Worse

63 3 0
                                    

Do you believe in yourself?

Awal pagi aku terhendap-hendap ke bilik Abang Yoh yang berkunci rapat. Barangkali masih lagi tidur. Mungkin dia terlewat bangun agaknya! Takkan lah aku nak tolong kejutkan pula. Aku kembali ke ruang dapur untuk bersarapan. Tiba-tiba, Elizabeth menghalang jalan aku.

I hate this homo sapien now!

Elizabeth berpeluk tubuh lalu berdiri di hadapan aku. Dia lebih tinggi sedikit, jadi menampakkan aku jauh lebih kerdil berbandingnya.
"Okay. Are you happy now? Sebab you, abang Yoh and Ace berkelahi?" tanyanya.

What? They aren't friends to begin with.

"I don't know but they definitely aren't friends," jelasku.

"Look. After you come, bad things happen to Ace! You should know your place!" Katanya. Aku berkerut.

What??!! It doesn't make any sense!

"You're not making any sense here My Lady," aku cuba pergi namun masih dihalang.

"Member I cakap dia nampak you pergi date dengan Ace tengok football match," Eliz berpeluk tubuh.

Now...now..now !

"Coincidence , mana lah aku tahu Ace ada dekat situ jugak," bohongku. Eliz mengerut dahi seakan-akan tidak percaya. Wajahnya bertukar merah padam, lantas Eliz menolak aku sehingga terjatuh.
Pinggulku sedikit sakit, manakala dia hanya berpeluk tubuh memandang ke arah aku.

"Eliz!" Satu suara memanggil namanya. Mary. Mary segera berlari dan membantu aku bangun.

She's quite nice thou..

Eliz menghentak kaki lalu melanggar bahuku sebelum pergi. Entah apa yang dia tidak puas hati dengan aku. Ah, sudah! Aku masih banyak benda yang perlu difikirkan.

I'm a bit mad with the fact : she pushed me! And I didn't pushed her back !!!!

"Akak pergi dapur dulu. Let me talk with Eliz," Mary tersenyum ke arahku. Jujur, di rumah agam ini aku jarang bertegur sapa dengan Mary. Mary nampak seperti lebih suka menyendiri. Dia seakan-akan lebih berbeza berbanding Elizabeth.

How did Eliz know about me...and Ace?

"Lily, cepat makan! Nanti lewat!" sayup-sayup suara ibu memanggil aku. Namun, tidak menjejaskan rasa aneh dari dalam fikiranku.

Yoh sengaja keluar lambat. Jam masih awal lagi, dia berdiri menghadap cermin. Wajahnya yang tanpa sebarang reaksi direnung lama. Dia membetulkan kolar baju sambil menyembur sedikit kolagen di sekitar lengan dan leher.

Lama dia memerhati wajahnya sendiri. Dia tersenyum sendirian.
Lebar.
Lebar lagi.
Mata.
Kecil.
Kecil lagi.

Pintu bilik dipandangnya. Dengan senyuman yang sama dia keluar bergerak ke sekolah.

Dari jauh aku melihat Ace melambai-lambai ke arahku di pintu masuk besar. Awal betul dia datang. Lupa! Bapa dia hantar! Aku pura-pura tidak nampak dan terus mengayuh laju masuk ke dalam kawasan sekolah. Gayanya masih juga sama, rambut perang, subang hitam sebelah, baju yang tidak dibutangkan. Pendek kata, penampilannya membuatkan aku rasa rimas. Gaya dia menegur aku, umpama kami sangat akrab.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now