Huhuhu

27 1 0
                                    

Ace memandu pulang ke rumah. Plan asal kami mahu keluar makan sebelum pulang, tetapi katanya dia mahu makan masakan aku, jadi aku menyuruhnya membawa kami ke pasar raya untuk beli belah.

Ace menolak troli sementara aku memilih bahan mentah untuk memasak.
"Kenapa ambil kobis yang kecil?" Soal Ace. Aku menjeling.
"Kobis cepat kuning, kita berdua je yang makan!" Aku mengingatkannya.
"Carrot! Tomatoes!" Katanya mengingatkan aku. Aku memilih sayur dan beberapa jenis bahan mentah lain seperti udang, daging dan ikan.

Sampai di bahagian snek, dia mengambil beberapa jenis snek dan kuaci.
"Boleh makan sambil tengok drama," katanya. Aku tersengih setuju.

Sampai di kereta, Ace membawa barang-barang berat sementara aku membawa barang yang lebih ringan. Habis penuh belakang kereta BMW putih itu dengan barang-barang keperluan rumah kami. Dia mengeluarkan kunci dari kocek seluar.

Sesuatu menarik minat aku. Key ring teddy bear bewarna ungu berada di kunci keretanya.

"Ace," aku memanggil lantas mengambil kunci kereta dari tangannya. Aku memandangnya. Kunci itu masih dalam keadaan elok. Kali terakhir aku melihat key ring itu adalah dalam kotak barang hilang bersama wallet miliknya. Aku memegang anak patung beruang ungu kecil itu memandang Ace meminta penjelasan.

"My mom send this," katanya. Dia mengambil kunci dari tanganku.
Dia kelihatan serba salah, namun cuba untuk senyum padaku.
"That time, I supposed to die," katanya.

"Thanks to you, I keep getting stronger, I keep wanting to come back," katanya. Aku menggigit bibir, terasa tersentuh. Walaupun aku tidak tahu perkara yang dilalui Ace, tetapi aku yakin, ianya cukup perit sehingga dia perlu hilang identiti.
Aku masuk ke dalam kereta terlebih dahulu.

Aku jarang menangis, walhal walau dihentak dengan bola aku tidak akan tunduk menangis. Aku bukan jenis yang tahu menangis atau rasa sedih.

I was born like that.

Tetapi aku dapat merasakan mataku berair. Setitik demi setitik air mata jatuh di pipi. Ace yang baru masuk ke dalam kereta terus gelabah.

"Woi..woi!" Dia mencapai tisu lalu menyuruh aku bertenang.
Aku memandang Ace yang gelabah tak tentu pasal.

Selama ini aku hanya buat tak tahu sahaja tentang perasaannya, sementara dia sentiasa cuba untuk ada buatku. Selama lapan tahun pemergiannya, dia setiap hari kuatkan diri mahu kembali demi aku, tetapi aku terlampau leka mengejar wang dan kedudukan bersama Abang Yoh.
Akhirnya, aku hilang Abang Yoh, aku hampir hilang Ace.
Bodoh!
Apa yang aku buat selama ini.

Aku menatap Ace yang gelabah itu lama. Rantai berbentuk bulan yang kami tukar ketika dilapangan terbang masih sahaja dia pakai, begitu juga aku.

Ace, I think I really have fallen for you.

Aku ingin melafazkan kata hatiku dibibir. Namun, mesej di dalam telefon aku masuk membuatkan aku hampir terkesima.

Come to our base. We are preparing for the election. — Brandon.

Aku menjeling mesej itu. Kemudian, satu lagi mesej mengejutkan aku. Aku baru dapat tahu dari GroupChat bahawa mereka tiba-tiba mengadakan pemilihan Presiden dan CEO untuk D'Generouz Group. Hal Riley sahaja masih lagi belum selesai sepenuhnya, ketika ini bertanding sangatlah kalut. Aku melihat mesej lagi, pasti ada yang terjadi kepada Madam Ratna sehingga mereka membuat keputusan begini. Aku yakin, abang Yoh juga tak menyangka hal akan secepat ini. Sepatutnya, hal ini ditunda!?!

Sangkaan aku tepat, dia baru sahaja dimasukkan ke hospital. Ibu ada mesej aku, tetapi aku tidak sempat baca kerana sibuk membeli barang-barang di dapur.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now