Mastermind

80 3 0
                                    

Why are you doing this to me?


Pukul 2. Kedai serbaneka hari tu — Ace

Mesej yang dikirim Ace agak lewat aku baca. Semalam aku tidur lambat kerana berfikir sambil mengulang kaji. Aku dapat idea untuk melaporkan perkara itu setelah pasukan bola Abang Yoh berjaya melayakkan diri ke perlawanan seterusnya. Sebenarnya, aku tidak faham sangat mengenai liga bola sepak, tapi aku rasakan ianya merupakan permainan pasukan yang memerlukan kerjasama.

Sepakkan gol oleh salah seorang pemain membuatkan aku terfikir tentang net dan gawang permainan bola. Bagaikan bermain bola, aku cuma perlu tunggu masa yang sesuai untuk bongkarkan kegiatan Mr. Dom dan seorang lagi! Setelah makan, aku memberitahu ayah bahawa aku ingin keluar berjumpa kawan. Hari ini Tuan Greig tidak keluar kemana-mana, jadi ayah juga tidak ada kerja.

"Nak jumpa siapa?" Soalnya.

"Kawan," aku membalas.

"Ayah hantarkan?" ayah menyoal. Aku menggigit bibir bawah. Kalau ayah tahu aku nak pergi jumpa Ace, nanti apa pula dia fikir? Aduh! Aku kena buat alasan apa ni! Ah, sudah!

"Cepatlah, nanti lama pula kawan tunggu," ayah tidak mempedulikan aku, sebaliknya terus bergerak ke kereta. Aku duduk di sebelah ayah lalu memberitahu tentang kedai serbaneka tempat aku ingin berjumpa Ace.
Sampainya di sana, aku segera keluar dari kereta. Namun, sesuatu yang tidak aku sangka turut berlaku. Ayah juga keluar dari kereta.

"Mana kawan Bunga Lily ayah?" Soalnya. Aku kecut perut, lidah menjadi kelu. Habislah kalau ayah nampak Ace.

And, the timing was really bad ! I mean really really bad!

"Lily!!!"suara Ace kedengaran sangat ceria menyapa aku. Dari jauh lagi aku sudah nampak Ace melambai-lambai aku. Pakaiannya, jumpsuit bewarna hitam dan seluar sukan. Dia melintas jalan. Rambut perang dan subangnya menampakkan dia seperti budak nakal. Ayah berpusing memandang Ace. Ace berdiri di hadapan ayah sambil tersenyum.

"Ni kawan Lily?" Soal ayah dingin. Aku tidak mengangguk, sebaliknya hanya tersengih.

"You're... Oh! Hai pak cik!" Sapa Ace lalu menghulur tangan bagi berjabat salam. Ayah menyambut salam Ace. Aku diam sahaja, memikirkan bagaimana cara untuk meloloskan diri dari situasi ini.

"Jom, kita makan dekat gerai sana. Ayah ada sesuatu nak sembang dengan Ace," kata ayah lalu berjalan menuju ke gerai bubur ayam berdekatan. Ianya bukanlah gerai yang besar, cuma kedai di tepi jalan.

I doubt this rich fella would like it!

Aku berdiri di sebelah Ace, manakala ayah berjalan di hadapan kami. Aku memandang ke arahnya yang tersengih macam orang bodoh. Fikiran aku ligat berfikir, cara untuk lolos dan menjalankan plan asal hari ini.
Ayah memesan tiga mangkuk bubur ayam. Ace makan dengan berselera, nampak begitu lapar.

Apabila aku suapkan ke mulut, terasa bubur itu sungguh sedap. Aku dan Ace berpandangan dan mengangguk. Ayah tampak begitu senang hati melihat kami makan.

"Tak makan tengah hari lagi ke?" Soal ayah pada Ace.

"Dah makan! Tapi ni sedap!" Kata Ace.

"Ajak Lily keluar nak pergi mana?" Soal Ayah.

"Kami nak cari hac..." belum sempat Ace menjawab dengan jujur, aku memintasnya.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now