Youth

49 4 0
                                    

Love is wonderful but it isn't enough to make upnfor an entire lifetime of compromising your core values.

Ayah membantu aku mengeluarkan barang dari bonet kereta putih lama kami. Ibu pula membawa keluar baldi dan sabun lalu di letakkan di tepi pagar. Aku memegang beberapa fail di tangan.

"Yo!" Tegur satu suara. Ace.

Jarak antara akedemi dan universiti aku hanya sebelah-sebelah. Lepas ini, makin selalu lah nampaknya aku lihat muka tidak bersalah Ace. Dia membantu ayah mengangkat bagasi dari dalam bonet.

"Kau ni bawa barang nak pindah terus ke apa?" Soalnya setelah mendapati bagasi itu begitu berat. Aku menjelir seraya menarik muka. Alah! Menyampahnya aku!

What does he knows! Being a women are freaking troublesome!

"Bantal pun kau bawak! Apa dalam asrama dia tak bagi bantal ke?" Templak Ace. Dia memegang bantal dan Elmo merah besar.

"Elmo ni simpan kat rumah, kau bawa nak letak mana!" Katanya. Eh! Eh! Suka hati lah! Elmo besar tu pun dia yang bagi hadiah. Aku menarik Elmo ke dalam pelukkan aku.

Stop touching my things!

Ace kemudian mengambil beg tote yang ada di atas tar. Dia melihat barang didalam bag tersebut, penuh dengan snack dan jajan makanan ringan.

"Tak boleh selamat dah kau ni," katanya menggeleng. Ace, ibu dan ayah membantu aku membawa masuk barang ke dalam asrama. Asrama aku di tingkat lima, jadi kami terpaksa naik lif.

"Nanti senanglah Lily! Ace ada dekat!" Ujar ibu senang hati. Dia meminta Ace tolong tengokkan aku. Ace sekadar bersetuju. Dia sudah masuk tahun ke dua.

Jarak antara akademi tempat Ace dan universiti aku adalah tidak jauh. Cuma bersebelahan. Di kawasan itu juga banyak universiti lain, cuma kalau dikira jarak, akademi Ace paling dekat dengan universiti aku.

Ace meletakkan barang di dalam loker, manakala ibu dan ayah membantu aku memasang cadar. Kemudian, Ace keluar bagi mengambil barang yang masih ada di bawah.Rakan sekamarku seorang pelajar perempuan bernama Trisha, jurusan bahasa Inggeris. Dia hanya perhati kami.

Loker aku sedikit sukar untuk dibuka, dengan sepenuh tenaga aku menarik pintu loker.
BANG!!!
Ah,sudah! Tercabut la pulak pintunya!!! Dasar loker lama! Skru tak kuat! Tarik sikit terus tercabut.

"What are you doing!!" Ace marah pada aku. Dia segera berlari ke arahku. Baldi yang di angkut dari bawah di letakkan di tepi pintu masuk dorm. Dia membantu aku membaiki pintu loker sementara aku mengemas barang.

Setelah selesai aku memeluk ibu dan ayah. Terasa bagaikan mimpi, aku kini mahu tinggal kembali di asrama. Cuma perkara yang berbeza sekarang, aku ada ibu dan ayah. Ace tidak pergi lagi, sebaliknya masih lagi membaiki pintu loker yang tercabut.

"Apa-apa call! Ace, tengok Lily sama ya," pesan ibu. Aku menghantar mereka sampai ke kereta.

Awww! Why does my eyes!

Dan, teresak-esak jugalah aku ber drama di situ.


Ace masih lagi membetulkan loker. Pintu loker sudah siap di baiki, namun kelihatan rak bahagian atas loker kelihatan sedikit kendur. Ace mengetuk sedikit.

"You ni abang Lily ke?" Soal Trisha yang bersila di katil. Bilik mereka kemas sahaja, katil di bahagian atas, sementara loker dan ruang belajar di bahagian bawah. Bilik dua orang.

"You nampak I macam abang dia?" Soal Ace dan bersandar pada loker. Dia memandang ke arah Trisha yang sedang baring berehat. Gadis berkulit sawo matang itu menggeleng.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now