TheTruth

33 3 0
                                    

"Masam nya muka," komen Ace sebaik sahaja melihat aku masuk ke dalam apartment kami. Aku cuba menggaris senyum, secara jujur aku penat. Balik tadi, aku tumpang Wellington, jadi tidak menjadi masalah.

"Dah makan?" Soalku. Baru teringat awal tadi kami bercadang untuk memasak, namun disebabkan janji temu tersebut, aku terpaksa batalkan makan malam kami berdua.
"Esok I masak, you nak makan apa order je," aku memujuk. Ace menggeleng.
"I makan semua benda," katanya tersenyum.

"Rehatlah dulu," katanya memegang kepala aku. Aku mencapai tangan itu lantas memandang ke arah anak mata berwarna hazel itu.
Aku terasa tenang saat melihat anak mata itu bergerak-gerak, terkebil-kebil.

"Hey, what's wrong?" Soalnya. Aku tersenyum ringkas. Kalau kata tiada apa-apa yang terjadi, Ace dengan mudah akan menangkap aku menipu.

"I gaduh dengan abang tadi," kataku.

"Again?" Soalnya mengangkat kening.
"Not suprised," komennya lagi.

Aku mencebik seraya tersenyum tawar.
"He said I'm twisted," kataku. Ace mendengar sahaja ayatku.

"Yes, you are," dia bersetuju. Aku mencebik lagi.

"He said...I can't move on from my past," komenku.
Ace diam.

"Tu pun I tak nafikan," kata Ace.

"He said I'm glad that Abby lost her mom," kataku lagi.

"That's I don't know," kata Ace.

"Geez. I hate this," kataku.
"Hate? What?" Soalnya.

"The fact that both of you were right," balasku. Ace mengukir senyum.

"Say....am I a bad person?" Soalku. Ace berpeluk tubuh.
"Told ya, there's nobody pure evil, no one pure nice," katanya. Dia memegang kedua belah bahuku.
"Semua orang ada baik dia, ada jahat dia," kata Ace.

"And for me, you're the best person ever I had. I don't care if you're nice or bad,"katanya. Aku menggaris senyum. Aku tahu, sebagai polis, Ace pasti pernah berjumpa penjenayah yang jauh lebih gila dan jahat berbanding aku.
Aku membiarkan Ace memegang kedua belah pipi aku, mata kami saling bertatapan.

And you too. You're the best thing in my life, Ace. I love you so much.

***

Bilik bewarna merah jambu dengan anak patung lembut menghiasi setiap penjuru dipandang lama. Kosong. Sejak ibunya meninggal, Mary mengambil alih tugas untuk menjaga Abby buat sementara di rumahnya. Yoh tidak melarang, sebaliknya hanya ikut sahaja. Dia juga sedang sibuk menguruskan pelbagai masalah yang mendatang.

Telefonnya berbunyi.

"Just proceed with the initial plan," kata Yoh. Dia malas hendak ulang benda yang sama berkali-kali. Tidak lama lagi, mereka akan umumkan calon untuk jawatan Presiden dan CEO. Kalau dia kalah sekalipun, dia tetap akan kekal di jawatannya. Namun, berada di bawah Hans, dia merasakan hidupnya dihantui bayang-bayang Madam Ratna. Justeru, dia perlu ambil langkah awal!

Yoh terasa sunyi. Bagaikan semua yang dia suka seakan-akan mahu berpaling daripadanya. Mesej masuk ke telefon, dia membaca sebelum mengeluh.

***

Aku ke hospital untuk berjumpa dengan ahli keluarga penjenayah langgar lari untuk kes Riley dan Derek. Pihak pendakwa raya akan menetapkan hukuman penjara, manakala penjenayah akan duduk meringkuk dalam penjara akibat pelanggaran yang menyebabkan kematian.

Aneh. Anak perempuannya baru sahaja mendapat penderma, dan dia menjadi pemandu mabuk dan melanggar orang hingga mati. Ada sesuatu yang tak kena.

"Excuse me, boleh saya jumpa dengan pesakit, nama Cindy? She's about 13," kataku kepada jururawat bertugas.

"Maaf cik, tapi cik ni siapa ya?" Soal jururawat.

"I kenalan ayah dia. I'm a lawyer," aku menghulur kad nama. Mereka kelihatan murung dan sedikit kecewa.
"Mustahil Encik Ali boleh buat macam tu, dia bukan jenis kaki botol," katanya membuka cerita. Aku tak sangka pula mereka akan buka cerita, mungkin mereka menyangka aku peguam Encik Ali, suspek utama kes DUI.

"Tapi you tengok lah. Yang victim Riley Summers dengan Derek, pemain bola tu," kata seorang lagi.
"I rasa tu karma! Siapa suruh perempuan tu curang!" Mereka menambah perisa.

"Eh, miss ni lawyer Encik Ali ke?" Soalnya. Aku sekadar tersenyum sahaja, tidak menjawab. Kalau ikutkan logik, sangat sukar untuk mana-mana peguam mengambil kes ini. Kes ini dikira berat, tambahan lagi menyebabkan kematian, dan Derek merupakan pemain bola. Masuk ke ICU sudah cukup menyebabkan perjalanan kariernya tergendala.

"Encik Ali tu baik, baik sangat-sangat. Macam tak percaya semua ni boleh jadi," komen jururawat itu. Aku mendengar sahaja. Mereka tidak ada kata-kata lain melainkan pujian terhadapnya. Aku juga terasa dia seorang yang baik kerana mendengar kata-kata jururawat.
Tapi,

人不可貌相 never judge a book by its cover.

Aku berjalan lagi, terasa bersalah pula kalau berjumpa dengan keluarga suspek. Sedangkan kami berada di pihak mangsa. Namun, aku lebih tertarik dengan suatu sosok ketika aku hampir keluar dari hospital.

Madam Joanne.

Dia sakitkah?

Aku mengekorinya. Jauh, dia tidak perasan aku sehingga sampai ke satu bilik di bahagian hujung. Tertera klinik doktor pakar jantung di situ, aku masih tidak putus asa. Aneh, tiada pula jururawat atau staf yang bertugas. Jangan kata jururawat, malahan jagar juga tidak ada. Aku berjalan ke arah pintu yang baru sahaja ditutup, tetapi tidak rapat. Sedikit terbuka, nama Doktor Tang XiaoJun terpampang besar. Aku berdiri mematung disitu.

***

"Kan I dah cakap, kalau tak ada hal jangan datang jumpa I," marah Doktor Tang. Joanne tidak peduli, dia terus duduk di kerusi.

"Bila ubat you nak berkesan?" Soalnya. Doktor Tang senyap menggeleng.
"I nak Madam Ratna mati sebelum pemilihan tu!" Kata Joanne. Tang mendengus, Joanne memang selalu begini.

"Lagi satu, I rasa you patut tukarkan anak penjenayah tu dari hospital, nanti kalau ada orang siasat susah pula," kata Joanne.
"Tak boleh. Tarikh dia dah nak dekat," kata Tang.
Joanne merengus. Dia tidak peduli.
"I don't care! Kalau Yoh tahu yang langgar wife bodoh dia arahan dari I, mati lah I. You cover lah I!" Bentaknya.

"Orang suruhan Yoh, Charles dengan Brandon tu memang lah lembap, tapi Lily tu quite scary, you settle lah!" Kata Joanne selamba.
"You ingat senang ke?" Marah Tang.

"This is for our son, Yoh! You tahu kan these past years he had it hard," kata Joanne.
"He had it hard sebab you yang paksa dia macam-macam!" Kata Tang tidak mahu mengalah.

"Apa you nak I buat lagi? Kalau D'Generouz tahu pasal Yoh, habis lah kita, habislah Yoh!" Gerutu wanita itu sambil menghentak kaki.

"Yoh anak kita, you ingat sikit!" Komen Joanne.

****
Aku terlopong luas. Niat untuk masuk dan menegur Madam Joanne dan Doktor Tang terbatal begitu sahaja. Sangkaku, Madam Joanne cuma sakit, dan memerlukan ubat. Tetapi rupanya tidak.

Aku segera berlari seperlahan mungkin dan keluar melalui tangga kecemasan. Lama aku bersandar di pintu tangga kecemasan berfikir.

Kematian langgar DUI Riley berpunca dari arahan Madam Joanne?
Mereka sedang membuat plan untuk memastikan Madam Ratna mati sebelum pemilihan pimpinan syarikat?
Dan...
Abang Yoh bukan anak sebenar keluarga D'Generouz?
Apakah drama ini! Bukan, ini bukan drama lagi!

But...why?

Abang Yoh...
Did he knew about this?
I don't think so.
What if he knew?

Should I tell him?

Aku menelan air liur, satu emel masuk ke dalam telefon aku. Ternganga aku dibuatnya.
Notis aku dikeluarkan sementara dari Legal Team mewakili D'Generouz Group membuatkan aku terkesima seketika.

Abang is throwing me away, how do I tell him about what I've heard!

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now