One for All

52 2 0
                                    

One for one or one for all

Pagi itu suasana di tapak perhimpunan begitu tegang. Setelah satu demi satu calon di umumkan nama, aku juga turut bergerak ke hadapan mengambil tempat paling kiri berdiri di atas pentas. Aku melihat para pelajar mula menunjukkan riaksi bosan menunggu. Aku memandang ke arah Christine yang berdiri di sebelah aku, di tangannya terdapat sekeping kertas. Natalie juga sedang melihat tapak tangannya seperti menghafal sesuatu.

Aku mencuri pandang ke arah teks yang dijadikan bentuk nota kecil. Teks itu semalam aku lihat di laman net. Merata aku cari, akhirnya aku terjumpa teks ucapan menteri dalam versi bahasa inggeris. Pagi tadi, aku bangun lebih awal semata-mata untuk mencedok idea kasar dari teks tersebut. Nama James di panggil untuk memberikan ucapan.

Nafasnya kedengaran begitu tenang. Setiap patah perkataan yang keluar dari mulut membawa makna yang mendalam. Jelas sekali dia mempunyai perancangan yang kukuh untuk memenangi jawatan presiden. Aku mencuri pandang ke arahnya. Dia tampak begitu yakin, seolah-olah seorang ahli politik yang sedang berkempen. Aku melihat beberapa orang pelajar yang berada di barisan hadapan sekali. Ada yang sedang asyik tertidur.

Giliran Natalie pula, dia lebih gopah dan kedengaran nafasnya yang turun naik di mikrofon. Aku juga cemas, tambahan pula dia yang sedang memberi ucapan. Beberapa kali juga dia tergagap-gagap. Namun, aku merasakan teks ucapannya berbeza dengan aku. Isinya lebih padat, janjinya lebih senang untuk ditunaikan. Sekali lagi aku memandang teks aku, macam tak sesuai.

"I nervous," kedengaran bisikan halus dari Christine.

"Aku pun," balasku acuh tak acuh. Sejujurnya, kepala aku masih memikirkan lagi tentang teks ucapan. Aki merasakan ianya tidak pantas untuk dibawa ke ucapan pertama. Aku sepatutnya berfikir strategi yang bagus, bukannya teks ucapan yang hanya memuji tentang kelebihan seorang ketua. Aku merenyuk teks yang berada di genggaman aku. Ketika itu, Natalie sudah habis berucap. Christine mengambil tempat.

Sepanjang Christine berucap, aku sudah hilang fokus. Fokusku, lebih kepada teks yang baharu. Aku mendengar sedikit ucapan Christine yang memuji pasukan-pasukan yang berjaya dalam mewakili sekolah dalam pertandingan yang ada. Aku cuma diam, kepala aku ligat berputar seperti gasing. Aku perlukan teks yang baru segera.

Otherwise, I need to impromptu! And Im no good!

Nama aku kemudiannya dipanggil. Aku terasa bagaikan satu renjatan elektrik mengejutkan aku dari mimpi lena. Sudahlah aku habis lupa teks yang sebelum ini.

Ah, sudah!

Nampak gaya, aku perlu undur diri. Aku perlu beri jawatan ini kepada mereka yang benar-benar mahu, benar-benar mahu menggalas tanggungjawab. Presiden persatuan pelajar mewakili suara pelajar, bukannya...

Ah, nanti! Tunggu dulu! Aku memandang mikrofon yang terletak elok di atas podium. Hampir separuh dari pelajar sudah tidur.

God...you really love me right!

"By the means that I'm standing here today, with all my pleasure, I would like to ask my fellow students, do not vote for me in the election. I repeat do not vote for me! With all my pleasure, I would like to step back from participating in this election," aku memulakan bicara menyebabkan beberapa pelajar yang seakan-akan sudah mahu terlena tiba-tiba terjaga. Seluruh dewan perhimpunan itu tegang dan diam.

"This is bullshit. As a student, we need someone that represents the students' voice! Not someone that had been chosen by the teachers. This election is merely a puppet show!" aku menambah. Kali ini makin ramai pula yang bangun dari tersengguk tidur.

"I demand not to be someone puppet! And I hope so do you. As you all already know, I'm not bind to any voices that can stop me from doing my things. You probably heard what have I done these past week, and you should be able to decide for yourselves," aku berkata. Sedikit lama aku mengambil masa untuk mengatur ucapan yang baru.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now