PTSD

37 2 0
                                    

Aku memandang bandar dari Tingkat 18, Hotel Royale D'Generouz. Hari ini janji temu aku dan abang Yoh selama sejam sahaja, kemudian dia akan pulang.Abang Yoh menghulurkan secawan kopi 3in1 yang dibancuh dengan penuh kasih sayang kepada aku.

"Thanks..." kataku.

"Kenapa macam runsing je?" Soalnya memeluk aku dari belakang. Dia meletakkan wajahnya pada bahu aku.

"Ace..." aku tidak berselindung.

"Okay. What's wrong with him?" Soalnya. Kedengaran dia macam tidak mahu ambil kisah tetapi dia hanya ikutkan aku sahaja.

"He keep having nightmares," jujur kataku.

"Nightmares?" Tanya Yoh, keliru. Aku mengangguk bagi menjawab soalannya.

"And panic attacks too! Dah tiga kali dia kena panic attacks time Lily kat rumah," ujarku. Yoh kelihatan seperti berfikir.

"Kena bawa jumpa doktor," kata Yoh. Aku mendengus. Itulah perkara yang aku mahu buat sebenarnya, namun Ace seperti tidak mahu memberi kerjasama. Aku menolak pelukkan abang Yoh dan memandang ke arahnya. Lama aku pandang.
Selalunya dia tak macam ni. Maksudku, selalunya dia tidak akan bertindak begini.

"Why?" Soal abang Yoh.

"No...it just that...." aku mengangkat kening sambil tersenyum nipis. Aku mengangguk kepadanya.

"Nanti abang bagi contact Dr.Liu," kata Yoh. Aku tahu, Dr Liu merupakan doktor peribadi keluarga mereka. Namun, tidak pasti pula sama ada Dr. Liu boleh membantu.

"Tapi, Ace bukan sakit betul abang. Lily rasa dia sakit kat sini," ujarku seraya menghalakan hujung jari telunjuk ke arah hatinya. Dia terdiam dan menggaru belakang leher.

"Betul jugak," kata Yoh.


Ace duduk di bawah lantai ruang tamu sambil bersandar pada sofa putih termenung. Permainan video tembak-tembak itu tidak sepatutnya dia main. Sebelum ini dia hanya akan main Mario atau permainan kereta. Kali ini dia cuba bermain tembak-tembak seperti lelaki lain, namun dia bagaikan amatur sahaja. Dia tidak bergerak walaupun dia sudah memilih senapang. Lama dia termenung hingga terasa dadanya sesak. Dia tidak berani memejamkan mata takut-takut mimpi ngeri menjelma tiba. Perlahan dia menekup telinga.

Nafasnya turun naik kembali. Sakitnya kembali menghantui, segera Ace merangkak menuju ke bilik. Semakin lama semakin dia kepenatan.
Kedengaran bunyi pintu dibuka.

"Ace!! God!" Tempik wanita itu segera meluru ke arah Ace. Dia menepuk bahu Ace meminta lelaki bertubuh semakin kurus itu bertenang sebelum mengambil ubat dan air. Apabila Ace semakin bertenang, dia memapah pula Ace masuk ke bilik untuk berehat.

Riley menunggu Yoh pulang. Seperti biasa, malam jumaat Yoh akan pulang lambat. Sebaik sahaja Yoh pulang dia terus menyapa suaminya.

"I dah bagitau Derek yang GM nak sign contract," kata Riley.

"Dia cakap okey," kata Riley girang. Yoh mengangguk sahaja. Lagipula, perkara ini awal-awal lagi dia sudah jangka akan berlaku.

"You tak nak cakap apa-apa...." kata Riley mengharapkan pujian dari Yoh.

"Nak cakap apa?" Soal Yoh lalu bergerak masuk ke biliknya. Sejak Abigail lahir, mereka tidak lagi berkongsi bilik yang sama. Hubungan mereka baik, namun berbeza dengan pasangan lain. Yoh pula tidak secara terang-terangan menolak Riley, sebaliknya dia sibuk memberikan alasan. Riley menghalang Yoh daripada masuk ke dalam biliknya.

"Apa you nak? I penat," kata Yoh selamba, tenang sahaja.

"I nak you!" Kata Riley.

"You have me. Nak apa lagi?" Soal Yoh lalu menolak Riley ke tepi sedikit.

"Yoh..sepanjang kita kahwin, you happy ke?"soal Riley. Yoh menghela nafas. Sudah banyak kali mereka bertengkar sebab hal kecil sebegini. Dan, jawapannya setiap kali juga sama.

"I happy. Apa yang you tak puas hati lagi? Dah la. I penat," kata Yoh menolak Riley perlahan lalu masuk bilik mengunci pintu. Riley duduk di luar tercengang. Air matanya jatuh lagi. Yoh memang melayan dia dengan baik, cuma kadang-kadang dia merasakan bahawa Yoh bagaikan orang asing dalam kehidupannya.


Siang. Semalaman aku tidur di atas kerusi di dalam bilik Ace sementara dia sudah berbungkus dalam "comforter" dengan selesa. Pagi ini aku bangun awal kerana leherku sakit. Awal lagi aku sudah memberitahu boss besar untuk mintakan aku cuti dengan HR suapaya aku boleh membawa Ace ke hospital atau klinik. Kalau perlu, aku mahu bawa dia jumpa pakar terus!

Aku diam memerhati dia bangun dari tempat tidur sambil menggaru mata. Tatkala terpandang ke arahku, dia bagaikan terkejut. Aku menjeling Ace, segaris senyum pun tidak. Sebaliknya wajah serius menakutkan aku bagaikan lazer mahu mencucuk Ace.

"Siap. Kita nak pergi klinik," kataku. Bukan, lebih kepada memberi arahan.

"Siapa sakit?" Dia pura-pura bertanya soalan bodoh walhal aku tahu dia sudah ada jawapan. Masuk semalam, sudah empat kali Ace kena panic attack sewaktu aku ada di rumah. Perkara ini tidak boleh dibiarkan.

"You are. We're meeting a doctor!" Kataku. Ace menarik kembali selimut berpaling dari menghadap aku.

"Aku tak sakit!" Tegasnya. Dia bercakap sambil berbaring macam ulat beluncas. Aku segera berjalan lalu menarik selimut tebal Ace. Namun, dia masih berdegil. Aku menggunakan semua kekuatan yang ada untuk menarik selimut itu.

"Ace! Stop this! Kau ni macam budak-budak tau tak!" Hamburku. Entah mengapa, akhir-akhir ini aku bagaikan tidak dapat mengawal emosi. Barangkali hendak datang "period", jadi segalanya melemaskan aku. Dia masih membatu.

"I nampak ubat-ubat you. You dah pergi jumpa doktor kan sebelum ni. Cakap dengan I you sakit apa!" Soalku. Melihat ubat anti-depressant yang ada, aku sudah mencari di laman net. Ace bukan mengalami sakit fizikal, sebaliknya mental.

"Ace! I'm talking to you!" Jeritku. Dia tidak berganjak.

"Ace! I cakap dengan you ni!" Aku tidak mengalah lagi.

"Ace! For godsake! I cakap dengan you ni!" Suara aku di tahap maksima. Aku segera menarik selimut itu. Suara aku pecah lalu aku menolak selimut itu.
Aku mahu tahu, aku mahu menolong Ace.
Aku segera menarik tangannya lalu dia menepis aku kasar.

"Fine! Sampai bila you nak macam ni? Kerja tak! Keluar rumah tak! Jumpa doktor tak! Apa nak jadi dengan you! Cakap dengan I..you sakit apa!" Herdikku. Aku kini tidak peduli dengan imej lagi.

"It's fucking PTSD!" Katanya membuatkan aku terdiam kelu.




Nota kaki:
SHRMZB AWAK SEMUA😋 开斋节快乐!😘

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now