1-2-5

39 2 0
                                    


Aku menunggu awal lagi di pejabat Abang Yoh sambil bermain dengan telefon bimbit. Pagi itu Abang Yoh masih lagi belum sampai ke pejabat. Aku menjeling Camelia yang sedang fokus melakukan kerjanya.

"Mana abang ni?" Aku mulai merungut kepada Camelia.
Panjang umur, terus sahaja dia masuk. Kami saling berpandangan.

Peristiwa semalam masih lagi berbekas di hati.

"Masuklah, cakap kat dalam," dia memberi arahan. Aku memberi tanda kepada Camelia meminta diri. Sebaik sahaja masuk ke dalam pejabatnya, wajah Abang Yoh masih lagi muram mencuka. Dia meletakkan kot birunya pada penyangkut sebelum menutup jendela.
Bajunya kemas, kemeja putih dengan blazer tanpa lengan bewarna biru tua, ditambah pula dengan tali leher biru. Gayanya ringkas tetapi nampak sofiksikated.

"Kita ada benda nak cakap lagi ke?" Soalnya keras.
Aku menarik muka lantas terus duduk bersilang kaki. Aku kemudian mendengus.

"You're so cool. After yesterday you boleh lagi datang jumpa abang macam ni cakap oasal kerja," katanya memerli aku.

"Nampak sangat you're not affected by....god," keluhnya.

Aku mendengus perlahan. Sakit telinga rasanya diperli.

"We're done. Tapi kerja still kerja," kataku. Dia kemudian ketawa ringkas memerli aku.

"Wow! So professional," katanya.

"You've been using me for your job and now..." dia mempersoalkan aku.

"What about ya? Sedar tak hubungan kita before nothing more than toxic relationship?" Marahku.
"Toxic? Sebab you..." dia mulai marah. Wajahnya merah padam. Kemudian, dia menarik nafas sedalam mungkin.

"Let's talk about work," katanya memutuskan untuk kembali bekerja.
Aku menarik nafas dalam.

Awal lagi aku sampai ke pejabat The League dan membuka emel. Satu perkara menarik minat aku, terutama projek bernilai 3 billion. 1 billion daripada dana itu dimasukkan kedalam tiga akaun yang berasingan. Dan aku pasti, Abang Yoh pasti tahu ke mana wang itu mengalir.

"About the 3 billion, mana lagi 1 billion?" Soalku. Abang Yoh tenang sahaja lantas duduk di atas kerusi.

"I don't know," jawabnya. Aku mengeluh.

"Impossible," kataku.

"Or, I just don't want to trust you," katanya. Aku menarik nafas.

"This is not the first time abang," kataku. Beberapa kali sebelum ini, ada juga sebahagian wang syarikat masuk ke akaun peribadi beberapa orang, tetapi tidak dalam jumlah yang banyak. Kali ini dana yang begitu banyak, pasti akan menjejaskan reputasi Abang Yoh.

"This is too much Abang," kataku.

"Kalau polis dapat tahu..." kataku sebelum mengeluh.

"Polis dapat tahu? It's your job lah," katanya. Aku bungkam. Benar. Kalau polis dapat tahu, aku dan Uncle Wang beserta Legal Team yang mewakili D'Generouz Group yang akan menyelesaikan hal ini. Macam tak biasa!
Tapi, kami tidak pernah ada masalah dengan Abang Yoh. Abang Yoh bukanlah jenis yang akan melakukan jenayah yang boleh dijejaki.

"Don't worry. Nothing will happen, trust me," katanya.

***
Yoh memandang gadis itu keluar. Dia mendengus perlahan. Nampaknya, Lily bukan lagi Lily yang dahulu. Percintaan mereka bertahun-tahun lenyap begitu sahaja, tanpa perasaan yang berbekas.
Dia yakin, Lily sudah lama hilang rasa cinta, cuma dia sahaja yang cuba menahan gadis itu dari pergi.

Atau mungkin mereka saling bergantung untuk mempergunakan antara satu sama lain. Yoh segera menelefon peguam mereka dari syarikat The League. Apa yang terjadi sekalipun, Legal Team untuk D'Generouz perlu dirombak semula.

Dia kemudian membuka sampul berwarna coklat yang tertulis sulit. Dia mengetap gigi. Nampaknya, ayahnya betul-betul akan berhenti kerja kerana keadaan lutut yang tidak mengizinkan. Mama Honey akan menggantikan tempatnya. Mummy pula sekarang sedang bercuti, jadi dia tidak risau sangat.

Posisi CEO juga sekarang menjadi perdebatan antara dia dengan Hans. Hans mungkin tidak mempunyai kredibiliti, tetapi selaku anak sulung Hans lebih layak menyandang kerusi CEO.

Andai kata dia gagal nemperoleh kerusi CEO, pasti dia akan kalah dengan Hans.

Dia berada di sini juga kerana desakkan Lily. Ikutkan hati sudah lama dia tinggalkan keluarga dan memulakan perniagaan sendiri.

Nanti. Lily sangat inginkan Yoh menjadi CEO sekaligus berpeluang untuk menjadi Presiden. Mungkin dia boleh menggunakan peluang ini untuk menarik dan memujuk Lily kembali. Lagipula, mereka baru sahaja putus, masih ada ruang untuk berbaik semula.
Hubungan Yoh dengan Riley sekarang sudah retak menanti belah. Riley kini tinggal di rumah keluarganya, sementara Abigail masih lagi dalam jagaan Yoh.

"Maybe, if I become the CEO, Lily will comeback to me, and she can become Abby's new mother," fikirnya. Yoh mengetuk jari telunjuk di atas meja. Cara terbaik untuk kembalikan keadaan seperti sedia kala ialah dengan mengumpan Lily dengan menyandang jawatan CEO.

***
Ace melihat penerangan yang diberikan melalui cermin kaca. Pemberi penerangan tidak dapat melihatnya sementara dia hanya berdiam. Sejak sudah separuh sembuh, dia tidak lagi bergantung pada ubat-ubatan.
Kini, dia baru sahaja menerima pesanan daripada Kapten pasukan untuk dia menyertai misi SWAT. Sedangkan pasangannya juga tidak tahu Ace akan terlibat dalam misi kali ini.

Misi kali ini bukanlah mudah, tetapi Ace memainkan kunci penting. Dia perlu menjalankan misi yang diberi secara senyap-senyap. Ace membuka gambar dari chat rahsia yang diterima, dia tidak kenal pemberi maklumat, dan pemberi maklumat juga tidak kenal dia.

Wajah-wajah konglomerat elit menarik perhatiannya. Mereka mempunyai akses terus dengan kumpulan teroris membuatkan Ace risau. Jika terus begini, masalah akan menjadi rumit. Bukan sahaja keselamatan negara yang menjadi ancaman, malah orang-orang yang dia sayang turut menjadi mangsa keganasan.

****
Aku buntu. Entah mengapa tetapi notis yang dikeluarkan pada pagi ini betul-betul mencabar. Beberapa orang pekerja senior dimasukkan dalam senarai sebagai wakil Legal Team baharu untuk D'Generouz Group. Nama aku diletakkan di bawah sekali, barangkali kerana aku yang paling muda. Belakang aku ditepuk oleh Uncle Wang.

"Projek kali ni besar, sebab tu kena letak senior," katanya. Macam faham sahaja apa yang terbuku di hati aku.
"Bukan sebab Lily tak reti buat kerja," tambahnya meyakinkan aku.  Aku tersengih sambil menganggukkan kepala.

"Well...boleh rehat sikit jadi junior," kataku menyembunyikan perasaan. Uncle Wang ketawa sebelum meminta diri.

Melihat nama-nama peguam senior, aku dapat merasakan Abang Yoh sedang menggunakan kami sebagai buah catur yang seterusnya. Aku tidak tahu sejauh mana Uncle Wang cakna, tetapi nama-nama senior yang terlibat untuk projek ini tidak begitu baik di telinga aku. Barangkali kerana ada beberapa gosip rasuah dan kes yang mereka tutupi.

Apa permainan Yoh kali ini! Main rombak-rombak pulak!
Brandon sudah beberapa hari hilang dari radar. Aku tidak dapat menghubunginya, entah ke mana dia menghilang.

Pasti ada sesuatu yang dia ingin lakukan tanpa pengetahuan aku. Aku tidak tahu apa yang akan dia buat, tetapi melihat nama-nama peguam baharu, pelan ini bukan baharu sebaliknya telah dirancang lama.

Adakah dia akan buang aku sebagai askar barisan hadapan dalam permainan catur ini.
Siapa? Siapa target terbaharu Abang Yoh!

Aku?
Ace?
Abang Hans?

Kalau Ace, kenapa? Sebab aku mahu bersama dengan Ace? Kalau aku? Sebab dia beranggapan aku telah khianati dia?
Tak. Abang Yoh yang aku kenal bukan "petty" begitu.

Abang Hans? Tak mungkin.





Nota kaki :
Idk,lately ni bitter pulak I nak sambung completekan cerita ni. Maybe sebab Yoh dengan Lily dah putus, i mean sampai bila kau nak terus dalam toxic relationship ennn~~ Bila cerita ni nak habis? I pun taktau, sebab I nak bagi dia jadi mcm sinetron, lepas mati boleh respawn balik. I boleh bagi klu, tak lama dah. By the way, I ada satu lagi cerita ongoing "Heartless; My One and Only" , nanti bila I up, I roger ehehehe. Yg My one and only ni I nak bg mature reader, anak-anak hold dulu ea❤️ love you

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now