Realiti

38 2 0
                                    


Aku masuk ke dalam bilik Ace dan memandang dia yang sedang tidur dengan baju tidur jalur-jalur. Sengaja aku bangun awal untuk siapkan pancake dan madu untuk sarapan kami. Aku cuba mengejut Ace dengan mencuit bahunya, namun tindakan refleks Ace membuatkan aku terjatuh dan dipegang olehnya. Langkahnya begitu tangkas dan cekap, sekali sahaja aku sudah tersungkur ke atas katilnya.

"What the fuck!" Marahku yang sedang sakit pinggang. Aku merasakan langkahnya seperti ingin menangkap penjenayah.

Meh! This just straight from romcom drama!

"Sorry!! reflex action!" Kata Ace lalu memicit bahuku. Aku berkerut. Entah apa yang dia lalui sehingga tenaga refleksi kendiri boleh kuat sebegini.

"Kau tidur tak tutup lampu! Membazir betul," omelku setelah terpandang ke siling.

"Well... I kinda hate dark places," jawabnya.

What?

"What the?" Aku tidak berpuas hati.
Aku ketawa. Terasa kelakar, bahawa perkara ini merupakan realiti. Walaupun aku ada banyak soalan ingin bertanya, namun aku lebih selesa kami menghargai masa yang ada sekarang.

Ke mana dia menghilang? Kenapa sekarang baru dia pulang? Apa yang sudah terjadi.

Can you tell me Ace....

"Ace...aku dah siapkan breakfast. Kau makan dulu, aku nak siap-siap pergi kerja," kataku lalu meninggalkannya. Ace segera mengikut aku dan duduk di meja makan.

Aku memakai anting-anting bulat yang besar serta menyembur minyak wangi ke seluruh tubuh badan. Rambut perang aku di sisir. Pakaian aku hari ini biasa sahaja. Blouse hitam dan seluar jeans fit bewarna putih. Sengaja baju itu dimasukkan ke dalam seluar, dan dipadankan dengan tali pinggang putih. Hari ini aku cuma ada meeting untuk perbicaraan pada minggu hadapan. Sejak masuk ke The League, kes yang aku terima juga tidak terhad kepada kes penceraian suami isteri sahaja.
Aku keluar, kelihatan Ace masih lagi termenung memandang pancake di atas meja. Lama dia termenung di situ, memandang kosong ke arah pancake. Rambutnya kusut masai, dengan baju tidur biru gelap dengan jalur-jalur nipis putih.

"Ace...." panggilku mengejutkan lelaki itu dari lamunan.

"Kenapa tak makan?" Soalku. Dia tersenyum, memandang aku atas bawah. Aku segera bergerak ke arahnya sambil menyuruh dia makan.

"Kau tak breakfast sekali ke? Awal lagi ni nak pergi office," kata Ace sambil melihat ke arah jam dinding. Benar katanya. Sekarang baru 7:30 pagi, pejabat biasanya akan buka pada pukul 9 pagi. Aku menggigit bibir, hari ini sebenarnya aku ada plan untuk makan pagi dengan Abang Yoh.

"I ada plan," ujarku.

"Dengan Yoh?" Ace tanpa berselindung. Dia meletakkan telapak tangan ke pipi sambil menekan meja makan.

"Berapa lama dah?" Soalnya. Aku pasti dia merujuk kepada hubungan kami dalam senyap.

"Tak pernah putus," kataku. Ace mengeluh. Aku yakin, berita perkahwinan Abang Yoh pasti dia sudah tahu.

"He's a married man," katanya.

"I know, I was the one who plan the marriage," aku mengaku. Ace menggeleng kepalanya, barangkali tidak setuju dengan cara aku. Segera aku mengambil kunci kereta dari dalam tas tangan. Tahun ke empat pemergian Ace, ayahnya menjual kereta BMW hitam itu. Lagipun, aku juga sudah ada kereta sendiri ketika itu.

"Take my car, tempat parking you know kan," kataku.

"Your dad sold the BMW, you use mine,"'ujarku.

"Takyah lah. Kereta engkau kan...aku.." Ace menolak aku. Aku segera meletakkan kunci ke dalam telapak tangannya. Apa terjadi sekalipun, ayahnya yang merangkap bos aku harus tahu bahawa anak lelaki tunggalnya masih hidup.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now