Time Skip

47 4 0
                                    

😋100 chapter🥳

Wanita berambut pendek gaya bob cut bewarna perang itu berjalan keluar dari mahkamah rendah. Di sisinya terdapat lelaki wajah Asia yang berwajah muram.

Aku memandang ke arah Cheng yang dari pagi tadi berwajah muram.
"Cheng...you should be happy to win the lawsuit," kataku. Tidak lama, rakan sekerja merangkap intern di bawah kendalian aku, Jojo membawa seorang kanak-kanak lelaki. Cheng terus mendukung anak kecil berusia empat tahun itu.

"The court already decide kan, hak penjagaan atas engkau," kataku. Dia mengelap wajah comot anak kecil yang sedang makan coklat itu.

"But..aku rasa bersalah pisahkan anak aku dengan mummy dia," kata Cheng. Aku menyelitkan rambutnke belakang telinga, menampakkan subang tindik yang lawa di telinga aku.

"Habis kau panggil aku represent kau buat apa? Kau tau kan aku macam mana?" Marahku. Cheng kelihatan muram. Aku cuba mengerti, dia dan bekas isterinya sedang berebut hak penjagaan anak. Sebelum ini dia berkeras mahu anak tinggal dengannya, kemudian bila dia melihat bekas isteri meraung akibat hilang hak penjagaan sebentar tadi, dia pula yang berlembut hati.
Aku mencuit pipi budak lelaki dalam lingkungan tiga tahun itu.

"He should be with you. Your ex wife sekarang hidup pun tumpang rumah orang, kerja pun part time dekat 7 eleven je, kau ingat dia ada kemudahan yang cukup nak jaga anak?" Soalku. Cheng diam.

"Later..bila keadaan ekonomi dia dah baik, then she should fight you once again," kataku lalu tersenyum cuba meyakinkan Cheng. Telefon aku berbunyi.

"Sure. I'll be there in an hour," kataku kepada si pemanggil. Aku mengusap kepala anak lelaki Cheng sambil tersengih.

"Lily...you know that you're different from your past self?" Soalnya. Aku tersenyum.

"I heard it a lot," kataku. Aku tersenyum.

Yoh duduk di kerusi COO syarikat sementara Madam Honey duduk di kerusi CEO. Sejak Tuan Greig menjadi presiden,tidak lagi menjadi CEO, struktur syarikat disusun kembali. Tugas CEO digalas oleh Madam Honey. Selepas perkahwinan Yoh, dia dengan mudahnya memenangi undi untuk kerusi Direktur, kemudian dia dinaikkan pangkat kepada jawatan COO syarikat, manakala Hans masih lagi menjadi Direktur.Madam Ratna sudah tidak lagi ikut campur dalam urusan pejabat kerana sakit teruk.

Yoh masih memandang sekeliling, Brandon yang baru tiba terus duduk di kerusi selang satu daripadanya.

"Ni fail FJ Ventures yang kau minta," katanya menghulurkan fail. Setelah mereka mengambil alih FJ Ventures, Brandon dicadangkan untuk menjadi wakil D'Generouz Group ke sana. Saat ini masih ramai lagi ahli lembaga pengarah yang belum hadir dengan beberapa orang direktur.

Pintu bilik mesyuarat di tolak. Seorang wanita elegan, berambut"bob cut" pendek yang diwarnakan perang masuk. Gadis berusia hujung 20-an itu kelihatan cukup elegan dengan slack hitam dan blouse bewarna peach pink, dipadankan dengan blazer. Dia tersenyum ke arah ahli lembaga pengarah yang lain sebelum berjalan ke arah Brandon.

"Duduk lah," kata Brandon. Dia mengambil tempat di tengah, antara Brandon dan Yoh. Yoh menjeling ke arah gadis itu sebelum memandang ibunya. Lagaknya biasa sahaja.

"Did you cut your hair short? Bila masa kau warna rambut?" Bisik Brandon. Mesyuarat masih belum bermula lagi. Di meja, tertera nama Lily Miller sebagai wakil firma guaman The League.

"Nampak muda kan rambut macam ni," kata Lily selamba. Madam Honey yang mendengar terus memegang rambutnya.

"Should I cut macam you jugak!?" Soalnya. Lily tersengih sahaja. Seterusnya, ahli-ahli lembaga pengarah lain masuk seorang demi seorang.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now