It's corruption, not eruption
Ace memandang aku dengan muka bodohnya. Dia terlopong seakan-akan tidak percaya sebaris pun cerita aku ketika melawat Miyaki. Dia kelihatan begitu bodoh, sambil duduk memeluk belakang kerusi.
"So....Now, we need to investigate the audio room!" kataku. Ace menggaru kepala.
"Jom!" Katanya. Dia bingkas bangun menyebabkan kerusi itu terjatuh. Sekarang!? Gila! Kita kena ada plan dahulu lah!
"Now?" Soalku tidak percaya.
"Ya lah! Takkan kau nak aku selamanya jadi outcast!" katanya. Dia tampak begitu tekad untuk meneruskan penyiasatan.
I hope he stays till the end!
"Bodoh lah kau ni. Kita kena ada plan. Takkan nak buta tuli macam tu je," kata aku dengan nada tidak puas hati. Aku mengembungkan pipi sambil menarik muka. Diam! Aku tahu, aku tak comel !
"Alah...masuk bilik audio siasat je pun, plan apa bendanya!" Kata Ace. Dia segera bangun meninggalkan aku. Aku yakin dia menuju ke bilik audio sendirian. Dasar keras kepala! Dia ingat boleh buta tuli macam tu! Lantak kau lah! Siapa suruh kau bangang sangat! Sekarang ahli kelab drama yang guna bilik audio, memang diaorang takkan benarkan kau masuk lah gila! Pergilah
Pergi. Aku nak tengok sampai mana kau!
Perkataan bilik audio di tulis pada buku planner. Begitu juga dengan kelab drama. Sengaja aku menconteng tulisan sebelum ini. Kedua hal ini sangat berhubung rapat dengan Miyaki, mangsa.
Suspek pula, Ace dan Si Tanda Soal.
Kunci bilik audio dipegang oleh Mr.Dom guru pembimbing kelab drama ataupun Mr.Tam guru bilik audio. Nama mereka juga aku tulis.
Kelab drama. Aku harus mula dengan kelab drama, sebelum bilik audio. Kira-kira dua puluh minit kemudian Ace pulang dengan wajah yang merah padam. Dia mengambil kembali tempat duduknya sambil mengembungkan pipi.
Aku dah agak, memang takkan berjaya punya!"'Mr. Dom dengan budak-budak kelab halau aku gila! Isnin dan selasa ni diaorang ada pertandingan,"rungutnya. Aku tersenyum sinis. Sudah ku agak. Dia gagal.
Esok cuti pula. Jadi memang tidak ada peluang untuk aku....
Tunggu.
Esok cuti. Isnin pertandingan. Minggu mendatang pula peperiksaan, jadi semua orang akan sibuk."Ace, esok kita datang sekolah," kata aku.
Ace berkerut."Aku serik, sebab datang sekolah lah diaorang tuduh aku macam-macam," pintas Ace.
"I need your help to steal the keys," kata aku. Ace ternganga luas. Dia memang nampak bodoh.
"Bitch. I thought I'm crazy, but you are crazier than me!" bisiknya.
"Kau fikir logik lah. Miyaki kelab drama, budak kelab drama guna bilik audio. Memang Mr. Dom nak bagi kau masuk bilik audio pun! Aku pula tak ada kaitan dengan mereka, memang boleh masuk pun," perli aku. Aku menepuk kepala dan memegang kedua-dua belah pipi. Dia menarik pipinya kebawah menunjukkan wajahnya bertukar seperti zombi.
"Sekarang ni, aku dah jadi perhatian mereka! Mereka takkan benarkan aku masuk bilik audio lah kan!" ujarnya mengalah.
Bodoh lah dia ni!
YOU ARE READING
My Flower, Lily (BM)
Teen FictionMenjadi anak angkat kepada pembantu rumah keluarga orang kaya bukanlah impian Lily. Sebaliknya, jalan pantas untuk dia lari dari tanggungjawab. Perkenalan dengan dua jejaka bahkan bukan menenangkan, sebaliknya membuatkan kehidupan yang tenang bagai...