Talk

39 1 0
                                    


Sebaik tiba di lapangan terbang, Yoh tidak terus ke rumah. Dia awal lagi sudah sampai ke pejabat menyemak semula dokumen-dokumen yang tersusun di atas meja, hingga Brandon sampai.

"Sorry for disturbing boss," kata Brandon usai muncul di muka pintu.

"How's your honeymoon?" Soal Brandon membuatkan Yoh mencebik. Brandon duduk di hadapan Yoh lantas meletakkan satu fail dokumen sulit bewarna merah jambu. Setelah Yoh meneliti dokumen itu, dia memandang ke arah Brandon, bagaikan tidak percaya. Ternyata, dia lebih berminat dengan nota lekat yang di tampal pada dokumen tersebut.

"Lily yang plan," kata Brandon.

"Kau dengan Lily...." Brandon mahu bertanya.

"Jangan sibuk lah," pantas sahaja balas Yoh. Brandon menggaru kepala. Yoh diam, dia sedar sudah lama dia tidak menghubungi Lily. Sejak majlis reunion hingga pergi melancong dengan Abby, dia cuma baca sahaja mesej Lily.

"That woman is fucking crazy you know!" Kata Brandon.

"Then what about us?" Soal Yoh. Brandon mendengus. Yoh menutup semula fail-fail yang ada dihadapannya.

"Boss!" Panggil Camelia sebaik sahaja ada di muka pintu. Wajahnya kelihatan begitu cemas.

Selesai sahaja forum, aku terus mendapat pesanan ringkas dari Brandon mengatakan bahawa ada perhimpunan di pasar awam. Plan Direktur Hans untuk merobohkan dan membina semula pasar awam menjadi pusat beli belah langsung tidak mendapat persetujuan peniaga kecil di situ.
Aku segera keluar dari perkarangan universiti dan menahan teksi untuk ke situ. Hari ini Ace ada sesi terapi, jadi dia menggunakan kereta.

Setelah sampai, aku melihat ada ramai peniaga sedang memegang sepanduk dan kain rentang menentang idea pembangunan semula itu. Dari satu tempat teduh, aku melihat Brandon melambai aku sementara Yoh sedang berdiri gaya senang diri di sebelahnya. Perlahan, aku melintas jalan ke arah mereka.

"This is faster than what I expected," kataku. Aku sudah agak, pasti akan berlaku perkara begini. Namun, ia masih terlampau awal. Melainkan, Hans sudah bergerak tanpa pengetahuan aku! Aku berdiri di sebelah mereka.

"I rasa Hans go on with this plan sebab apa yang you cakap. This just..." Brandon mengeluh. Aku senyap. Benar juga! Aku baru berbincang dengannya dua tiga hari lepas. Mustahil dia bertindak meluru begini.

"This is too sudden! I tak rasa..." aku cuba menafikannya.

"Nope. This "sudden" just like what would Hans do," kata Yoh yang dari tadi membisu. Aku dan Brandon senyap.

"Brandon, kau tanya orang tu...bila balik?" Soalku.
Brandon tercengang.

"Pagi tadi," kata Brandon.

"Tanya dia!" Aku tegaskan. Brandon mengerut dahi sambil mencebik tidak puas hati. Dia menjeling ke arah Yoh, dengan rasa terpaksa...

"Bila kau balik?" Soal Brandon.
Yoh melirik ke arahku.

"Bagitau dia pagi tadi," katanya tidak mahu mengalah.

"Yoh cakap pagi tadi," kata Brandon. Wajahnya tidak puas hati.

"Tanya dia lagi. Kenapa tak call?" Pintaku. Brandon menarik muka tetapi aku masih lagi menyuruhnya juga.

"Kenapa tak call!" Brandon bertanya dengan wajah yang mencuka.

"Kau jawab dekat dia. Penting ke?" Suara Yoh kedengaran seakan-akan memerli.

"Penting ke?" Bagai burung kakak tua, Brandon mengajuk semula cara-cara Yoh.
Aku terasa panas.

"Bagi.." belum sempat aku menghabiskan ayat, Brandon menepuk kedua belah tangan. Dia mengerling ke arah Yoh dan aku bersilih ganti.

"Guys! We got something to handle. Nak gaduh ke apa ke...after this!" Katanya. Aku menelan air liur. Petang itu, kami hanya menunggu Hans tiba, namun dia tidak juga muncul bagi menenangkan amarah pekerja. Tidak lama, aku, Brandon dan Yoh pergi ke arah peniaga yang kami anggap ketua perhimpunan itu.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now