CCTV

78 6 0
                                    

Love is flower like; Friendship is like a sheltering tree.

Lily memberi botol air bewarna hitam kepada Yoh yang sudah awal lagi bersiap untuk ke perlawanan bolanya. Yoh tampak gembira, dan muram. Entahlah, Lily juga tidak tahu bagaimana untuk membaca fikiran Yoh.

"Petang nanti tournament, jangan lupa okey?" Kata Yoh yang mula kalut memakai stokin. Lily membawa telefon bimbitnya yang baru, niat di hati ingin mengambil nombor telefon Yoh.

"Abang pergi dulu," pantas Yoh menepuk bahu Lily dan berlalu pergi. Lily tercengang memegang telefon bimbitnya. Dia terkebil-kebil memandang Abang Yoh yang meninggalkannya sendirian di ruang dapur.

Aku memandang jam ditangan yang dibeli oleh ibu di pasar hari. Jam ini tidak begitu keanak-anakkan, tidaklah begitu mahal, tetapi cukup sesuai untukku. Ianya warna kegemaran aku, lilac.
Aku memandang kiri dan kanan, ibu sedang sibuk mengemas bersama Acik Yamy di rumah besar.Ayah pula ikut Tuan Greig ke luar kawasan. Patutlah semalam ayah hadiahkan aku telefon bimbit buka tutup ini. Aku menarik tangga, dan memanjat dinding. Sengaja aku keluar dari belah belakang, takut si Elizabeth tahu pula rencana aku hari ini. Aku juga sudah beritahu ibu yang aku akan makan tengah hari di luar. Sebelum keluar, aku sempat membawa empat biji pil tidur yang telah aku curi dari bilik Madam Joanne semalam.

Apabila aku berada di atas dinding batu, aku sempat melihat Ace sudah bersandar.

"Ace! Ace! " panggilku berbisik. Dia memandang kiri dan kanan seperti tercari-cari suara aku. Gaya Ace cukup santai, topi hitam, dipadankan dengan t-shirt kosong bewarna putih dan seluar tracksuit hitam.

"Belakang hoi!" tambah aku lagi. Kaki kanan aku dihulur keluar. Ace kelihatan sedikit terkejut dan malu melihat aku. Untung saja aku memakai jersi bola dan tracksuit yang pernah dihadiahkan pada ku ketika berada di rumah anak yatim.

"Gila, pintu kan ada! Kenapa kau panjat dinding!" bisik Ace cuba membantu. Tangannya dihulurkan. Sebelah kaki aku lagi berjaya dinaikkan. Namun, aku berasa sedikit gayat.
Tinggi juga kalau nak terjun, ada tiga meter lebih.

"Haa! Tinggi ni macam mana kau nak terjun?" tanya Ace. Aku juga musykil. Pintu belakang pula kunci, aku tak tahu mana ibu letak kunci! Ace mendepa tangan luas-luas ke arah aku.

"Cepatlah," dia menyuruh aku terjun ke dalam pelukkannya. Ace nampak cukup besar dan tinggi, mungkin aku akan selamat? Entah! Ah, kena cepat ni! Aku segera terjun dan jatuh ke dalam dakapan Ace. Kedua belah tangan disangkut pada lehernya. Muka aku merah dan terasa sedikit panas, apabila mata kami bertemu. Namun, tidak lama dia pantas menurukan kakiku ke bumi.

"Kau tinggi berapa ha?" Soalku. Ace memandang aku.
"192cm," balasnya. Mendengar kata-katanya, aku tiba-tiba sahaja tersedak. Aku melihat sekeliling. Mana motosikal atau keretanya?

"Mana motor ke kereta kau?" Soalku.
"Aku tak da lesen," balas Ace selamba.

Aku tercengang! Tak mungkin!

He didn't have driving license ! God !

"Habis kau datang sini, kau pergi sekolah kau naik apa?" Soalku. Aku mati-mati ingat dia ada kenderaan. Bukan dia ke semalam beriya nak datang ambil aku!?

"Pagi ayah aku hantar, balik aku naik bas. Datang sini tadi aku naik bas," kata Ace. Aku menepuk dahi.

God ! He's really dumb!
Aku punyalah ingat dia ada kereta ke motor ke, jadi aku suruhlah dia tunggu aku dekat pintu belakang! Kalau macam ni, baik naik basikal jumpa dekat sekolah! Eh, tak boleh! Dia kena tahu juga apa perancangan aku! Aduh.

"Kau angkat aku masuk dalam balik!" Putusku. Lebih baik aku masuk dan ambil basikal. "Cepat sikit! Aku nak balik awal ulang kaji lagi hari ni! "leter aku. Ace tercengang.

My Flower, Lily (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang