If we like each other, then it's a date!
Ayah sudah berubah muka bila aku beritahu yang aku akan keluar dengan Ace. Awal lagi dia bangun dan menunggu Ace di depan rumah. Nasib aku baik kerana Eliz dan Mary bangun lambat, jadi mereka tidak akan tahu bahawa aku keluar dengan Ace. Kalau berkenaan Abang Yoh pula, lantak dia lah! Mungkin dia juga masih lagi tidur. Selalunya kalau hujung minggu, mereka memang akan bangun lambat. Aku memandang jam tangan. Tepat pukul 9 pagi kereta Ace muncul di hadapan rumah.
Setelah tahu aku mahu keluar, ibu membebel menyuruh aku pakai skirt dan kasut tinggi. Namun, aku lebih selesa memakai jeans dan hoodie bewarna biru gelap. Cuaca tidak begitu sejuk, tapi aku suka mengenakan hoodie ini. Ayah juga turut tunggu Ace di luar rumah. Setelah Ace sampai, ayah memandangnya atas bawah.
Ace memakai kemeja biru gelap berjalur halus dan seluar slack. Nampak cukup kemas bagaikan orang-orang dewasa. Lain benar dengan penampilan aku. Bajunya di masukkan ke dalam seluar, dan jam di tangan tampak mahal. Rambutnya di sikit kemas, tali pinggang yang dipakai juga tampak begitu mahal. Dah kenapa dia dress up sekacak macam ni! Ayah memandang aku.
"Lily ada nak pergi tempat mahal-mahal ke?" Soal Ayah. Pantas aku menggeleng. Ace tak cakap pula nak pergi mana! Kalau tahu, aku pakai skirt tadi. Aku melihat bayangan aku di cermin tingkap kereta Ace. Dengan rambut yang diikat dandan, muka yang di sapu sedikit bedak dan pelembap bibir, aku nampak seperti remaja yang mahu pergi bersukan. Jauh beza dengan Ace. Bagai enggang dengan pipit. Ayah seperti berpuas hati dengan gaya Ace. Ya lah, Ace tidak nampak seperti budak nakal. Jauh beza dengan mula-mula ayah jumpa Ace dahulu.
"Petang nanti saya hantar Lily balik ya Pak Cik!" Kata Ace. Ayah bersetuju sebelum berpesan jangan pulang lambat sangat. Di dalam kereta, aku hanya diam sahaja. Kereta Ace bau wangi. Aku memandang ke arah Ace yang begitu cekap mengawal stereng.
Nampak macam professional walaupun baru dapat lesen."Is this a date?" Aku sengaja menyoal. Bunyi macam nakal.
"Nope. Kalau date mesti suka sama suka. Kena pegang tangan. But we're not," jawab Ace.
"Seems more like an outing. I guess..." tambah Ace lagi.
"And you don't like me," perli Ace.
"I do like your eyes thou," balasku sambil memandang pemandangan di luar tingkap.
"I got this from my mom," katanya.
"Kita nak pergi mana?" Soal aku sambil mengerling ke arahnya.
"Jumpa mom I," balas Ace.
Sorry! But in this story, have we ever talked about his mom? I thought he never met his mom! I mean.....awhhhh! So, that's why he looked so good!
"Kenapa tak bagi tahu!!!!" Aku meninggi suara. Dah lah aku pakai baju macam nak pergi jogging! Dia bukan main dengan baju lawa, jam mahal, slick hair segalanya! Aku mendengus perlahan sambil menggeleng. Lantaklah.
Ace ketawa terbahak-bahak sambil mengenyit mata.
"Mula kita pergi tengok wayang. Then lunch with my mom. Lepas tu kita pergi makan ice cream?" Cadang Ace. Aku memegang dagu sambil berfikir sebentar.
"Sounds good," balasku.
Wayang yang kami tonton pada hari itu ialah cerita perang, di mana Ace asyik kunyah pop corn tanpa henti. Ramai juga orang yang menonton. Kami berdua duduk di barisan tengah sekali sambil menonton wayang dengan fokus. Langsung tidak berbual. Aku turut suka dengan jalan cerita ini, terutama dengan pelakon yang berjaya menghidupkan watak cerita ini. Sebenarnya, pelakon dia kacak, sebab tu aku suka.
YOU ARE READING
My Flower, Lily (BM)
Novela JuvenilMenjadi anak angkat kepada pembantu rumah keluarga orang kaya bukanlah impian Lily. Sebaliknya, jalan pantas untuk dia lari dari tanggungjawab. Perkenalan dengan dua jejaka bahkan bukan menenangkan, sebaliknya membuatkan kehidupan yang tenang bagai...