Nonsense

33 2 0
                                        

喜欢一个人需要勇气

Puan Ling memeluk aku dengan erat. Wajahnya sudah merah padam, matanya bengkak teruk. Uncle Wang juga hanya diam sahaja sepanjang tiga jam penerbangan. Sejurus sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong yang cukup besar dan luas itu, kami disambut oleh Puan Ling dan abang sepupu Ace, Jack yang ada di situ.

Kemudian, kami menaiki kereta pergi ke pinggir kota. Lebih tepat lagi, hutan yang Ace mahu pergi berkhemah. Aku jadi musykil sendirian. Kalau kawan-kawan lain tak jadi ikut, kenapa Ace begitu berani masuk ke hutan sendirian?

Nonsense! This doesn't make any sense!

Perjalanan ke sana mengambil masa dua jam setengah. Aku duduk di kerusi hadapan sebelah Jack manakala Puan Ling dan Uncle Wang ada di belakang. Sesekali aku melihat Uncle Wang memeluk Puan Ling. Gaya mereka langsung tidak seperti bekas pasangan suami isteri. Lama juga mereka berpelukkan.

"You're Lily?" Soal Jack. Lelaki di sebelah aku ini kelihatan kemas. Dia berkumis nipis dan badannya cukup tegap.

Wait! He knows my name? He...

"Yeah," balasku.

"Ace told me a lot about you," dia cuba berbasa-basi. Aku hanya ketawa sinis.

Oh, Ace told him about me.

"He said that you're difficult to deal," perli Jack. Aku hanya mendengus perlahan sebelum memandang ke luar jendela lebuh raya.

Me? Difficult? Excuse me!

"Did he really goes missing?" Soalku.

Jack terdiam lama. Dia masih lagi fokus dalam memandu. Aku tidak mahu bertanya banyak.

"The police still searching for him," katanya.
"He'll be fine," kata Jack lagi.
"Someone like him won't get hurt easily," dia cuba menenangkan aku.

"Yeah. You're right," balasku tenang.
Lagipun, Ace sudah berjanji akan pulang. Sepanjang aku kenal Ace, dia bukan seseorang yang akan mungkir janji begitu sahaja!

He's strong! He'll be back soon!

Riley merengus kasar. Dia mendapat mesej dari Yoh supaya memberitahu yang dia ada kecemasan dan tidak dapat mengikuti rombongan. Mood untuk berseronok juga terus berubah.

Oleh kerana terlampau marah, Riley meminta alasan untuk balik ke hotel terlebih dahulu dan berehat. Dia mahu tidur dengan puas dan tidak memikirkan apa-apa masalah yang ada.

Riley berasa aneh dengan perangai Yoh yang mendadak dan tiba-tiba. Kadang-kadang dia tidak mengerti perangai sebenar Yoh. Yoh, sepertinya melayan Riley dengan baik. Walaupun berkali-kali Yoh mengatakan dia tidak mahu ada komitmen dengan cinta, namun Yoh seolah-olah sedang di lamun cinta.

Riley pelik. Yoh juga tidak menolak kalau ada mana-mana gadis yang mendekatinya. Begitu juga Riley. Walaupun secara verbal Yoh tidak menganggap Riley sebagai teman wanita, namun cara Yoh yang begitu ambil berat dan penyayang sering membuatkan dia salah faham.

Aku mendengar setiap patah perkataan yang diucapkan oleh polis dan renjer hutan. Sudah dua hari tempoh pencarian, namun mereka masih tidak dapat temukan Ace. Rakan-rakan yang sepatutnya mengekori Ace juga turut di soal siasat, namun mereka tidak ada jawapan tentang kehilangan Ace.

"Kami masih mencari encik," katanya pada Uncle Wang. Aunty Ling yang mendengar ungkapan itu terus jatuh terjelepok dan menangis. Nasib sahaja Jack sempat membantunya. Seluruh ahli keluarga Henderson telah tahu tentang hal ini.
Nenek dan datuk Ace juga dalam perjalanan ke sini bersama bapa saudara Ace.

My Flower, Lily (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang