你为什么还是那么喜欢我?
Abang Yoh masih ada di talian walaupun sudah hampir tiga jam kami bergayut di telefon. Bukan buat apa pun, kami cuma sekadar menelefon sambil membuat kerja kami. Lupa! Sejak aku mula berjinak menggunakan telefon pintar, perhubungan dengan Abang Yoh boleh dibuat dengan menggunakan talian jalur lebar sahaja!
Senang betul!Aku sudah boleh berjimat cermat! Tak perlu lagi bayar bill telefon yang mahal kalau aku menelefon Abang Yoh.
Great! Just great!
"Abang!" Panggilku. Sebelah tangan sedang menulis jurnal, manakala telefon di sambungkan dengan fon telinga. Sempurna! Acik Yamy menyangka aku sedang dengar muzik, dan dia terus keluar dari bilik setelah melihat aku sibuk.
"Saya!" Sahut Abang Yoh. Dia sedang menguruskan barang-barang untuk trip selama seminggu ke beberapa tempat menarik.
"Dah siap kemas ke?" Soalku.
"Dah..." jawab Abang Yoh. Aku kemudian berbaring mengiring ke kiri. Malam nanti aku ada kerja tutor.
"Nanti abang pergi sana jangan nakal-nakal tau!" Aku memberi amaran manja.
"Okey sayang," balasnya cuba menenangkan aku.
"Sayang nak pesan apa-apa?" Soalnya.
He called me sayang! Kya~~
"Take care. Kalau sakit bawa ubat spare. Tu je lah!" Balasku. Abang Yoh tiba-tiba ketawa besar.
"I mean any gifts or presents yang you nak la baby," Abang Yoh cuba memanjakan aku. Aku ketawa dan menggeleng.
"You're safe. That's all matter to me," bisikku perlahan. Abang Yoh ketawa perlahan. Entah mengapa, perasaan rindu semakin menebal bila aku mendengar tawanya.
"I miss you," ucapku. Kali ini dia terdiam.
"Miss you too sayang," balasnya. Cukup dalam. Cukup mendebarkan.
Lewat petang aku membantu ayah mengemas stor belakang rumah keluarga D'Generouz. Setelah itu, dia memberikan satu album untuk aku. Perlahan, aku membuka album itu tanpa ayah sedari.
Penuh dengan gambar Abang Yoh. Segera album itu aku ambil dan letak di bawah plastik besar. Niat asal mahu membawa album itu pulang ke bilik. Aku mahu menatap album itu puas-puas sebelum menyimpannya semula di stor.
"Ada nampak kotak warna oren tak?" Soal satu suara. Madam Honey. Aku segera bangun dan tunduk ke arahnya. Ayah menggeleng. Dia masih lagi di atas tangga mengemas barang yang ada di atas almari stor.
Madam Honey menggaru kepalanya sambil sebelah tangan mencekak pinggang.
"Mana ya?" Soalnya lupa.
"Kalau Lily jumpa, Lily bagitau madam," ujarku cuba menenangkan Madam Honey.
"Thanks dear," katanya tenang. Setelah dia pergi, aku menghela nafas. Nasib baik dia tidak nampak album yang aku sorokkan. Kalau tidak, malu aku!
Aku membuka laci di bawah almari sementara ayah mengemas barang di atasnya. Satu kotak oren sederhana besar ada di dalam. Tidaklah besar mana, mungkin sekadar saiz kotak kasut?Aku membawa kotak itu keluar. Yang inikah? Senang sekali aku jumpa!
Aku mengangkat penutup kotak. Kelihatan gambar Madam Honey mendukung seorang bayi. Comel sekali. Di belakang gambar itu ada tarikh dan tulisan.
Jelas sekali, gambar Madam Honey sedang mendukung Abang Yoh. Kegembiraan terpancar di wajahnya, seolah-olah mereka ibu dan anak yang ada pertalian darah.
YOU ARE READING
My Flower, Lily (BM)
Teen FictionMenjadi anak angkat kepada pembantu rumah keluarga orang kaya bukanlah impian Lily. Sebaliknya, jalan pantas untuk dia lari dari tanggungjawab. Perkenalan dengan dua jejaka bahkan bukan menenangkan, sebaliknya membuatkan kehidupan yang tenang bagai...