We all lied
Papan kenyataan dipandang lama. Syarat untuk mendapatkan dana siswa begitu sukar. Aku perlu mendapat markah yang tertinggi dalam peperiksaan, kuiz , aktif dalam persatuan dan juga melakukan kajian mudah. Esei pendek dalam 4,000 patah perkataan. Aku mengembungkan mulut, cuba memerah idea.
What should I write? Social hierachy in school?
Or, I should just give up on this?Kini sudah hampir lima bulan aku berada di sini. Entah berapa lama lagi, aku juga tidak tahu. Semenjak dua menjak ini, Ace sudah jarang membuli aku. Aku maksudkan basikal aku, dia sudah tidak lagi memancitkan basikal aku. Namun begitu, masalah tentang kerusi aku tidak selesai jua. Selang beberapa hari hilang. Tidaklah sekerap dahulu. Yang pasti, kerusi aku disorokkan lebih dekat, sebelah tandas aras kami. Entahlah, aku juga sudah tidak pasti tentang misteri kerusi hilang pada waktu pagi ini. Sebenarnya, permasalahan tentang kerusi aku, bukanlah masalah besar yang dapat menggemparkan negara. Tapi, kalau setiap hari pergi sekolah awal pagi semata-mata tengok kerusi hilang,
Aih boleh angin juga! Tapi tak mengapa, aku tak peduli. Asalkan dia tidak pukul aku cukup.
Aku masuk ke kelas dan duduk ditempat. Cheng menghampiri aku.
"Group history, aku partner dengan kau," kata Cheng.Aku mengangguk menunjukkan isyarat "okey" dengan tangan. Berkerjasama dengan Cheng sangat mudah dan pantas. Markah kajian folio matematik kami tentang tajuk circles mendapat markah tertinggi. Semenjak itu, apa sahaja kelas, aku dan Cheng mula bergerak sebagai "partner". Aku memandang Yvonne. Kini sudah hampir beberapa bulan dia tidak bercakap dengan aku.
Punca?
Ianya berbalik pada beberapa hari setelah kuiz biologi berlangsung. Masing-masing mendapat keputusan. Aku menatap lama keputusan aku. Salah dua. Seperti yang aku congak, ternyata satu soalan yang aku hentam betul. Yvonne menarik kerusi ke arah aku yang dibelakang tempat duduknya. Dia kelihatan sedikit ceria, senyum manisnya tidak biasa disembunyikan.
"You dapat berapa?" Soalnya. Aku seperti tidak mahu memberitahu."Okay, I bagitau markah I dulu," dia menunjukkan kertas soalan bertanda 50/60 dihadapan aku. Satu soalan 2 markah, jadi aku agak yakin dia salah lima soalan. Eleh, cakap tak "study"! Aku kenal sangat perangai macam ni.
These kind of friends, they are always next to you!
Sambil tersenyum aku juga bersuara, "kata tak study," selorohku. Dia ketawa kecil malu-malu. Menyampah!
"Nasib je ni. You?" Soalnya lalu menarik untuk melihat markah aku. Dia terdiam seketika, mulutnya terbuka kecil."Hehehehe, you pun kata tak study, result 56/ 60 kot!" Katanya agak canggung.
Do you think I'm going to tell you — yeah, I study.
Kau ingat aku nak bagitau ; aku study— bagi satu dunia dengar ya? Memang tak lah! Aku pun nak acah rendah diri juga.
Well, if tomorrow you're having an exam, like hell nobody's not going to touch his/her book a night before!
We all lies.
Lamunan aku terhenti apabila Mrs. Jane masuk ke kelas. Dia berdiri di hadapan seolah-olah mahu membuat satu pengunguman penting.
"Hari ni our school's basketball team win against Interpark City in friendly match," katanya sambil memandang telefon bimbit. Ah, patut lah aku jarang nampak Ace kali buli tu semenjak akhir-akhir ini. Sibuk rupanya!
Ah,sudah!
Kalau lepas ni dia sudah tidak sibuk seperti selalu, adakah basikal aku akan pancit lagi. Aku mengetap gigi akibat geram. Aku harap dia setiap hari ada "match".
Setelah itu, Mrs.Jane menyuruh kami membuka buku tentang sejarah Tamadun China. Bermula dengan Dinasti Xia hingga ke Dinasti Qing, aku merasakan sejarah yang sama berulang-ulang kembali.

YOU ARE READING
My Flower, Lily (BM)
Novela JuvenilMenjadi anak angkat kepada pembantu rumah keluarga orang kaya bukanlah impian Lily. Sebaliknya, jalan pantas untuk dia lari dari tanggungjawab. Perkenalan dengan dua jejaka bahkan bukan menenangkan, sebaliknya membuatkan kehidupan yang tenang bagai...