Pink Killer

54 2 0
                                        

I know nothing about me or myself

Ace terdiam mendengar kata-kata Dr.Zachery dari kelas forensik. Peratusan remaja mengambil pil berbahaya seperti dadah sedang meningkat. Tiba-tiba, dia teringat pada Eliz. Setelah tamat kelas, Ace segera ke perpustakaan. Hidupnya di akademi tidak terlalu tenang seperti dalam drama. Hal ini disebabkan Ace turut mengambil jurusan ijazah crime justice di situ. Ace duduk di komputer nombor 68, berhampiran dengan mesin kopi. Melalui cermin tingkap, dia cuba membetulkan pakaian seragam pelatih.

Nombor pelatih 181818 di dadanya tersemat erat. Begitu juga dengan tag nama Alexander. Selain nama di tag baju, para pelatih turut di beri rantai militari yang tertulis nama , nombor pelajar dan tarikh lahir mereka. Ace memegang rantai yang sedikit terkeluar sebelum di masukkan ke dalam baju.
Seterusnya, dia menekan tetikus bagi mencari maklumat di internet.Dia melayari internet tentang pil dadah berbahaya.

Antara yang dapat dikaitkan adalah ecstasy,morphine dan beberapa jenis dadah yang lain. Dia tidak arif kerana belum lagi belajar bab narkotik.Ace menekan butang cetak bagi mengumpul maklumat. Banyak tesis dan kertas kajian yang dia cetak. Tidak lupa juga dengan gambar. Setelah itu dia menuju ke printer bagi mengambil kertas yang dicetak. Selesai membuat bayaran kepada pustakawan bertugas, Ace segera menghala ke luar.

"Kapten! Petang ni jangan lupa latihan tinju!" Jerit seseorang. Ace berpusing dan mengangkat tangan. Ia rakan satu kuliah dengannya, Walters. Ace merupakan kapten bagi batch kuliah 1818. Nombor gilirannya pula ialah 18. Jadi, nombor pelajar Ace ialah 181818. Oleh kerana sikapnya yang boleh dikatakan outgoing dan senang di ajak berbual, mereka melantiknya sebagai ketua kadet pelatih 1818. Oleh itu, ramai pelajar memanggil Ace dengan gelaran kapten. Selain belajar tinju,pelajar di akademi turut di dedahkan dengan beberapa lagi ilmu penting untuk menjadi polis. Antaranya subjek undang-undang, latihan menembak, criminal psychology, patrol prosedur, defensive driving, seni mempertahankan diri dan juga bantuan kecemasan.

Ace mengangkat tangan tinggi membuat isyarat okey kepada mereka. Dia tahu, pelajar yang satu kuliah dengannya semuanya aktif dan cergas. Tiba-tiba, dia terlanggar satu sosok bidang. Habis kertasnya terjatuh.
Lelaki berpangkat agak tinggi itu membantu Ace mengutip kertas yang berterabur. Lama dia memandang sekeping kertas yang ada gambar "pink killer" itu.

"Batch mana?" Soalnya ringkas. Ace pantas mengambil kertas itu. Dia kenal, lelaki itu adalah Dr. Zachery atau lebih mesra sebagai Dr.Z. Dia bukan sahaja salah seorang tenaga pengajar malahan dia juga antara ahli forensik yang selalu turun padang dalam hal bedah siasat mayat pembunuhan. Beliau sangat arif dalam mengesan penjenayah. Kelasnya juga tidak bosan kerana dia seorang yang kelakar.

"1818, Kadet Pelatih 181818 Alexander Henderson
tuan," Ace lapor diri sambil berdiri tegak. Setelah itu dia meminta maaf atas sifat cuai hingga melanggar Dr.Zachery.

"This is pink elephant...or we call this pink killer. Kind of heroin.Dangerous. Can cause addiction or even death," katanya melihat gambar pil tersebut.

"Bukan biasa pil ni," katanya memandang Ace tajam. Ace mendengus perlahan.

"Dah ramai orang overdosed sebab ni." Kata Ace lantas menelan air liur.
"This shit are killing people out there," bentak Ace. DrZ mengangguk. Dia memandang ke arah kertas kerja yang ada di tangan Ace.

"You should work with narcotics department in the future," katanya. Ace ketawa. Dia tidak punya pandangan begitu jauh. Kalau boleh jadi polis trafik pun dia tidak kisah. Mungkin lepas itu dia boleh pergi ke bahagian perhubungan awam.

"Maybe I should try forensic doc," kata Ace. Dr Z tersenyum.

"You say your name is Alexander right?" Soalnya sambil memandang tag nama dan nombor pelajar Ace.

My Flower, Lily (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang