Truth

49 4 1
                                    


3 tahun lalu....
Yoh terdengar perbualan antara Kendrick dan isterinya Helen ketika mereka di dapur. Puas wanita itu memujuk suaminya, tetapi suaminya bagaikan tidak mendengar sahaja. Yoh yang mahu mengambil air terhenti di dapur. Sambil minum kopi panas, dia duduk memandang Helen dan Kendrick yang masing-masing tidak bercakap.

"Mak cik tak nak bagitau Yoh apa-apa ke?" Soal Yoh. Helen akhirnya menghela nafas panjang.

"Mak cik nak ambil anak angkat. Tapi pak cik kamu ni tak nak dengar pula!" omel Helen sambil memotong sayur sawi. Kendrick menghela nafas perlahan.

"Bukan macam tu..tapi, budak tu awak tak rasa pelik ke?" Balas Kendrick.

"Apa yang pelik. Tak ada apa yang pelik," pantas balas Helen. Yoh tersengih mendengar pasangan itu bertengkar. Dia tidak mahu ikut campur.

"Budak perempuan tu nampak macam budak baik," putus Helen. Kendrick senyap sahaja mendengar omelan Helen.

"Macam mana kalau Yoh yang pergi tengok bakal anak yatim yang mak cik cakap tu?" Pelawa Yoh. Kendrick senyap memandang Yoh, sementara Helen  segera meletakkan pisau ke tepi.

"Macam mana tu?" Soal Helen girang, dia memandang Kendrick dan Yoh secara bergilir-gilir.

"Kalau tak silap, yayasan selalu bagi bantuan dekat situ. Kalau Yoh pergi sebab nak tengok budak-budak, boleh Yoh tolong tanyakan pasal budak yang mak cik cakap tu," terang Yoh.

Helen anggukkan kepalanya laju seraya menarik tangan Kendrick.

"Kalau Yoh yang siasat, kami ikut saja," putus Helen. Kendrick akhirnya bersetuju setelah Helen memujuknya berkali-kali. Yoh senyum sahaja.

"Lily! Nama dia Lily!" Terang Helen.

Hujung minggu itu, Yoh meminta kebenaran dari Madam Honey untuk pergi ke rumah anak-anak yatim untuk bermain dengan mereka. Walaupun pelik, tetapi Madam Honey akhirnya bersetuju juga. Yoh juga sudah beritahu Madam Honey tentang rancangan pembantu rumah mereka untuk mengambil anak angkat dari Happiness Orphanage. Tanpa banyak soal, Madam Honey segera meminta pembantu menyediakan hadiah untuk di bawa ke rumah anak yatim.

Yoh membawa keluar hadiah-hadiah dari but kereta besar dengan bantuan beberapa orang lelaki. Madam Honey dengan kaca mata hitamnya sedang berbual dengan pengetua.

Setelah itu, dia duduk bermain bola bersama beberapa orang budak lelaki yang jauh lebih kecil darinya. Taman rumah anak-anak yatim itu sebenarnya agak luas juga. Namun, bukan semua ada.

"Mama nak sembang dengan pengetua tentang dana sumbangan. Yoh nak balik dulu ke macam mana?" Soal Madam Honey.

"Yoh nak main lagi!" Kata Yoh ceria sebelum mengejar budak-budak itu. Madam Honey senyum sahaja melihat telatah Yoh yang sedang berkejaran dengan budak-budak. Yoh memang suka dengan kanak-kanak. Lain kali, dia perlu ajak Yoh datang lagi.

"Nanti nak balik mama panggil," kata Madam Honey. Hari ini mereka datang bersama pembantu Madam Honey, bukannya Pak Cik Kendrick. Yoh memerhati sekeliling. Cuma ada beberapa orang budak lelaki yang bermain di sini.

"Dekat sini ada kawan nama Lily?" Soal Yoh kepada mereka. Mereka semua menggeleng membuatkan Yoh berasa semakin pelik. Aneh sekali. Yoh angguk sahaja dengan budak-budak itu.

"Abang pergi tandas kejap! Main elok-elok!" Pesan Yoh segera berlalu pergi. Dia berjalan merentas taman dan menuju ke tandas. Niatnya bukan lah untuk pergi ke tandas. Aneh! Siapa sebenarnya Lily!

Yoh masuk ke dalam pejabat, kedengaran ada suara orang sedang berbual. Dia menyorok di sebalik pintu, nafasnya dikawal perlahan.

"Lily yang pukul?" Soal seorang pekerja yang masih muda. Barangkali baru tamat sekolah.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now