Stalker

55 3 0
                                    

When you feel like there's no way out, love is the only way

Sekejap sahaja masa berlalu. Setelah memberitahu ibu dan ayah aku ingin keluar menonton wayang dengan Ace, mereka terus setuju. Aku menunggu Ace di halaman rumah. Hari ini ada cerita Jepun tentang perang. Cerita pahlawan pedang mengembara ke seluruh negara bagi mencari tandingannya.

Maybe I have kink for swordsman!

Pagi tadi, satu rumah kecoh dengan Eliz yang pukul 3 pagi baru pulang. Entah ke mana dia pergi. Tapi dengarnya Madam Honey begitu berang dengan perangai Elizabeth. Sejak kebelakangan ini, aku mengambil tugas memerhatikan dia. Makin liar perangai! Tak tahu ke mama dan papa dia risau! Pagi-pagi, ayah akan menghantar dua puteri itu seperti biasa, namun tidak tahu pula mana dia menghilang.

Tiba-tiba, Eliz keluar dan berdiri di sebelah aku. Begnya besar, maksudku beg sekolahnya kelihatan besar. Dia memakai baju sekolah tetapi tidak memakai aksesori merah jambu yang biasa di pakai. Wajahnya sembam dan cemas. Kemudian, ada satu van hitam berhenti di hadapan kami. Dalamnya ada seorang lelaki berbadan besar yang agak tua. Ada lagi dua tiga gadis seusia dengan kami yang memakai baju berkilat.

"Eliz! Nak pergi mana?" Aku menghalang jalannya, namun Eliz segera naik ke dalam van.

Meh! This looks like nothing but trouble!

Ketika itu juga, pantas Ace datang menjemput aku dengan kereta hitam milik ayahnya.

"Siapa yang ambil Eliz tu?" Soal Ace ketika melihat van itu berlalu pergi.

Sebentar, selalu Eliz ke sekolah dengan ayah. Tapi hari ni, ayah masih belum hantar Mary lagi. Eliz sampai sekolah, tapi aku tak nampak pula dalam kelas. Ya lah, kelas kami berlainan. Kejap! Kenapa dia macam bawa beg sekolah kembung dari kebiasaan.

"Ace, kita ikut dia!" Arahku. Aku rasa tidak sedap hati. Semalam dia pulang jam tiga pagi, hari ini dengan gaya yang cukup mencurigakan dia pergi ke sekolah dengan kenderaan lain. Tanpa menunggu Ace membuka pintu, aku segera berlari masuk. Ace mengekori van putih itu dari jauh.

"Ni bukan jalan sekolah kan?" Soal Ace. Ah, sudah! Mana lagi penting, pelajaran aku atau pun Eliz.

Fk! I hate this!

"I'm worried!" Ujarku. Ace memandu agak jauh berbanding van itu.

"Drive lah cepat sikit!" Rengek aku. Geram pula aku tengok van itu semakin berselang dengan dua tiga buah kereta.

"Mana boleh dekat sangat! Nanti kantoi lah! Ni apa kes kita nak jadi stalker pulak! Kau serius tak nak pergi sekolah?!" Soal Ace dengan nada yang tidak puas hati. Dia cuma menurut sahaja kemahuan aku.

"There's something going on with Eliz!" Kataku perlahan. Mataku tepat mengekori van putih itu.

"What?" Tanya Ace.

"Madam found pills in her room," ujarku. Ace diam sejenak sebelum mengerling ke arahku. Dia menghela nafas.

"Pills?" Soalnya tenang.

"Yea..." balasku.

"It was like this small, and pink in colour!" Ujarku sambil membuat isyarat tangan bentuk kecil kepada Ace.

"Maybe diet pill! Kau negetif betul!" Ace cuba memberi buah fikiran.

Not helping Ace! Not at all!

"Why does someone skinny like her need diet pill for?" Soalku.

Ace mengetap gigi. Dia hanya memandu mengikut van putih itu ke kawasan berhampiran dengan Middle City, pusat bandar. Aku duduk tidak tenang. Ya lah! Sekali ponteng bukan biasa-biasa! Jauh kau! Aku dah la dengan pakai baju sekolah lagi. Van itu berhenti di hadapan deretan rumah kedai. Kawasan itu sedikit sunyi.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now