Skandal

54 4 0
                                    

我以孤单为荣

Yoh hanya dengar tak dengar sahaja kelas Madam Pensyarah Racist. Dia tidak mahu memanggil nama wanita itu kerana dia masih tidak puas hati dengan wanita tersebut. Setelah tamat kelas, dia menjeling ke arah Freddie. Sengaja dia membiarkan Abdul dan Rose bergerak meninggalkannya dahulu. Tatkala Yoh mengemas barang, dia melihat Freddie berjalan ke arah Madam Pensyarah Racist dengan beberapa fail ditangan. Mereka seperti berbincang tentang hal kelas dan mungkin Freddie bertanya soalan.

Yoh memerhati mereka dari tempat duduknya di hujung belakang dewan kuliah. Dia mengetuk jari telunjuk dan jari tengah di meja. Sudah menjadi kebiasaan bagi Yoh membuat pergerakkan itu ketika berfikir. Tiba-tiba, pen Freddie jatuh.

Madam Pensyarah Racist dan Freddie tunduk untuk mengutip pen yang jatuh tersebut. Yoh hanya memerhati sebelum melihat mata mereka bertentang.

Ada sesuatu yang menarik minatnya.

Yoh tersenyum sinis melihat gelagat mereka. Apabila sedar Madam Pensyarah memandang ke arahnya, Yoh yang meletakkan satu tangan di bawah dagu berpura-pura mengambil pen menulis nota. Sengaja dia buat tidak tahu agar mereka tidak sedar yang mereka berdua sedang di perhatikan.

Setelah Freddie pergi, Yoh menjeling Madam Pensyarah Racist. Wajah wanita itu nampak sedikit riang berbanding waktu kelas tadi.

Pasti! Pasti ada sesuatu!
Hati Yoh berbisik kecil, dia perlu ekori Freddie untuk beberapa hari.

Kini, kereta Mercedes kepunyaan keluarga ada padanya atas alasan kegunaan peribadi. Pembantu yang menjaganya juga tidak banyak tanya, sebaliknya terus memberi kunci dan kereta pada Yoh. Cepat-cepat Yoh mengemas barang-barang.

"Nak ikut tak?" Tanya Ace. Dia mahu berjumpa dengan rakan sekolah lama iaitu Sasha yang kini belajar di Kolej Perguruan. Hujung minggu ini aku hanya melepak di rumah sewa, malas untuk keluar.

Aku pantas menjawab tidak mahu. Aku mahu habiskan masa dengan tidur. Semalam, aku sudah penat dengan aktiviti paksa rela yang dinamakan suka rela. Aku terpaksa berpusing keliling universiti demi mencari maskot untuk kelab astronomi. Mulanya aku tidak mahu, tapi setelah Hana bagitahu akan ada sijil untuk runner program, aku gagahkan juga.

Kelab astronomi menganjurkan malam melihat bintang. Tapi, disebabkan teleskop cuma ada satu, dan awan tidak berapa cerah, akhirnya program itu menjadi malam yang sedikit suram. Aku penat mencari maskot. Mulanya kata ada di bilik persatuan, lepas itu cakap ada dekat bilik balai seni visual pula! Akhirnya, aku menjumpai maskot itu di bilik stor barang kelab drama! Merata aku cari!

"Nak makan MalaTang!" Kata Ace.

Wait! Did he just said MaLaTang?

"Oke, ikut!" Pantas jawab aku. Lama pula tak makan MalaTang. Tapi, kalau aku ikut, tak mengganggu ke Ace dengan Sasha nanti?
Ganggu?
Tak ganggu?
Ganggu?
Tak ganggu!?

Ah,sudah!

I just want to eat! They can takk, catch up! I'll be eating~

Aku cuma mahu makan, bukannya aku hendak dengar sangat perbualan mereka. Ace akhirnya menyuruh aku siap dengan segera kerana dia akan sampai lahi beberapa minit.

Ace memandu masuk ke parkir apartment. Dia menunggu Lily selama sepuluh minit sebelum kelihatan gadis itu tergesa-gesa melintas jalan.

"Sorry!" Kata Lily apabila membuka pintu.

"Ha inilah perempuan. Salah sikit minta maaf. Ingat maaf boleh selesaikan masalah ke?" Rungut Ace. Dia sudah lama menanti Lily di dalam kereta. Ace merengus kebosanan sambil menjeling.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now