Manners makes man.
Winner takes all.Seperti yang telah aku jangkakan, pemilihan bagi presiden persatuan pelajar berjalan dengan lancar. Aku berdiri di samping beberapa calon yang lain sebelum menantikan nama presiden baharundi umumkan. Banyak perkara yang terjadi sepanjang tempoh kempen. Namun, aku juga tidak pasti apa yang berlaku.
Cuma, yang aku benar-benar yakin, aku langsung tidak terlibat dalam mana-mana kempen. Lama pengetua berucap sebelum mengumumkan nama calon yang terpilih.
Namaku disebut. Kedengaran bunyi tepukan lambat-lambat dari para pelajar. Aku menjeling calon lain yang tertunduk. James di pilih sebagai naib presiden. Menjadi presiden perempuan pertama yang mengetuai persatuan pelajar sekolah Northen City sememangnya satu tanggungjawab yang berat. Aku tersenyum.
Segera aku berjalan ke arah podium mengambil mikrofon dari tangan pengetua. Dia mengucapkan sepotong tahniah. Aku tahu, pemilihan kali ini turut mengambil undi dari guru-guru. Kebarangkalian aku menang disebabkan undi guru dan pengetua sangat tinggi.
Ah,sudah! Aku harus memberi ucapan. Ucapan yang aku sendiri tiada teks.Aku berdehem di mikrofon sambil menjeling calon yang tidak terpilih. Aku tersenyum memandang pelajar yang sudah hampir lena dibuai mimpi.
"Didn't I told you guys? Do not vote for me?" Aku menyoal. Para pelajar terdiam memandang ke arahku. Aku menjeling James di tepi.
"Mr. Vice president. Do you perhaps have any of your manifesto written?" Soalku. Dia mengangguk.
"Pass them to me," aku meminta. James hanya menurut arahan aku. Beberapa helaian kertas di berikan. Aku pura-pura membacanya. Sebenarnya aku sudah tahu isi kandungan manifesto yang di ucapkan oleh James. Aku tertarik dengan satu isi darinya, pelajar lelaki di berikan kondom percuma bagi mengatasi masalah perilaku seks bebas di sekolah ini. Jika James menang, pelajar lelaki akan di berikan kondom percuma! Mungkin juga kerana bapa James ada kaitan dengan syarikat pengeluar kondom jadi dia senang untuk menabur janji seperti itu.
"I was so interested with this condom part. He will provide free condom to male students in our school!" Ujarku.
"How about sanitary pads!? You know that sanitary pads are more needed than condom right? Guys can choose to have sex or not, but the thing about period, it just come....girls don't have the choice," kataku.
Sudah lama aku mahu bersuara tentang hal ini. Sudah lama aku mahu menghentam James. Aku mahu dia kalah. Hal ini kerana, dia merupakan antara calon yang banyak mendapat sokongan dari kaum lelaki. Aku perlu tunjukkan padanya, bahawa perempuan bukanlah sejenis homo sapian yang lemah.Gertak sikit!
Kedengaran bunyi sorakan dari beberapa kumpulan pelajar perempuan ke arahku. Ada yang bertepuk tangan, manakala ada yang masih tercengang kebodohan.
"Hence," aku mengoyak kertas di tangan dan merenyukkan kertas itu. Perlahan, buku kuning tentang perihal disiplin sekolah dikeluarkan dari poket skirt labuh sekolah. Aku mengangkat buku itu tinggi-tinggi.
"Saya rasa semua pelajar ada buku ini kan?" Aku menyoal kepada umum. Namun, tidak mendapat respon yang positif. Aku membuka buku itu dan membaca beberapa peraturan sekolah yang di rasakan perlu kepada umum.
"I need prefects and students to abide these rules by tomorrow. Who ever that breaks the school law need to be punished. Teachers might received a lot of reports by tomorrow, hence...I would like to apologize first. We are cleaning the school," ungkapku sebelum mengundur diri. Mataku meliar memandang beberapa pelajar yang mewarnakan rambut mereka. Jelas tertulis, pelajar tidak dibenarkan mewarna rambut.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Flower, Lily (BM)
Fiksi RemajaMenjadi anak angkat kepada pembantu rumah keluarga orang kaya bukanlah impian Lily. Sebaliknya, jalan pantas untuk dia lari dari tanggungjawab. Perkenalan dengan dua jejaka bahkan bukan menenangkan, sebaliknya membuatkan kehidupan yang tenang bagai...