Goodbye Love

51 2 0
                                    

We are in this together

Aku membantu ibu membawa turun barang-barang Abang Yoh dari boot kereta dan meletakkannya di pintu masuk rumah besar. Acik Yamy bagitahu, Madam Besar sedang menonton televisyen di ruang rehat, jadi aku tidak mahu masuk ke dalam bertembung dengannya. Sudah lama juga aku hidup seperti bayang-bayang di dalam rumah ini. Abang Yoh turut membantu ibu membawa masuk barang-barang.

Semuanya di beli buat persediaan Abang Yoh akan berlepas ke luar negara hujung bulan ini. Masa berlalu sungguh cepat. Aku tidak sempat melihat majlis graduasi mereka kerana ada peperiksaan. Tahun ini aku sudah berjaya dapatkan dana siswa, jadi aku perlu kekalkan prestasi cemerlang untuk dapatkan dana siswa pada tahun depan.

"Malam ni abang pergi dekat Lily," bisik Abang Yoh di telinga aku perlahan.

That's ticklish !

"Hmm," balasku sambil cuba menahan diri dari tersenyum.

Barang-barang yang sudah siap di kemas di letakkan ke dalam bagasi di penjuru bilik. Yoh duduk di atas kerusi meja komputer. Entah mengapa terasa masa begitu cepat berlalu. Yoh memusingkan badannya yang sedang duduk di depan meja komputer beberapa kali. Fikirannya kosong.
Tiba-tiba, telefonnya berdering.

Riley.

"Nak apa?" Soal Yoh ketika menjawab panggilan dari Riley. Suaranya kedengaran malas dan kepenatan.

"I ikut you," kata Riley. Yoh diam sejenak tidak dapat memproses apa yang di maksudkan oleh Riley.

"I ikut you pergi US!" Kata Riley. Dia segera meletakkan telefon membuatkan Yoh tercengang. Dia tidak tahu harus bagaimana, akhirnya Yoh mengeluh. Lewat malam nanti, dia perlu berjumpa Lily.

Aku menawarkan diri untuk mengurut Acik Yamy. Setelah mendengar bebelan Acik Yamy aku sengaja menambah sedikit tenaga dalam setiap picitan bagi membuatkan dia leka dan tersengguk mahu tidur. Tiba-tiba, aku mendengar bunyi ketukan dari jendela.

"Acik! Kucing ke tu!" Aku menguatkan suara agar Abang Yoh dapat dengar. Kelibat Abang Yoh langsung tidak kelihatan, barangkali dia sedang terbongkok-bongkok jalan itik dan bersembunyi.

"Pergi tengok jap..." arah Acik Yamy dengan suara yang penat. Selalunya dia akan mengurut Madam Besar, tetapi tidak pula hari ini. Acik Yamy juga turut kelihatan sungguh penat. Aku membuka tingkap memandang Abang Yoh sedang bercangkung memandang ke kamarku sambil mencekup mulut. Aku membuat isyarat senyap dengan tangan.

"Si Gemuk tu Acik," kata ku kepada Acik Yamy. Sengaja aku letakkan kesalahan kepada Si Kitty, kucing gemuk kesayangan Mary.Kedengaran Acik Yamy membebel dengan gaya yang malas. Aku pergi ke arah Acik Yamy sambil mengurutnya sedikit lagi. Nanti bila dia dah tertidur, aku lari pergi dekat Abang Yoh yang sudah kesejukkan di luar. Tapi rasanya tadi Abang Yoh macam pakai hoodie. Mungkin dia akan okey? Cepatlah tidur wahai
Acik Yamy.

Fall asleep! Sleep! Sleep! Sleep.....

Borang kemasukkan itu dipandang oleh Wang Henderson lama sebelum mengangguk setuju. Akedemi Polis menjadi pilihan Ace untuk menyambung pelajaran. Nampaknya, tiada harapan untuk Ace menyambung harapannya bekerja sebagai peguam. Namun, dia tidak berniat untuk menghalang.

Sekarang juga beberapa orang sepupu Ace yang lebih tua sudah berkhidmat di situ. Semangat Ace untuk jadi polis perlu di sokong, lagipun abang sulung dia juga merupakan anggota polis. Bekas isterinya, Ling merupakan seorang askar yang bertugas dalam pasukan khas.Jadi, dia tidak ada sebarang masalah jika Ace mahu jadi pegawai polis.

"Okay," pantas Wang Henderson bersetuju dan memulangkan kembali surat itu kepada Ace. Ace tersengih gembira. Walaupun dia tidak bercita-cita untuk menjadi pegawai polis tetapi, kata-kata Lily tempoh hari menyebabkan Ace berminat dengan kerjaya itu. Walaupun tahu, Lily sekadar berkata kosong, tetapi ia sedikit sebanyak membuka minda dan fikiran Ace.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now