Kau bagaikan awan yang semakin menjauh dari aku
Dear Sayang,
Abang dah tanya mama pasal Lily nak sambung belajar dekat sini? Dia cakap dia boleh tolong, tapi Lily kena kerja dengan hotel nanti. Lily dah fikir masak-masak belum nak sambung mana? Abang tunggu Lily dekat sini.
No worries. Abang tak paksa awak datang sini. Cuma tipulah kalau abang cakap, abang tak mengharapkan apa-apa.
Do you like the present? Abang buat sendiri tau! Sorry,sayang. Abang kena buat assignment. I love you,
YohEmel Abang Yoh cukup ringkas. Aku masih belum berfikir tentang melanjutkan pengajian ke sana dengannya. Jauh di sudut hati, aku mahu tinggal di sini. Kotak muzik yang dihadiahkan oleh Abang Yoh aku pandang lama. Lawa betul kotak ukiran buatan tangan itu. Ada gambar bunga Lily terukir pada hujung kotak itu. Aku senyum sendirian.
Gosh! I miss him!
Setelah itu, aku bersiap untuk pergi kerja sambilan.Aku melangkah ke basikal dan ternampak Madam Honey memandu hari ini. Dia memberhentikan kereta di tepi aku.
"Come to my office this evening. We need to talk," pesannya sebelum memandu pergi. Aku sudah agak perkara apa yang ingin dia bincangkan dengan aku.
Kinda have sixth sense or something.
Kerja aku hari ini hanya menyusun barang. Sudah hampir setengah bulan aku bekerja di sini. Kemudian, ketika aku sedang ralit, juruwang memanggil aku mengganti tempatnya untuk ke tandas. Aku fokus dengan kerja.
"Semuanya 4.40 dollar," kataku.
"Alamak! I tak ada 40 cent," balas satu suara. Satu suara yang cukup aku kenali. Ace!
"Oi! Balik ke hujung minggu?" Aku baru teringat hari ini hari Jumaat. Ace tidak ada kelas hari Jumaat. Setelah kejadian tempoh hari, Ace tidak langsung berhubung dengan aku. Jam sudah menunjukkan waktu rehat aku. Juru wang yang sepatutnya bertugas juga sudah datang. Segera, aku meminta izin untuk pergi makan. Ace sekadar menunggu aku di luar.
"I got 20 minutes break!" Ujarku. Ace mengangguk. Dia tidak banyak bercakap. Akhirnya, aku hanya makan chickern wrap dari kedai berdekatan, Ace masih lagi kekok.
What's this!? Why would we become so awkward.
"So...next, you're going to Yoh right?" Ace bertanya. Aku bungkam. Walaupun sudah acap kali aku kata yang aku akan fikir dahulu, tetapi hakikatnya aku sudahpun menemukan jawapan.
"If you're going be sure to tell me. Nanti aku hantar kat airport. By the way, my dad said he wanted to play chess with you," katanya. Aku mengangguk. Nantilah aku mesej Uncle Wang. Ace segera meminta diri. Namun, aku cepat sahaja menahan lengan bajunya. Kami berpandangan.
I need to be true with him. This is mess! We're supposed to NOT BE AWKWARD.
"Aku tak suka kita macam ni," kataku. Jam berdetik laju, aku perlu pulang ke tempat kerja. Ace menepis tangan aku lembut lantas bertanya kembali
"Macam ni?!! Macam ni apa?" Tanya Ace mahu cuba menduga aku.
"You know," tegas balasku. Aku rimas kami berdua dalam perasaan begitu "bitter" begini.
I can't describe this situation with wordings, but this feels bitter and uncomfortable.
"Okay. Geez. I'll do something about us," katanya. Dia menolak tangan aku sambil tersengih.
"I still want to be your friend!" Jujur ungkap aku.
"朋友?péngyou?(friend?)" Ace menyoal aku. Aku memandangnya penuh pengharapan. Ace mengangguk. Dia tidak membalas sebaliknya terus naik kereta dan pergi. Aku mengeluh.
YOU ARE READING
My Flower, Lily (BM)
Ficção AdolescenteMenjadi anak angkat kepada pembantu rumah keluarga orang kaya bukanlah impian Lily. Sebaliknya, jalan pantas untuk dia lari dari tanggungjawab. Perkenalan dengan dua jejaka bahkan bukan menenangkan, sebaliknya membuatkan kehidupan yang tenang bagai...