Aku memandang Ace yang sedang berbaring meniarap di sebelah aku. Dia tidak memakai baju, menampakkan otot lengan. Nyenyak betul dia tidur sambil memeluk bantal. Segera aku memandang ke arahnya berkelip-kelip. Wajahnya aku sentuh dengan hujung jari menyebabkan dia terjaga.
"Morning,"sapanya dengan suara bangun tidur. Aku tersenyum ke arahnya. Pipi kiri Ace beralaskan bantal, mata hazel itu dibuka sedikit demi sedikit. Aku segera bangun membutangkan baju tidur yang terbuka sambil menjeling ke arahnya yang sedang tersenyum nakal.
"I'll make us some breakfast," kataku lantas keluar dari katil meninggalkan Ace sendirian. Hujung minggu ini aku tiada rencana apa-apa. Setelah membaca mesej dari ibu tentang temu janji yang di atur, aku segera meletak telefon ditepi. Aku menggoreng telur mata dan membakar roti untuk sarapan kami. Setelah makanan siap, Ace keluar dari bilik memakai baju tidur biru gelap jalur halus.
Dia memeluk aku dari belakang sambil meletakkan dagunya di bahu aku. Oleh kerana struktur tubuhnya yang agak besar, aku merasakan pergerakkan aku sedikit terbatas."I nak masuk kerja Isnin ni," katanya. Aku segera memandang ke arah Ace dan tersenyum.
"Tapi...I just handle office materials je lah," katanya lalu menggaru kepala.
"Hari tu masuk kerja kejap, tapi..." Ace merengus perlahan.
"No! It's fine. I'm glad you nak kerja balik..." kataku.Ace tersenyum kelat.
Telefon aku berbunyi. Nama Abang Yoh tertera di talian.
"Need to pick up this," kataku lalu mengangkat telefon.
"Did you find my mummy?" Soal Abang Yoh sebaik sahaja berada di dalam talian. Aku bergerak sedikit, namun Ace melarang pergerakkan aku. Sekarang, aku terkunci di antara tangannya.
"Soon," jawabku acuh tak acuh. Sekarang, cuma aku sahaja yang tahu di mana Madam Joanne berada. Wanita itu bagai lembu dicucuk hidung, patuh sahaja arahan aku untuk menghilangkan diri. Saat ini begitu genting, dia perlu hilang untuk beberapa ketika supaya dia tidak akan menjadi batu penghalang atau kelemahan utama Abang Yoh.
"Sayang, you need to find my mummy before.." katanya.
"Yes. I'll do my best," kataku. Ace sepertinya mendengar suara abang Yoh dari telefon. Wajahnya berubah, segera dia berpeluk tubuh.
"Okay. I love you. Jangan lupa minggu depan," katanya mengingatkan aku tentang majlis hari ulang tahun Abigail.
"Me too," balasku lantas meletak telefon. Aku memandang ke arah Ace semula.
"You should break up with him!"arahnya. Aku tertawa kecil sambil mengerutkan dahi.
"I'm his girlfriend remember!" Aku cuba mengingatkan Ace. Ace ternganga kecil.
"Habis semalam? I ni apa?" Soalnya.
"You're Ace!" Kataku lantas memegang lengannya. Ace menepis tanganku. Dia memegang kedua belah bahu ku lantas menggunakan anak mata hazel itu memandang tepat ke arah mataku.
"Do you love me?" Soalnya. Aku menatap anak mata hazel itu lantas ketawa.
Love? What is he talking about?
"Love?," jawabku dalam bentuk soalan.
"You're mine, you won't leave me.." kataku. Ace menolak bahuku. Dia berganjak ke belakang. Aku mendekatinya.
"My ibu and ayah won't leave me. Yoh won't leave me. You won't leave me," kataku membuatkan Ace tersentak. Dia bercekak pinggang.
"Ah! You leave me once!" Kataku padanya. Sepasang mata hazel itu berubah redup.
YOU ARE READING
My Flower, Lily (BM)
Teen FictionMenjadi anak angkat kepada pembantu rumah keluarga orang kaya bukanlah impian Lily. Sebaliknya, jalan pantas untuk dia lari dari tanggungjawab. Perkenalan dengan dua jejaka bahkan bukan menenangkan, sebaliknya membuatkan kehidupan yang tenang bagai...