Election

55 3 0
                                    

Hoomans are fun-nee

Aku terasa ingin ketawa mendengar penerangan dari penolong kanan yang sudah menjadi pengetua baharu sekolah kami. Bagaikan tidak percaya, nama aku di calonkan menjadi president persatuan pelajar sekolah untuk semester depan. Aku melihat beberapa orang calon lagi. Ada empat semuanya.
Setelah tiga mereka keluar, aku masih lagi menunggu di bilik pengetua.

"Pengetua, saya rasa hal ini macam tak logik. Saya baru kena gantung tau," ujarku. Aku duduk dikerusi hadapan pengetua sambil memandangnya. Dia mengeluarkan sekeping kertas dari dalam fail bewarna kuning. Kertas tersebut di tunjukkan pada aku.

"With these marks, you can get into any top university in this country. If you keep on scoring like this, by the time you graduated from here, nothing is impossible. But right now, you have a suspension record," ujarnya.

"Untuk tampal lubang, kita kena jahit dear. Macam tu juga dengan demerit. You need to have merit for this," tuturnya lagi. Aku bersandar pada kerusi, kata-kata pengetua baru ada benarnya juga. Aku menggigit kuku ibu jari dan masih lagi mempertimbangkannya.

Impian aku untuk masuk universiti langsung tidak terlintas dalam fikiran. Aku bahkan juga tidak mempunyai sebarang cita-cita yang tetap. Jika cita-cita menjadi peguam kerana terpengaruh dengan drama penyiasatan bersiri sepanjang tempoh digantung sekolah itu dikira , mungkin aku boleh belajar di Middle City. Ambil kursus undang-undang.

Sekarang, aku cuma mahu dana siswa untuk tahun hadapan. Dan, dana siswa juga memerlukan merit yang elok.

Shall I give this a try? Is it worth the try?

Tak. Aku bukan hebat sangat sampai boleh jadi presiden persatuan pelajar. Calon yang ada tadi juga merupakan pelajar cemerlang sekolah. Bukan sahaja cemerlang dari aspek akademik, aspek sukan juga boleh tahan hebat. Tambahan lagi, mereka berasal dari keluarga yang kaya-raya. Lagipula, siapa yang akan mengundi aku nanti! Takkan aku masuk bertanding semata-mata untuk menjadi aksesori dan berhadapan dengan kekalahan.

Once you're in a competition, you should try to win!

Aneh. Mengapa presiden persatuan pelajar di pilih oleh guru. Sepatutnya, pelajar yang akan memilih. Persatuan pelajar mewakili suara pelajar, bukannya suara guru! Aku berpeluk tubuh memandang pengetua lama. Wajahnya penuh pengharapan agar aku bersetuju untuk aku masuk bertanding. Aku bingkas bangun dan meminta diri untuk keluar. Aku sudah ponteng beberapa waktu kelas.

Sepanjang waktu kelas, aku tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang di ajar guru. Jadi, aku perlu ulang kaji kembali ketika pulang. Aku mengeluarkan buku nota biologi sambil membelek setiap lukisan yang wujud di dalamnya. Walaupun sudah ketinggalan, namun aku rasa menurut nota, aku sudah boleh memahaminya.  Tiba-tiba, Cheng muncul di hadapan aku sambil tersenyum menampakkan barisan gigi yang putih bersinar.

"Mau apa?!" tegurku sedikit kasar. Aku sudah mula sakit kepala dengan perihal pengetua, ditambah pula dengan sengihan Cheng.

"Yo! Miss President!!!" dia mengusik aku. Aku menggigit bibir sambil tertawa sinis. Ah,sudah! Kalau Cheng sudah tahu bermakna hampir satu sekolah sudah tahu akan hal aku. Aku meneruskan membelek nota yang dilukis gambar-gambar organ itu.

"Kau nak bayar aku berapa kalau aku vote engkau?" tanya Cheng tanpa berdalih. Aku mengerut dahi.

"Aku tarik diri. Aku tak bertanding. Lagipun, aku bukannya banyak duit nak bayar vote," dengusku.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now