Missing!

37 2 0
                                    

Ku sakit bila separuhku dipisahkan,

Mesej kiriman Abang Yoh yang mengatakan dia sudah ada dalam kapal terbang membuatkan aku lega. Namun, beberapa panggilan dari Uncle Wang membuatkan aku tidak sedap hati.
Dia sakitkah? Kenapa telefon aku sampai enam kali?

Tadi aku tidak sempat mengangkat telefon kerana sedang mengajar anak-anak tutor. Dalam bas pula aku tidak dengar. Aku berjalan ke lorong untuk masuk ke rumah agam milik keluarga D'Generouz. Kelihatan kereta milik Uncle Wang terparkir elok di situ. Ibu ayah dan Madam Honey sedang berdiri di muka pintu.

Aku membawa kuih untuk makan petang. Saat melihat ibu dan ayah aku segera melambai lemah. Barangkali Uncle Wang ada sesuatu yang ingin dibincangkan dengan Madam Honey. Aneh! Kenapa buat perbincangan dekat muka pintu rumah kecil pekerja? Kenapa tak berbincang dekat bilik pejabat Madam Honey sahaja! Pelik! Tapi...

"Lily!" Ibu memanggil aku seraya memeluk aku erat. Aku sedikit terkejut namun membalas dakapan ibu sambil menjeling ke arah ayah.

"Kenapa ni?" Soalku.

"Ace..." kata Uncle Wang. Wajahnya mendung dan pucat sahaja dari tadi.

Aku memandang ke arah ayah dan Madam Honey yang kelihatan muram juga.

"He is missing," kata Uncle Wang. Aku diam seketika. Tak logik! Macam mana Ace yang besar macam titan tu boleh hilang? Jangan main-main!

"Jangan buat lawak," ujarku sambil ketawa. Madam Honey mendekati aku sambil mengusap belakang ibu.

"Ace is missing," ulang Uncle Wang menyebabkan jantung aku terasa ingin gugur. Aku terlepas plastik kuih di tangan sambil terkebil-kebil memandang ayah. Aku segera ketawa!
Gila! Madam Honey pun sekali ada untuk buat "prank" tak kelakar macam ni!

Namun, wajah serius mereka membuatkan aku tidak sedap hati.

Ace is a titan! How could he gone missing!
This must be a prank!

Aku segera mencapai telefon bimbit dan menghubungi Ace.
Tiada dalam talian.

Sekali lagi. Aku cuba telefon sekali lagi! Masih tidak berangkat!
Sekali lagi!
Sekali lagi!

Pick up the phone! Pick up the phone!

Aku menelan air liur memandang ke arah Uncle Wang yang sudah tidak keruan.

Ace...my Ace...is missing?

Yoh terjaga dari tidur dan memandang Riley yang masih lagi lena dibuai mimpi bertemankan lengannya. Perlahan, Yoh menolak kepala Riley dari terus menyandar pada lengan bahunya. Yoh memandang sekitar pesawat. Gelap. Cuma ada beberapa orang yang sedang menonton filem melalui aplikasi yang disediakan. Yoh memandang ke arah tingkap sambil mendengus perlahan.

Fikirannya kosong. Dia tidak tahu sama ada keputusan untuk bercuti bersama rakan betul atau tidak? Ataupun dia perlu segera pulang ke tanah air bagi bertemu kekasih hati? Yoh sudah buntu dengan keputusan sendiri.
Yoh meraup muka berkali-kali.

"Sir, is there anything I can help you with?" Soal pramugari ketika melihat Yoh. Yoh memandang ke arahnya.

"A cup of plain water please," ujar Yoh.

Tidak lama kemudian, pramugari itu muncul kembali dengan satu cawan air putih suam. Secebis kertas diselitkan semasa cawan itu bertukar tangan. Pramugari itu segera pergi ke depan kembali dengan wajah yang tersipu-sipu. Yoh membuka cebisan kertas tertera nombor telefon pramugari berwajah Asia-Amerika itu. Yoh mengangkat kening melihat kertas itu, kemudian dia memandang beberapa orang pramugari di depan sedang tersipu-sipu.
Yoh tersenyum pada mereka. Dan mereka saling bertepuk tampar antara satu sama lain.


My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now