Aku mengetuk pintu bilik Ace. Tidak lama dia membuka pintu. Segera aku menerpa ke dalam dakapannya.
"You're so warm," komenku. Ace diam membisu.
"I like it," tambahku lagi apabila terbau haruman buah peach daripada tubuh badan Ace. Ace membalas pelukkan aku.
"You seems down. What's the matter?" Soal Ace. Aku tidak menjawab, sebaliknya terus memeluk tubuh itu. Malas lah aku nak fikir pergaduhan dengan Abang Yoh tadi.
Buat sakit hati aku!
***
Ace menelan air liur. Siang tadi sewaktu di pusat beli belah, dia terasa seperti ada orang yang mengekori mereka.Dia terpaksa berbohong untuk ke tandas sebaliknya pergi berhadapan dengan sang yang mengekori.
"Why are you following me!" Tegas Ace memegang kolar bajunya sambil menghalakan lelaki itu ke arah dinding. Disebabkan tubuh Ace yang besar, kaki lelaki itu hampir sahaja tidak dapat mencecah lantai.
Perlahan, lelaki itu menunjukkan kad pengenalan polis kepada Ace, setelah memastikan baru Ace meletakkan pegawai itu. Terbatuk-batuk pegawai itu."Kami tengah siasat about D'Generouz Group," kata lelaki itu.
Ace mengerutkan dahi.
"That woman is one of D'Generouz Group lawyer," katanya. Ace senyap. Kalau mereka tahu Lily, pasti identitinya tidak asing buat mereka.
"Kau pun pernah buat kerja macam ni kan, let me go," kata pegawai itu. Ace semakin yakin bahawa mereka memang sudah siasat Lily dari awal lagi.
"She doesn't know anything," kata Ace memenangkan Lily.
Pegawai itu menggeleng.
"Ni prosedur, kau polis. Kau pun tahu," katanya. Ace diam lalu mencekak pinggang.
"Fine," putusnya. Dia kemudian pergi meninggalkan pegawai polis itu. Ace sendiri mengerti bidang kerja ini, siapa yang disyaki akan disiasat. Dia juga pernah terlibat dalam hal yang sedemikian rupa.
Ace tersedar dari lamunan. Kelihatan Lily masih dalam pelukkannya. Dia tidak tahu kerja apa yang Lily lakukan, yang pasti semua ini pasti berkaitan dengan Yoh.
Ace kenal dengan psychopath seperti Yoh. Mereka akan mempergunakan orang lain untuk kepentingan diri mereka sendiri.Ace menghadiahkan satu kucupan di dahi Lily.
"Something going on?" Soalnya. Lily memeluk Ace semakin erat.
"Let's get away from all of this," kata Lily.
"I'll protect you," bisiknya lembut sambil memejamkan mata.
****
Malam itu aku tidur bersebelahan dengan Ace. Tatkala dia sudah nyenyak tidur, aku memerhati sosok di sisiku.
Barangkali selama ini aku sudah bazirkan masa aku dengan Abang Yoh, cinta yang tidak akan ada kesudahan. Betapa bodohnya aku mempersia-siakan lelaki di hadapan aku ini.
God, I don't want to lose Ace.
Tetapi, jika suatu hari andai kata aku dan Ace putus cinta di tengah jalan, adakah semuanya akan kembali seperti sedia kala. Saat kami berkawan boleh bergembira, keluar dan mesra.
Atau dengan mudahnya jadi seperti hubungan aku dan Abang Yoh kini, tiada rasa cuma saling terasa pahit.Aku tidak pasti. Aku juga tiada ayat untuk menggambarkan perasaan aku terhadap Abang Yoh. Aku rasa seperti tin kosong, jumpa dia hanya buat aku terasa pahit sahaja.Hubungan aku dengan Yoh sudah tidak boleh diselamatkan lagi.
Awal lagi aku tahu. Awal lagi semenjak Abigail lahir. Saat itu, aku tahu aku sudah bukan lagi orang nombor satu di hati Abang Yoh.
Tetapi aku gagahkan jua. Aku tutup mata demi cinta palsu, walhal sebenarnya aku mempergunakan Abang Yoh untuk capai matlamat aku mempunyai kerjaya besar.
Orang miskin tambah lagi anak yatim seperti aku mana boleh berjaya dengan mudah tanpa pertolongan, tambahan lagi di usia muda begini.Berapa ramai rakan-rakan satu universiti dengan aku tidak meneruskan cita-cita, sebaliknya kerja sahaja apa yang ada.
Impian perlukan wang dan pengaruh. Nama kelurga yang hebat, serta bakat.
Yoh ada semua itu. Aku pula tiada. Apa guna bakat kalau tidak boleh cari makan?
Mungkin disebabkan tamak dengan kejayaan aku hanya bertahan di situ. Sejauh mana cinta abang Yoh kepada aku? Aku juga tidak begitu pasti.Mungkin rasa cinta itu semakin pudar kerana adanya kejayaan dan si kecil itu. Aku memandang siling.
Aku tidak tahu sama ada hari esok aku mampu berdiri megah di barisan peguam pertahanan D'Generouz atau tidak.
Abang Yoh boleh bila-bila masa sahaja buang aku dari kerusi barisan pertahanan. Tambahan pula, kepercayaannya terhadap aku juga sudah semakin menghilang.Look, whose gonna trust his ex-girlfriend?
Abang Yoh juga bukan bodoh. Dia masih tahu bezakan antara kerjaya dan cinta. Dia bukan jenis yang bertindak melulu, dia ada perancangan. Dia bukan jenis yang akan diam sahaja, dia akan balas perbuatan orang.
Aku tahu. Aku cukup kenal dengan sosok menakutkan itu.Apa yang terjadi pada Hana aku sudah tahu. Riley juga aku tahu, dan masih ingatkah Joe yang dibelasah satu ketika dahulu.
Peristiwa dengan Abang Hans lagi, di mana dia yang beri arahan untuk orang memukul Abang Hans sehingga separuh mati?
Dan paling aku ingat, kisah Ace dan Yoh yang membuatkan dia patah tangan. Kata Ace, dia tidak tolak Yoh.
Yoh barangkali sengaja buat begitu.Abang Yoh,
He can do anything. He's just sickening like that.Kebolehan untuk dia memanipulasi orang lain, aku cukup arif. Bagaimana Brandon bagaikan anjing mengikutnya, Riley isteri serta rakan yang turut mangsa manipulasinya.
Look, whose talking?
Aku dan Abang Yoh tidaklah beza mana. Aku kembali memandang Ace yang sedang tidur.
I won't let him go if he hurts my Ace.
Saat Abang Yoh berang dengan Ace, aku tahu, sasaran Abang Yoh yang seterusnya boleh jadi sahaja Ace. Tak boleh! Aku tak boleh biarkan Ace disakiti.
Cukup penderitaan PTSD yang dia alami, segala serangan panik di tengah malam, nafasnya tercungap-cungap. Wajah pucat lesi akibat trauma lampau.
Abang Yoh seinci pun tidak boleh sakitkan Ace.If he hurts him, I'm gonna take something precious from him.
It might be D'Generouz Group.
Might be his mummy,
Might be his Mama Honey,
Or
His daughter!
I'll just fucking crush them!
****
Yoh memandang ke arah Madam Joanne yang sedang terkebil-kebil. Dia mahu marah tetapi itu ibunya.
Lagipula masalahnya seakan-akan bertimpa-timpa."Tak nak tahu I hilang ke mana?" Soal Madam Joanne. Yoh tidak peduli, kepalanya masih serabut dengan hal-hal lain.
"You dengan Riley nak cerai ke?" Soal Madam Joanne.
"I suppose," kata Yoh.
"Habis share M&G yang dia bagi kat you time mula-mula kahwin?" Soal Madam Joanne. Dia dapat mengagak, Yoh pasti terfikir tentang hal itu juga.
"I kena bagi balik lah. Takkan I nak ambil pula," kata Yoh berkerut.
"Mana boleh! Tu kan dia bagi kat you!" Kata Madam Joanne.
"Well..." Yoh sudah malas melayan Madam Joanne.
"Unless she's dead, I can take over her shares and Abby's," selamba sahaja balas Yoh. Dia kemudian meninggalkan Madam Joanne di ruang tamu untuk pergi ke bilik mandi. Abigail sebentar tadi sudah pulang dengan pengasuh, langsung tidak jumpa Madam Joanne.
YOU ARE READING
My Flower, Lily (BM)
Teen FictionMenjadi anak angkat kepada pembantu rumah keluarga orang kaya bukanlah impian Lily. Sebaliknya, jalan pantas untuk dia lari dari tanggungjawab. Perkenalan dengan dua jejaka bahkan bukan menenangkan, sebaliknya membuatkan kehidupan yang tenang bagai...