Lily Miller

174 5 0
                                        

"Families are the compass that guides us. They are the inspiration to reach great heights, and our comfort when we occasionally falter." —Brad Henry

Dari jauh aku memandang ke arah lelaki yang digari oleh polis. Sengaja aku duduk jauh untuk memerhatinya yang kelihatan sungguh kasihan. Ah! Perlukah aku kasihan kepada penjenayah! Kalau dibiarkan, entah berapa lagi yang akan jadi mangsa. Dia ditangkap dalam keadaan yang mencurigakan. Tentu sahaja mereka tidak banyak bertanya tentang kepalanya yang dihentak.

Sudahlah tidak berseluar, dalam stor permainan asrama perempuan pula!

Ingatan aku kembali setelah menjerit memandang lelaki itu terbaring di stor. Lekas-lekas aku berlari memanggil para pekebun yang sedang mengemas peralatan berkebun di stor taman. Segera semua berlari ke arah yang aku tunjukkan. Para pelajar perempuan diminta untuk tinggal dibilik. Aku bersama beberapa orang guru bertugas pergi menjenguk ke stor. Tanganku yang menggeletar digenggam erat.

"Macam mana boleh pengsan dekat sini? Kepala pun siap berdarah," ujar salah seorang pekebun. Aku sememangnya tidak ingat langsung akan nama pekebun disini.

"Tak!! Sekarang ni bukan masalah pengsan ke apa! Macam mana pekerja dewan makan boleh berada di stor permainan budak perempuan dengan keadaan yang...." belum sempat dia menghabiskan ayat, Puan Freya mendengus kasar sambil jari telunjuknya menghala ke arah lelaki yang terbaring itu.Aku tahu, dia merupakan golongan feminis yang agak kuat pegangannya.

Kepercayaan mereka terhadap women's right sememangnya ada kalanya boleh diterima pakai.  Pejuangan terhadap "equality between men and women" juga dapat ditafsirkan sebagai sebuah perjuangan yang relevan. Kebanyakkan orang yang menentang feminisms barangkali kurang mengerti tentang makna perjuangan mereka.Ya, bagi sesetengah feminist dengan feminist yang lain juga terdapat percanggahan pendapat.

Namun, terdapat beberapa isi penting yang aku rasa, agak relevan untuk difikirkan. Teras feminism adalah lelaki dan perempuan mempunyai persamaan dari aspek peluang dan bidang kuasa.

Ia bukan membenci kaum lelaki.
Bukan membandingkan antara lelaki dan perempuan mana lebih hebat.
Bukan beerti perempuan harus melepaskan tanggungjawab sebagai "perempuan".

Ia mengenai hak dan kesaksamaan dalam masyarakat. Hak di mana wanita menerima gaji yang sama banyak dengan lelaki ketika di tempat kerja. Hak di mana golongan wanita tidak lagi ditindas dengan kes gangguan seksual.

Men and women aren't the same. We are not the same, but same does not mean equal.

Ya, lebih kurang itu teori yang aku persetujui. Namun, ada juga teori yang bercanggah dengan pendapat aku.

Berbeza dengan zaman dahulu yang dimana darjat wanita diletakkan di kaki. Wanita menjadi trofi bagi mempamerkan kegagahan dan kegemilangan orang lelaki. Bahkan, wanita dipaksa untuk melakukan pelbagai perkara.
Aku sekadar mendengar Puan Freya bergegas memanggil polis. Hatiku berbunga sedikit.

Dari jauh kereta polis pergi meninggalkan perkarangan rumah anak-anak yatim Happiness. Sedang aku termenung jauh, Milly memegang tanganku. Dia tidak berkata apa-apa, sebaliknya memeluk pinggangku erat. Aku juga tidak berkata walau sepatah. Aku mahu menolak Milly kerana tidak selesa, namun apabila melihat air matanya membasahi pipi, aku sekadar membiarkannya.
Milly bukan seperti orang biasa. Kejadian hari ini mungkin akan menyebabkan anak kecil ini mengalami trauma ataupun kejutan.

Whatever.

"Hey Milly," aku memanggil namanya. Dia melangut memandang aku dengan pandangan kosong.

"Kalau nak hidup, kau kena kuat," ucapku.

If you want to survive, be strong!

Beberapa minggu kemudian, hidup aku berjalan seperti biasa. Sekolah, bantu sapu sampah, makan dan ulang kaji. Tiada apa-apa yang menarik, namun aku tetap berasa puas. Aku sangat suka akan hidup yang tenang begini, hinggakan nama aku dipanggil ke pejabat Madam Pengetua.

Lambat-lambat aku berjalan menuju ke pejabat. Cahaya matahari begitu terang. Aku menutup mata dengan lengan agar tidak terus terkena sinar mentari. Entah apa yang akan terjadi. Adakah aku akan diambil menjadi anak angkat oleh pasangan yang pernah aku jumpa itu? Atau, aku akan ditukarkan ke rumah anak yatim yang lain? Entahlah. Walau apa yang terjadi sekalipun, aku tetap perlu menghadapinya.

Pintu pejabat ditolak perlahan. Kelihatan kerani pejabat tersenyum ke arahku. Matanya mengecil umpama bulan sabit, kelihatan dia sungguh gembira.

"Lily, masuk cepat!" Ucapnya. Tangannya ligat menyusun beberapa helai dokumen dan fail bewarna biru gelap. Aku cuma mengangguk perlahan lalu masuk ke dalam ruangan Madam Pengetua.

Kelihatan Pengetua dan sepasang pasangan tersenyum ke arahku. Ya, pasangan yang aku maksudkan itu!

"Ini Lily," Pengetua mengenalkan aku kepada mereka. Wanita yang bernama Helen itu mendekati aku. Tangannya menyentuh wajahku. Hangat. Matanya mula berkaca-kaca. Perlahan dia duduk melutut. Anak mata kami bertentangan lama. Air matanya mula jatuh membasahi pipi.Aku sendiri tidak pasti mengapa dia harus menangis apabila melihatku.

"Mulai hari ini, ini adalah keluarga baharu kamu Lily," kata Pengetua.

Aku tercegat lama. Fikiranku kosong. Aku memandang ke arah lelaki yang tersenyum disebelah wanita itu. Mereka kelihatan seperti pasangan yang bahagia. Entahlah. Terlampau banyak kes, anak yatim diperlakukan seperti haiwan berlaku. Banyak kanak-kanak yang didera oleh keluarga angkat lalu dibawa kembali ke sini.

We just can't trust anyone in this sickening society.

Aku memegang tangan wanita itu dengan selembut mungkin. Aku tidak kenal mereka, dan aku tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap mereka.

"Ibu...?" Aku menyoal. Wanita itu tersenyum menampakkan lesung pipit dan barisan gigi yang cantik.

Lelaki itu mendekati aku lantas mengusap kepala ku.

"Mulai hari ini, kita adalah keluarga," katanya lantas memandang ke arah wanita berlesung pipit itu.

"Nama kamu, Lily. Lily Miller," tambah wanita itu pula.

"Lily, nama yang cantik," tambah wanita itu lagi. Aku tersenyum kelat. Aku pernah terbaca bunga "lily" sering digunakan ketika pengebumian. Entah, aku tidak pernah nampak pula dengan mata kepalaku sendiri.Sekadar membaca di laman net. Persoalanku, adakah dua insan dihadapan aku benar-benar mengerti maksud disebalik bunga lily?

Mereka berdua tersenyum indah. Senyuman yang mencairkan hatiku yang setelah sekian lama membeku.

Keluarga. Lily Miller.

Aku memandang mereka berdua lama berselang-seli. Terasa hatiku bagaikan mencair.

Aku tersenyum. Bukan kerana aku gembira mempunyai keluarga baharu, cuma merasa gembira melihat senyuman dua insan dihadapanku.

My Flower, Lily (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang