Trust.

31 0 0
                                    


Aku memandang televisyen, hari Rabu. Aku tiada kes mahkmah hari ini, dan bercadang mahu kerja dari rumah. Sambil duduk bersila di meja kopi dengan laptop, aku menonton televisyen. Hari ini semua orang akan sibuk di pejabat kerana pencalonan D'Generouz Group akan diumumkan dua hari lagi. Rasanya, tarikh yang sama dengan pengunguman nama calon datuk bandar yang baharu.
Eloklah tukar datuk bandar, yang sedia ada ni macam hampeh! Disebabkan aku berada dalam bidang undang-undang, jadi aku sedikit sebanyak mendengar gosip yang kurang enak tentang datuk bandar sedia ada.

Jadi, peguam seperti aku tidaklah begitu sibuk. Mana tak nya, aku kan dah kena tendang keluar dari Legal Team D'Generouz. Di televisyen, entah cerita apa yang dimainkan. Aku mengambil telefon, bercadang untuk menelefon Ace.

Tak kisahlah. Lama aku tunggu dia telefon, tapi tak ada khabar berita. Hari ini, aku sendiri yang akan telefon.

"Ace..." panggilku sebaik sahaja dia menjawab.

"I know I salah, I minta maaf..." ujarku. Ace diam.

"Ace, I'm so sorry okay," putusku. Aku tertanya-tanya mengapa dia berdiam diri. Marah lagi ke? Aduh! Takkan merajuk lagi!

"Ace!" Panggilku.

"I'll call you back," katanya serius. Nada suaranya serius dan rendah. Aku terkebil-kebil seketika mendengar suara dingin Ace. Dah kenapa? Belum sempat aku habiskan ayat atau membalasnya, dia segera meletakkan panggilan.
Aku memandang telefon. Pantas sahaja dia letakkan telefon, tanpa sepatah kata.

***

Ace memegang senapang rifle yang bewarna hitam. Dia baru tadi memasukkan dua butir peluru sambil menghala ke arah barat daya bangunan. Dia menekan alat yang dipasang ditelinga sebaik sahaja menjawab panggilan dari Lily. Matanya masih fokus kepada muka pintu utama D'Generouz Group. Sebaik sahaja Yoh keluar, kelihatan beberapa orang pengawal sedang berkerumun, manakala wartawan terhimpun di satu sudut.

Yoh berdiri di situ. Tidak berganjak. Ace memandang ke arah teropong rifle sambil mengunyah gula-gula getah. Dia sendiri tidak pasti mengapa dia akan mengunyah sesuatu jika menjalankan misi. Semasa berada di gurun sewaktu latihan dahulu, seorang senior pernah berkata mengunyah gula-gula getah akan membuatkan dia lebih tenang. Tambahan lagi, jika ada misi yang perlu meragut nyawa.

Mata senapang betul-betul di dada kiri Yoh, tepat jantung usahawan muda itu. Ace menarik picu, dia bersedia untuk melepaskan tembakan. Misi kali ini sangat bahaya, bahkan dengan kehadiran wartawan, dia sendiri boleh tertangkap. Melepaskan tembakan di khalayak umum juga bukanlah seperti yang diajar ketika di akademi mahupun skuad latihan dahulu.

Misi berani mati ini hanya....

Ace melepaskan tembakkan, tepat mengenai leher Mr Bred. Semua orang menjerit, ada yang berlari. Setelah memastikan lelaki itu mati, Ace berkemas. Memasukkan kembali senapang besar itu ke dalam beg. Para wartawan sudah tunduk, menjerit dengan kuat. Orang awam juga begitu. Yoh segera dilindungi oleh lelaki berbaju hitam, dalam formasi pertahanan. Sementara mereka membawa Yoh ke tempat selamat, beberapa orang pengawal mendekati Mr Bred. Mr Bred merupakan bos mereka, tetapi ada lagi yang paling atas kalau di bandingkan dengan Mr Bred. Tapi, mereka taktahu siapa.

Ace meletakkan beg senapang itu di dalam loker. Saat dia berjalan, seorang perempuan melepasinya. Beg senapang bertukar tangan. Pegawai yang bertugas di bilik kawalan, memadam segera cctv.Gaya mereka berjalan juga sama, persis sedang berkawad, tetapi dengan langkah seperti dibuat-buat. Wanita itu memakai baju biasa sahaja, dengan cermin mata, kelihatan seperti pekerja pejabat normal. Ace pula memakai topi hitam dan baju t-shirt hitam.

Dia mengangkat telefon melalui alat yang dipasang terus ke telinga.
"Mission clear," katanya.

***

Hampir tersembur air yang aku minum apabila berita terkini. Abang Yoh hampir sahaja ditembak oleh senapang rambang, manakala Abang Hans ditahan untuk siasatan!

Gila! Apa yang berlaku! Timing tak kena betul, kenapa nak tembak time nak umum pencalonan CEO baharu.
Takkan angkara Abang Yoh, takkanlah dia sanggup tembak diri sendiri!
Kalau Abang Hans, abang Yoh kan adik dia! Well, kalau bukan adik kandungpun(tapi aku je yang tahu), takkan Madam Ratna tak warning benda ni akan bawa masalah kepada diri dia sendiri!

Bodoh ke?

Aku segera menelefon Abang Yoh. Tujuan aku cuma untuk mendengar sendiri bahawa dia selamat.
"Abang!" Teriakku semasa di telefon.

"I'm fine," katanya perlahan. Akhir sekali kami berhubung ialah ketika dia membawa perkhabaran bahawa pencalonan seminggu lagi.
"Really," katanya meyakinkan aku.

"Where are you?" Soalku. Dia selamba menjawab bahawa dia di balai.
"Nak Lily turun balai ke?" Soalku. Dia ketawa.

"I got hella fine D'Generouz Legal Team behind me," komennya. Lupa pula aku! Aku tidak lagi di bawah Team D'Generouz. Aku mendengus.

"I'm glad that you're okay," kataku. Aku mahu tanya tentang Hans. Penyibukkan? Tapi kalau dah dari remaja aku tinggal dengan mereka, menyibuk itu perkara biasa.
"He's good. I guess..." katanya sebelum meletak telefon.

***

Walaupun sedang menjawab panggilan, mata Yoh tepat memandang ke arah bilik soal siasat. Di sebalik cermin gelap, dia memandang ke arah Hans yang sudah bergari. Hans berkali-kali menyebut dia tak tahu apa-apa.
Dan dia juga bukan bodoh untuk bunuh Yoh secara terang-terangan begitu.

Yoh memandang menerusi cermin gelap. Ace sedang menyoal siasat Hans, dengan dua orang pegawai yang sedikit berumur. Ace tenang dan diam sahaja, sesekali dia menjeling ke arah cermin gelap. Dia tahu, Yoh D'Generouz sedang memerhati mereka.

***

Ace sesekali menjeling lewat kaca hitam. Sesekali dia menjeling ke arah Hans yang sedang di soal siasat. Dia terasa kosong, entah apa yang ada di fikiran Yoh. Tetapi, apa yang lebih terkesan di hatinya ialah.....

Setelah keluar dari apartment mengelak daripada Lily, pegawai atasan memaklumkan bahawa Ace akan terlibat dengan misi.
Kata orang atasan, Yoh D'Generouz hanya akan beri kerjasama jika sniper yang diupah merupakan Ace.

Sehari hari selepas itu, Ace sendiri bertemu dengan Yoh secara rahsia di satu kawasan kilang lama. Dia masuk dan duduk di belakang. Pemandu Yoh berada di depan, berdasarkan keadaan sekeliling, cuma ada mereka sahaja.

Lama mereka berdiam. Yoh memakai baju suit dengan cermin mata, jarang Ace melihat Yoh nampak begitu. Sementara, Ace pula memakai topi hitam dan t-shirt biasa.

"Why me?" Tanya Ace. Keadaan mereka berdua begitu dingin, bahkan lebih dingin dari pergunungan salji.
Yoh tidak menjawab. Ace menjeling, tidak putus asa mahukan jawapan.
Tugas menjadi penembak tepat, dan turut mensasarkan orang dekat Yoh bukanlah mudah bagi Ace yang masih dihantui bayangan PTSD. Yoh merenung keluar tingkap, Charles pemandu keretanya terus keluar sebaik mendengar Ace berbicara.

"Takkan benda emo macam ni pun nak kena cakap?" Soal Yoh.

"Aku nak tahu," kata Ace, pantas menjawab Yoh bagaikan sedang bermain bola pingpong.

"You see. Lily is my favourite person. Since she likes you, so I think..." Yoh mulai mengarut.

"Bullshit Yoh," komen Ace. Yoh menarik nafas dalam.

"Cause I trust you," jawab Yoh. Ace terdiam. Mereka berdua tidak lagi berkata apa-apa setelah itu.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now