Love Letter

48 1 0
                                    

Love is drug that I quit

Pagi yang hening. Seperti biasa, aku akan berbasikal ke sekolah. Hari ini, awal lagi Abang Yoh sudah terpacak menunggu aku di parkir tengah. Aku mengucapkan selamat pagi. Entah mengapa, semenjak akhir-akhir ini hubungan kami berdua bertambah renggang.

Well, actually we are not that close either.

Dia tersenyum girang dan membalas ucapan selamat pagi aku. Kemudian, kami berbasikal ke sekolah. Aku sengaja kayuh selaju mungkin supaya cepat sampai. Namun, kelajuan aku dapat di kejar Abang Yoh.

"Lily...." panggil Abang Yoh. Aku memandangnya sambil berjalan ke kelas. Aneh, mengapa dia tiba-tiba ikut aku.

"Abang ada benda nak cakap," katanya. Aku berpeluk tubuh sambil berdiri di tepi kaki lima. Aku mahu mendengar kata-katanya.

"Do you by chance know Bella Cruz? Tahun 1-8," ujarnya lalu membuka beg sekolah. Yoh mengeluarkan sepucuk surat dalam sampul bewarna merah jambu lembut. Surat itu di hulurkan pada aku. Aku mengambilnya.

Surat cinta itu aku baca. Jelas tulisannya. Dia mahu Abang Yoh mempertimbangkannya menjadi teman wanita. Berdasarkan suratnya, nampak sangat dia sudah lama suka akan Abang Yoh.

Again! Who in the world hate main character?

Gadis bernama Bella itu menulis dengan penuh pengharapan. Nampaknya, dia mahukan jawapan dari Abang Yoh. Tapi, Abang Yoh bukan bercinta dengan Riley ke? Gaya mereka berdua dah macam belangkas sejak Derek jarang-jarang hadir kerana pemilihan pasukan bola sepak kebangsaan.

What do I care? This is not my problem!

Ah,sudah! Aku ada banyak lagi benda yang nak kena fikir. Hal kemasukkan pelajar baharu semester hadapan. Jamuan akhir tahun guru-guru. Dana untuk  majlis kemasukkan pelajar baharu! Aku ada banyak kerja. Takkan aku nak serabutkan kepala dengan love letter  Abang Yoh! Lagi satu, love letter itu di tulis khas untuk Abang Yoh. Bukan dari aku. Bukan untuk aku. Tak ada kaitan dengan aku. Jadi....

"I know you probably have a lot going on in your head but..." Abang Yoh menggaru kepala. Namun, aku pantas memotong bicaranya.

"Apa kaitannya dengan Lily?" Kasar ucapku. Surat itu diberi kembali padanya. Tegas aku merenung ke arah Yoh.

Meh! I should not get involved in some one else love matter right?

Yoh mengambil surat itu dari tanganku. Dia mengeluh lalu memandang ke atas siling. Dia bercekak pinggang sambil menggigit bibir.

Yoh bagaikan tidak percaya mendengar kata-kata Lily yang menusuk kalbu.

"Maybe you can say it right to my face. Reject her. Don't choose her! Or...anything!" Kata Yoh sedikit geram. Namun, kata-katanya tidak dapat menembusi dinding halimunan yang di reka oleh Lily.

"Suruh Riley lah. Dia kan girlfriend abang," jawab Lily lalu segera pergi. Yoh tercengang. Dia merenyuk kertas warna merah jambu itu lalu di masukkan ke dalam tong sampah. Dia harus berterus terang dengan Bella.

Bella, gadis yang dia tidak pernah jumpa atau tahu tentang kewujudannya. Apabila dia masuk ke kelas, kelihatan Riley duduk di kerusi dengan muka yang masam mencuka. Brandon dan Yamato masih belum datang. Beg sekolah Derek ada di kerusi, namun bayangnya tidak pula kelihatan.

"Yoh. I nak cakap pasal Bella," kata Riley.

"I malas," pendek jawab Yoh.

"I nak cakap juga. I tak suka dengan cara dia..." Riley mula berleter.

"Apa kaitan love life I dengan you!" Soal Yoh kasar. Riley tercengang lantas bangun dari kerusi.

"You tau kan I minat you jugak!" Kata Riley. Yoh mengeluh dan menggeleng.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now