Blackout

43 2 0
                                    


Aku dan Ace berdiri bergandingan. Suasana berubah tiba-tiba. Gelap gelita!
Terasa sesuatu memeluk aku erat. Ace! Badannya yang besar membuatkan aku hampir lemas. Nafasnya turun naik, seperti ketakutan.

Jangan cakap! Aku mulai risau kalau lampu terpadam secara tiba-tiba dan Ace.

Lampu tiba-tiba menyala. Aku segera memandang ke arah Ace dalam samar lampu. Dia memejamkan matanya erat.
Dia suatu sudut, kelihatan seorang lelaki sedang melutut melamar pasangannya.

"I nak balik," bisik Ace. Aku mengangguk sahaja.
Nafasnya tersekat-sekat.

"Jom...kita balik," kataku lalu menarik Ace keluar dari dewan itu melalui celah-celah orang ramai. Mereka tidak mempedulikan kami sebaliknya fokus kepada kejutan lamaran yang sedang berlaku.


Ace masuk berkurung kembali. Ketika dalam perjalanan pulang, dia tidak bercakap apa-apa. Aku juga kepenatan. Telefon aku berdering. Brandon. Sudah lewat malam tetapi dia masih lagi menghubungi aku. Nak cakap tiada teman wanita, aku rasa sudah bertahun dia cuba memikat Mary.

"Apa nak?" Soalku.

"Aku kat bawah apartment kau," katanya. Tidak dinafikan, dia memang tahu alamat rumah aku.

"Kau turun sekarang!" Arahnya. Aku sebenarnya malas hendak layan, tetapi mengenali Brandon, dia tidak akan berganjak kalau aku tidak turun. Tambahan pula, sekarang sudah lewat malam. Lampu bilik Ace menyala, baru aku ingat dia memang akan tidur memasang lampu.

Perlahan aku keluar dari rumah menuju ke bawah, tempat yang dikatakan Brandon. Angin malam begitu dingin. Saat aku turun, dia menghalakan lampu tinggi kepadaku. Ganggu betul. Segera aku masuk ke dalam kereta.

"Apa kau nak?" Soalku sebaik sahaja masuk.

"Tadi..that guy is Ace right!" Katanya. Aku berkerut. Kalau setakat nak tanya pasal hal ini tak perlu sampai datang depan rumah.

"That doesn't make any sense!" Katanya.

"Apa hal engkau ni!" Marahku. Malam sudah semakin lewat, aku masih belum lagi hilang "bitter" dengan Abang Yoh.

"That year he went missing, Yoh asked me and Kak Camelia to do a background check on him," jujur katanya. Aku seakan-akan terkejut kecil, mulutku terbuka sedikit. Ternyata Abang Yoh memang di luar jangkaan aku.

"His record was red code!" Kata Brandon. Aku mengetap bibir.

"Maksud?" Soalku.

"Orang biasa macam kita tak boleh akses," katanya.
Aku diam, berfikir mengenai kata-kata Brandon.

"Habis mana kau tau maklumat pasal Ace red code?" Aku menyoal.

"Your boyfriend of course!" Tegasnya. Aku diam lagi.

"Abang Yoh?" Aku cuba mendapat kepastian. Brandon mengangguk.

Nanti dulu. Kalau satu masa dahulu Abang Yoh boleh mendapat akses data peribadi Ace, kini kedudukannya juga telah berubah. Dan kenapa dia tak bagitahu aku?
Kalau dahulu dia sekadar boleh tahu maklumat, kini mungkin segalanya sudah berubah. Itu hal enam tahun lepas. Enam tahun sekarang segalanya telah berubah.

"Sebab ni je kau datang nak cakap dengan aku?" Terus terang aku menghentam Brandon.
Dia tersenyum sinis sambil berpeluk tubuh. Aku memandang Brandon. Gaya dia tersenyum bagaikan ada berita gembira untuk dikongsikan dengan aku.

Yoh berbaring tidak memandang ke arah Riley.
"You tengok tak tadi, I nampak Ace peluk Lily! I tak boleh percaya, lama gila dia orang bercinta. Patutnya, dah kahwin," kata Riley.

Yoh diam. Dia pura-pura tidur.

"By the way. Lily tinggal kat mana ya?" Soal Riley.

"Dekat kawasan universiti dia," jawab Yoh.

"Sekarangkan dia buat part time master degree," kata Yoh.

"Oh, banyak pula you tahu!" Riley membalas seakan-akan memerli.

"You pernah pergi rumah dia ke macam mana?" Riley menduga. Dari tadi, cara Yoh dan Lily membuatkan dia merasa tidak tenteram. Walaupun mereka tidak secara langsung, namun gaya mereka berpandangan membuatkan Riley tiada pilihan selain menaruh wasangka buruk.

"Maksud you?" Yoh mula tidak selesa.

"I tengok cara dia pandang you semacam. You pun sama. Mana lah tahu, you ada pergi rumah dia ke...skandal ke..." Riley jujur tetapi cuba membuat lawak agar tidak menyakitkan hati.

"Nak pergi rumah dia buat apa? Dia tinggal dengan Ace kan!!!" Bentak Yoh. Bunyinya tidak puas hati. Riley beranggapan Yoh sudah marah kerana dia fikir bukan-bukan.
Tetapi, hakikatnya Yoh marah sebab perkara lain.

Aku menutup pintu. Kelihatan Ace sedang berada di pintu peti sejuk, barangkali terjaga dari tidur dan minum air.

"Keluar pergi mana?" Soalan itu terpacul dari bibirnya.

"Dari bawah," balasku.

Ace mengangkat kening. Dia memandang ke arah jam dinding meminta aku membuat penjelasan.

"Brandon datang tadi," kataku akhirnya mengalah. Aku malas untuk merahsiakan perkara itu.

"Tengah malam?" Soalnya.

"Pasal kerja. You know..." aku memberi alasan.

"I tengok you, Brandon dengan you rapat semacam. You guys ada plan apa-apa ke?" Soal Ace. Aku mengelip mata berkali-kali. Ketara sangatkah keakraban kami? Kalau di tempat kerja, aku tahu mereka menggelar aku dan Brandon orang kiri dan kanan Yoh.

"Plan? Plan apa? Plan kerja lah," kataku lantas berjalan menuju ke bilik.

"It's just that...You kan always come up with ideas, so...I just tanya. Lagipun, I macam tak sedap hati," katanya. Aku ketawa sinis.

"You don't have to care about us. You just need to take care of yourself," sindirku. Ace bagaikan tercengang mendengar ungkapan aku.

"Lily," Ace menegur aku. Mungkin aku sudah terlepas kata dengannya. Aku mendengus dan segera tersenyum. Perlahan aku berjalan ke arahnya lalu memeluk pinggang Ace. Aku melangut memandang ke arah Ace yang bagaikan patung dipukau.

"I know you worry about me. But, I can take care of myself. Right now, you kena fokus dengan treatment you. You dah janji dengan I tak nak stay in the room right," aku memujuk. Belakangnya aku usap perlahan. Aku mengeratkan pelukkan membuatkan dia kelihatan tidak selesa.

"Look at my eyes," arahku. Ace patuh sahaja. Aku tersenyum ke arahnya.

"Okay," sepatah dia membalas aku.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now