Aku seperti mahu gila setelah drive jauh tetapi tidak dapat bertemu dengan keluarga Encik Ali, suspek utama kes langgar lari Riley. Fikiran aku berserabut, ternyata Madam Joanne sentiasa satu langkah lebih laju berbanding aku.
Barangkali disebabkan kes Christopher, tumpuan aku terhadap kes Riley sedikit terganggu.
Aku boleh sahaja untuk terus melaporkan hal ini kepada Abang Yoh, namun aku harus memastikan sejauh mana Abang Yoh terlibat dalam hal ini. Berdasarkan info yang aku curi dengar tempoh hari, aku tidak menyangka bahawa Abang Yoh bukanlah anak sebenar kepada Greig D'Generouz. Andai kata Abang Yoh tahu hal ini, pasti akan bertambah kacau.
Jadi aku perlu atur langkah bijak,
Dapatkan pengakuan Encik Ali yang sebenar, kemudian baru aku berterus terang dengan Abang Yoh mengenai ibunya.
Madam Joanne berbahaya, silap hari bulan, dek kerana tamak, Abang Yoh sendiri akan menjadi mangsa.
Telefon aku berbunyi nyaring. Jay, junior kerja ku.
"What's up Jay! I'm not in a good mood here," kataku. Aku berdiri di hadapan hospital, sedikit kecundang apabila keluarga Encik Ali baru sahaja berpindah. Namun, tidak tertulis dalam rekod ke mana mereka tukar hospital. Kalau ikutkan, anak perempuannya pasti akan memerlukan rawatan susulan. Kini, mereka hilang begitu sahaja, lesap!
"I had a terrible news," katanya.
No good!
"Encik Ali was found dead in his cell," kata Jay. Aku tersentak, hampir terlepas telefon ditangan. Gila! Mustahil!
Kenapa dia mati pulak?!
Belum sempat aku bertanya, Jay sudah menerangkan bahawa punca kematian ialah bunuh diri. Aku meneguk air liur, adakah ini semua berpunca dari Madam Joanne.
Kalau betul...
Abang Yoh tahu tak semua ni? Maksudku, adakah Abang Yoh tahu bahawa ibunya yang merancang....
Nanti.
Aku memandang sekeliling. Terasa seperti diekori oleh seseorang. Bukan.
Beberapa orang.
Aku berlari ke arah kereta.
Shit!
I'm in a deep trouble!
****
Jari telunjuk dan jari tengah Yoh seperti biasa akan mulai mengetuk permukaan meja menandakan dia sedang berfikir.
Tidak lama kemudian, Mr Bred dari Syarikat Taiyang Securities masuk. Yoh menjemputnya duduk seraya menuangkan teh. Restoran teh ala cina jepun itu dilengkapi dengan ruang peribadi esklusif. Di belakang Yoh ada gambar Gunung Fuji yang dihasilkan oleh pelukis terkenal. Teh pula dihidangkan dalam teko yang kecil, persis gaya Jepun, dengan bilik deko dilengkapi meja teh kecil dan tatami.
Walaupun lebih gemar minum kopi, Mr Bred tidak menolak teh hijau yang dihidangkan oleh Yoh. Teh itu terasa cukup ringan, teh mahal.
"Say, how much Madam Joanne paid you," Sebelum Mr Bred menyoal, Yoh terlebih dahulu menyoal. Mr Bred tidak dapat membezakan sama ada ayat Yoh berbunyi soalan ataupun ayat penyataan.
Yoh menghulurkan satu sampul, lebih kelihatan seperti sampul duit raya. Di dalamnya ada sekeping check dengan jumlah amaun yang besar.
Mr Bred memandang Yoh. Dari satu sudut, Yoh masih mentah dan budak-budak di mata tuanya, di satu sudut lagi Yoh sedikit menakutkan, tak seperti...
"What's her reason to make you work with me?" Soal Yoh. Mr Bred tersengih kelakar. Arahan yang diterima olehnya jelas, memantau setiap gerak geri dan perkembangan Yoh. Tidak begitu jelas mengapa, dia menganggap Yoh merupakan anak ikan permainan baharu wanita gila itu. Dia menyangka Yoh merupakan hobi baru Joanne. Siapa tak tahu Joanne, mereka kenal dari zaman dia menagih dan mengambil dadah lagi.Kalau tak kerana Joanne dan Tang, dia barangkali sudah kerap keluar penjara. Kerana dua manusia yang ada wang itu dia terselamat, hutang budi katanya.
"My relationship with Madam Joanne is way more complicated than money," katanya keras kepala. Dia tersenyum. Rahsia lama Joanne semua berada di dalam tangannya. COO Syarikat merangkap anak ikan Joanne yang baharu kelihatan sangat ke anak-anakkan. Dia bagaikan tidak percaya, Joanne begitu suka dengan pucuk muda sehingga sanggup mengeluarkan arahan bunuh untuk isteri lelaki ini. Dia tak tahukan lelaki ini sudah ada anak satu.
ANDA SEDANG MEMBACA
My Flower, Lily (BM)
Teen FictionMenjadi anak angkat kepada pembantu rumah keluarga orang kaya bukanlah impian Lily. Sebaliknya, jalan pantas untuk dia lari dari tanggungjawab. Perkenalan dengan dua jejaka bahkan bukan menenangkan, sebaliknya membuatkan kehidupan yang tenang bagai...
