uWu

29 2 0
                                    

Sweety.

My sunshine, My Love
Have you ever wondered what does it takes for a shadow to love her light?
What does it takes for a plain girl to love the knight?
What does it takes for a flower to look for the sunlight?
What does it takes ,for the one who's in the dark, to yearn for you which is so bright!

My sunshine, My Love,
This little heart was only beating yearning for the love in your hand,
This little heart kept on missing you who are in a faraway land,

My sunshine, My Love.
Love is yellow, and this feelings was mellow,
Without you, this world is just a hollow,
Take me my love,
Lead me! O' the owner of this heart!
If you allow, where'll you be, I'll always follow
—Lily

Yoh membaca emel dari Lily dan tersenyum.
Terasa hatinya sedikit terpujuk mengenangkan Lily yang berlaku dingin padanya tempoh hari. Matanya tertarik pada baris ayat "O' the owner of this heart," terasa ingin meletus tawanya.

Yoh menggigit bibir bawah dan tersenyum kambing. Emel romantis begini harus dibalas dengan ayat yang lebih menggelikan, bait-bait cinta indah ini perlu dibalas dengan hujanan pujangga kata yang menusuk kalbu. Cinta.


Aku membuka emel kiriman Abang Yoh. Semalaman juga aku menunggu emel balasan darinya. Adakah dia masih marah? Atau dia sudah terpujuk?
Entahlah.
Hatiku yang keliru ini cuma perlu tunggu balasan emel dari Abang Yoh, untuk menentukan kekeliruan ini sebenarnya hanya mainan sementara. Emelnya tidak begitu panjang, dan tidak begitu ringkas.

She's a pretty thing called flower,
Slowly becoming my existance and power.

As I closed my eyes, I was thinking about,
As I opened my eyes, I was yearning about,
As I breathe my breath, this heart was pounding about,
My gorgeous beautiful flower.

She was courageous and brave,
I lost myself in her embrace,
Her smiles was so daze,
And her loving gaze, never fails makes me amaze,
My gorgeous beautiful flower.

Your love slave, Yoh.

Aku meledak tawa membaca emel dari Abang Yoh hingga mengejutkan Acik Yamy yang sedang terlentang di atas katil. Gayanya seperti Nobita yang tidur siang dalam cerita kartun Doraemon dengan kaki yang bersilang.

"Kenapa! Apa! Kenapa? Apa yang kelakar?" Cemerkap soal Acik Yamy melihat aku masih dengan tawa yang bersisa.
Bait-bait kata Abang Yoh sememangnya membuatkan aku malu tak tahu hendak letak muka di mana.
Kalau Acik Yamy tiada, aku sudah buat gaya gusti halimunan. Nasib sahaja Acik Yamy ada untuk membuatkan aku masih berfikiran rasional. Aku kembali membaca emel tersebut berulang kali.

"Slave of love lah sangat!" Desis hatiku. Tiba-tiba teringat pula emel cinta yang aku kirim semalam!
Ah,sudah!
Lebih kurang sahaja tahap "cringe" yang ada!

Hati oh hati, kau semangnya sudah dimiliki dari awal lagi. Kalau begitu, kenapa kau mesti keliru lagi?

Aku segera menyiapkan barang-barang. Hampir terlupa, aku perlu ke rumah pelajar tutor untuk memberi kelas tambahan kepada mereka.
Semua salah Abang Yoh!
Siapa suruh dia "cringe" tak ingat dunia!

Ace membantu mengangkat ibunya yang duduk di atas kerusi roda ke atas katil. Bagaikan puteri; dia mengendong ibunya yang sudah kurus itu ke atas katil.

"Esok mom nak pergi sesi terapi pukul berapa?" Soal Ace prihatin.

"Em, pergi dengan bibik. Nanti ada driver ambil mama," balas Puan Ling selamba. Ace angguk.

"Mom, anything...nak apa-apa lagi? Ace tolong ambilkan," pelawa Ace. Puan Ling diam sahaja. Ace mengetap bibir bawah sambil memandang Puan Ling menantikan jawapan. Agak lama.

"Kalau tak ada apa-apa Ace keluar dulu?" Soal Ace. Puan Ling seraya memandang ke arah lain. Ace tersenyum tawar dan segera berjalan ke arah muka pintu.

"I baik dengan you tak bermakna I dah tak marah you," Puan Ling berkata dingin. Ikutkan hati, dia masih marah dengan keputusan terburu-buru Ace yang menurutnya tidak memikirkan masa depan. Dia mahu sahaja tengking bekas suaminya yang langsung tidak melarang anak tunggal mereka berhenti belajar.

"I tahu," balas Ace menjeling ibunya dengan senyuman terukir di bibir. Pandangan dia dan ibu bercanggah. Dia mahu berbakti kepada ibu yang kini tidak dapat berjalan seperti sediakala, namun pendapat ibunya lain. Puan Ling beranggapan kecacatan sementara ini tidak wajar untuk dijadikan alasan Ace berhenti belajar. Tambahan lagi, Ace masih lagi mentah di matanya.

Ace segera menutup pintu rapat dan menghela nafas panjang. Dia mencapai telefon di dalam poket dan mendail nombor yang menjadi pembakar semangatnya di kala berduka. Nombor yang sentiasa percaya dan menyokong keputusannya,

"Hai purnama menyinar cerah," tegur suara yang cukup dirinduinya itu.

"What the hell?" Ace tanpa segan silu membalas suara ceria Lily.

"What's up?" Soal Ace.

"Re-reading so called poem," jawabnya tenang.

"Poem?" Soal Ace.

"Abang wrote it for me," kata Lily ceria. Senyuman di bibir Ace pudar. Dia berjalan ke biliknya kemudian menutup pintu rapat.

"You like it?" Soal Ace.

"Of course. Want me to read it for you?" Soal Lily lagi, masih dalam mood gembira.

"Cringy! No thanks!" Pantas balas Ace tanpa berfikir panjang.

"So...what's up? Anything?" Soal Lily. Dia kembali fokus kepada Ace.

"Nanti lah aku cerita," kata Ace tenang.

"为什么wèi shénme?Why?!" Lily tidak berpuas hati mendengar Ace cuba culas dan memberi alasan.

"Quite depressing. I tak nak mood gembira you bertukar depressed because of me," kata Ace. Suara garau itu kedengaran rendah dan cukup matang.

"Uwu," balas Lily mengejek. Ace segera ketawa.

"Should I tell you some jokes? Maybe it'll make you feel better. I don't know," ujar Lily cuba memujuk Ace yang berasa kecewa.Ace ketawa sinis.

"You're not good in making jokes," kata Ace selamba.
Ace kemudian ketawa.

"Shit! That's funny!" Kata Ace mengenang Lily yang cuba buat kelakar walaupun Lily langsung tidak kelakar dalam dunia nyata.

"I feel relieved," kata Lily mendengar tawa Ace di talian.
Ace diam seribu bahasa. Jarang benar Ace berdiam begini.

"I was scared something happend to you. Usually Ace won't get depressed like this," kata Lily.

"I guess I'm more humane now," jawab Ace. Mereka berdiam diri di talian.

"Lily...let say...if something happend to me, what will you do?" Soal Ace tiba-tiba.

"What will happend to you?" Soal Lily. Ace ketawa. Soalan Ace dibiarkan tiada jawapan begitu sahaja.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now