga ada impian sebegitu rupa. Namun, dia terpaksa lupakan hasratnya semata-mata untuk menyambung perniagaan keluarga.

"Maybe sambung internship dekat hotel kot. Lagipun sekarang, I cuma hadir meeting je, I bukan pekerja," balas Yoh. Riley mengangguk.

"You...tak nak sambung your parents business ke?" Teragak-agak Yoh bertanya. Kelihatan Riley tenang sahaja.

"Tak minat," jawab Riley.

"Seriously? Habis apa guna you major business?" Soal Yoh.

"Sebab I nak ikut you," kata Riley.

"Riley. You know that it is impossible between us right?" Yoh berterus-terang. Riley meletakkan garfu kemudian meneguk air. Wajah tenangnya merenung Yoh yang mulai serba salah takut terlepas cakap.

"I know," jawab Riley.

"Give me a chance Yoh. I'll make sure you'll like me," pujuk Riley. Dia memegang tangan Yoh yang elok sahaja terletak di hujung meja. Yoh tidak menolak tangan Riley. Lama dia berdiam diri.


Petang itu aku menghubungi Ace setelah sekian lama. Lama juga telefon berdering sebelum Ace mengangkat panggilan.

"Jap! Jap! Tengah mandi!" Kata Ace segera meletak telefon sebaik sahaja mengangkat. Aku tercengang dengan jawapan balas dari Ace. Sejak cuti semester, aku mula habiskan masa di rumah agam keluarga D'Generouz. Mary dan rakan-rakan pergi bercuti, Puan Besar Ratna pula berkunjung ke rumah anak perempuannya Maria.
Jadi, suasana sedikit tenang! Kurangnya, tiada Madam Besar yang mahu halau aku.

Madam Joanne pula banyak menghabiskan masa di dalam bilik. Telefon aku kembali berdering. Pasti Ace! Senyuman aku melebar. Aku mahu beritahu tentang kereta dan macam-macam lagi. Terutamanya Anna si kucing yang sudah semakin gemuk. Kalau boleh aku ingin membawa Anna tinggal di rumah besar sementara menanti Ace pulang. Kurangnya si gemuk, kucing milik Mary ada peneman.
Namun, bukan pemanggil yang aku nantikan.

Abang Yoh.

Perlahan, aku mengangkat telefon. Aneh juga! Jarang dia telefon aku waktu-waktu begini.

"Ya, ada apa?" Soalku tenang. Abang Yoh diam.

"What's wrong?" Soal Abang Yoh.

"Nothing," balasku.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now