Buat pertama kali aku merasakan gown pengantin hari ini sangat kena dengan aku. Walaupun dengan perut yang besar, namun aku cukup menawan dengan baju serba putih. Agak lama juga aku melayan tetamu yang masuk ke bilik pengantin perempuan. Sekarang baru tak ada tetamu, aku juga sudah penat. Sekejap lagi ada upacara baling bunga.
"Lily!" Suara Ace mengejutkan aku di muka pintu. Aku tersenyum bahagia ke arahnya, dia terus berlari memeluk aku.
"Semua orang tak bagi I jumpa you! Gila!" katanya.
"I tak boleh kalau tak tengok you seminit," katanya lagi. Aku mengerutkan dahi.
"I tak boleh kalau tak tengok you sesaat!" balasku. Kami ketawa.
"You're so beautiful," pujinya.
"You're smocking hot!" pujiku.
"You still ingat tak time mula-mula kita jumpa?" Soalnya. Kami saling tersenyum. Cerita aku dan Ace permulaannya bukanlah indah mana. Ace datang ke kelas kami, dengan gaya yang cukup gangster ingin mencari aku. Soalnya, aku yang melaporkan namanya kepada guru.
"That time I wasn't bullying him. I dengan geng cuma bagi pengajaran dekat nerd yang suka duduk bawah tangga tengok skirt budak perempuan!" Bisik Ace. Aku ternganga, selama ini aku salah faham.Aku masih ingat semasa dia difitnah oleh gadis Jepun, yang namanya aku tak berapa ingat sekarang. Ingat Ace menyelamatkan aku sewaktu menangis di tengah hujan setelah ditampar oleh Madam Ratna. Ingatan aku kembali sehingga zaman kami di universiti, saat aku takut hantu dan sebagainya.
Sedar tak sedar, Ace sentiasa ada saat aku memerlukan.Cuma lapan tahun pemergiannya tanpa khabar berita sedikit membuatkan aku hampir hilang kewarasan.
"Ingat tak time you baling bola kena tepat kepala I?" Soalku. Ace mencebik, barangkali tak mahu ingat hal itu.
"Ni I malas kalau you ungkit. I tak sengaja, ingat nak takut-takutkan you, eh kena tepat pulak!" Dia jujur memberitahu aku."Wasn't that time ke you jatuh cinta dengan I?" Soalku menduga. Ace menggeleng.
"That time you said fuck me," dia menjuihkan bibir. Aku terasa lucu sedikit, sakan jugak aku!"When is the first time you suka I?" Soalku.
"When you helped me with the outcast thingy," jujur katanya.
"Or...when our first met in your class?" Dia berfikir.
"Tak tahulah. But, it's always you," katanya tenang.Ace dan aku mempunyai sejarah yang cukup rumit dan panjang. Terutama setelah dia pulang. Lapan tahun pemergian Ace cukup membuatkan aku ternanti-nanti akan sebuah kepulangan. Tapi aku tahu Ace. Dia akan pergi lagi andai kata memang ada tugasan menanti.
Tanggungjawab.Kepulangannya membuatkan hidup aku yang selama lapan tahun bagaikan robot menurut perintah kembali kepada manusia. Setiap detik, aku mahu luangkan bersamanya. Walaupun dia sakit, aku cuma mahu berada di sisinya.
"Damn! I really want to be with you forever" ujarku memegang pipi Ace. Dia memandang aku tersenyum.
"I love you," katanya.
"I love you more," balasku ceria.
"I love you more and more," suara romantik Ace membuatkan aku tersenyum.
"I love you more and more and more," balasku lalu tertawa.
"Stop it! Cringe sial!" satu suara mengejutkan kami. Sasha.
Ace menyorok di belakang aku sambil mencebik.
"Honeybaby. ini lah manusia yang tak bagi I jumpa you tu! " rengek Ace. Aku mengelus pipi Ace yang ada di bahu aku dengan tangan kiri sambil merenung Sasha.
"No! You tak boleh halang cinta kami!" aku mula berdrama. Ace kelihatan suka dengan drama aku, dia kemudia memeluk aku rapat ke dadanya, sambil menunjukkan pintu, menyuruh Sasha segera pergi dari mengganggu majlis kami.
"You ingat you boleh halang cinta kami? Over my dead body!" marah Ace.
"Yeah. We were meant to be. You tak boleh nak halang takdir Sasha!" kataku keras, masih lagi dalam drama,
"I love you my destiny," kata Ace mencium ubun-ubunku,
"Oh, Jack..." kataku persis dalam cerita Titanic.
"You jump, I'll jump," kataku. Ace segera mencium bibirku,macam tengah buat filem.
Kelihatan Sasha sudah tidak mahu melayan kami berdua berdrama. Dia memeluk tubuh, memandang kami dengan senyuman garis paksa yang cukup jelas, matanya tampak kelakar. dah habis ke belum? Belum? Ha..teruskan? Dah habis? Habis? Drama lah lagi.
"Guys, tak kelakar tau. Cepatlah Ace, kau kena standby dekat hall...nak baling bunga kan!" kata Sasha marah pada Ace. Ace menunjukkan reaksi membebel. Dia segera mencium dahi aku sebelum keluar.
"I syak you yang tak sabar nak sambut bunga kan Sasha!" perli Ace. Sasha membuat mimik tidak puas hati."Suka hati," kata Sasha.
"I'll miss you," Ace bisik pada aku, namun dapat didengari Sasha.
"I'll miss you more," aku melayan Ace.
"Cepatlah! Bukan lama pun berenggang! Ei!" Sasha sudah mula tidak puas hati.
"Jap!" Ace memberitahu Sasha sebelum kembali memeluk aku. Dia memeluk aku erat, begitu juga aku.
"Dah la korang!" Sasha tidak puas hati lalu meninggalkan kami berdua.
"Tadi I nampak Yoh," kata Ace. Aku tidak terkejut, tadi Yoh ada datang ke bilik pengantin perempuan untuk ucapkan tahniah."I know," balasku.
"If you're going back to him, I nak bagitau. It's too late already," katanya.
"I'm yours right," kataku. Ace mencubit pipiku.
***
Yoh tersenyum melihat Lily. Mula dia mahu jumpa Lily dengan Madam Honey, tetapi dia di tahan pula oleh Uncle Wang.Saat dia masuk, kelihatan Lily seakan-akan penat melayan tetamu.
"Hey there," sapa Yoh.
"You look beautiful," pujinya membuatkan Lily tersengih girang.***
Lily dan Ace bersalaman dengan para tetamu. Majlis itu kelihatan sungguh besar, dengan kehadiran Madam Honey D'Generouz, datuk bandar Middle City.
Semua orang kelihatan gembira.Yoh awal lagi sudah datang. Dia meletakkan jumlah amaun yang banyak dalam sampul duit untuk pasangan pengantin. Abigail hari ini duduk di rumah kerana tercedera sewaktu berlatih menari ballet.
Melihat Lily gembira, hatinya sedikit berbelah bahagi.Jujur, dia turut senang melihat gadis itu bahagia. Satu lagi, dia turut sedih kerana....
Yoh mahu tutup buku lama. Biarlah hari ini menjadi penamat kepada kisah dia dan Lily.Lily membaling bunga, Yoh yang melihat bunga itu seakan-akan mahu sampai ke arahnya secara refleks menyambut bunga. Seorang wanita memakai baju gaun biru lembut jatuh ke dadanya akibat cuba menyambut bunga itu.
Setelah itu, jambangan bunga lili putih itu ada di tangan Yoh, sementara wanita itu ada di dadanya. Mereka berpandangan.
Yoh bukan tak kenal wanita dengan gaun biru lembut itu. Sasha, salah seorang kawan Ace yang merupakan seorang guru sekolah.Keadaan jadi kekok seketika dengan semua mata yang memandang ke arah mereka. Kedua tangan Yoh yang diudara menyambut bunga, terus jatuh ke bawah.
Mereka melihat Yoh dengan jambangan bunga itu.Yoh kemudian menghulurkan bunga kepada Sasha yang didepannya. Sasha mengambil bunga itu, mereka berdua sudah merah padam. Malu bethol!
"Ceyyyy," bunyi sorakkan dari tetamu yang hadir membuatkan Sasha dan Yoh tertunduk malu. Siapa sangka, Yoh yang akan menyambut bunga Lily.
Lily dan Ace saling berpandangan sebelum ketawa.

YOU ARE READING
My Flower, Lily (BM)
Teen FictionMenjadi anak angkat kepada pembantu rumah keluarga orang kaya bukanlah impian Lily. Sebaliknya, jalan pantas untuk dia lari dari tanggungjawab. Perkenalan dengan dua jejaka bahkan bukan menenangkan, sebaliknya membuatkan kehidupan yang tenang bagai...