Hurt

47 3 4
                                    

Scars are dangerous.

Aku membantu ayah mencuci kolam renang. Kelihatan dia begitu senang sambil bersiul kecil. Aku turut tersenyum memandang ayah yang berwajah ceria.

"Pak cik! Pak cik! Tolong! Kitty tersangkut!" Jerit Mary sambil meluru ke arah kami. Ayah memandang aku cemas.

"Tersangkut? Tersangkut dekat mana??" Ayah bertanya cemas.

"Pokok belakang! Tak tau lah kenapa!" Mary memberitahu ayah. Ayah menyuruh aku meneruskan kerja sementara dia pergi menyelamatkan Kitty. Kitty, kucing parsi gemuk bewarna putih. Matanya bewarna biru. Selalu kulihat kucing itu cukup malas sekali. Kalau tidak tidur, mesti kucing itu makan. Kucing parsi milik Mary itu cukup tidak di senangi oleh Eliz kerana bulunya yang sering berterbangan. Aku hanya senyap sahaja menurut kata-kata ayah.

Tinggal aku sendiri. Aku mencuci kolam yang luas itu sambil memandang ke arah langit biru. Entah siapa yang lebih biru! Air kolam ataupun langit. Tiba-tiba, terasa bahu aku ditolak oleh seseorang.
Elizabeth.

Dia menunjukkan gambar yang dicetak kepada aku. Aku dan Ace. Aku memandang ke arahnya meminta penjelasan.

"Kau tahu tak fotografer sekolah Si Gerald tu hantar gambar ni dekat aku!" Katanya. Aku menggeleng.

She thinks I know everything? Oh my godness!

Aku melihat gambar itu. Ace memberi aku payung sambil tersenyum. Dah kenapa pula hal ini pun Gerald nak ambil gambar? Dah tak ada benda lain ke nak buat modal? Stalker betul.

That guy, I'm going to kick his ass!

"Kau dengan Ace ada apa-apa ke?" Soalnya. Aku menggeleng bodoh. Memang tak ada apa-apa pun, jadi apa dia nak aku jawab lagi.

But, the picture turns out good.

"Kau suka Ace?" Soal Elizabeth. Aku berkerut. Merapu apa pulak perempuan ni? Aku terus membuat kerja.

"Hey! Aku cakap dengan engkau!" Dia menggertak aku. Aku cuba buat tidak dengar. Penatlah nak bergaduh dengan Eliz.

"Aku tanya engkau ni!!!!" Dia menjerit kuat. Namun, tidak semena-mena dia menolak aku jatuh ke dalam kolam. Sudah nasibku tak pandai berenang, aku tercungap-cungap meminta tolong. Air kolam sudah masuk ke dalam telinga dan hidung aku. Aku terkapai-kapai, sambil minum air kolam.

"Lily tak boleh berenang!!" Jerkah Abang Yoh yang datang entah dari mana terus terjun menyelamatkan aku. Abang Yoh menyelamat dengan mendukung aku ke tepi kolam. Aku terbatuk-batuk akibat tertelan air. Aku meraup muka dengan tangan. Abang Yoh memberikan tuala yang terasangkut di kerusi kepada aku. Aku masih lagi batuk dan terasa ingin muntah.

"Jangan dekat dengan Ace lagi!" Eliz memberi aku amaran. Aku bingkas bangun dari tepi kolam. Cepat sahaja, aku menarik kolar bajunya dari belakang. Abang Yoh turut terkejut dengan perbuatan aku. Aku memegang erat kolar baju Eliz sebelum menarik rambutnya.

"Kalau aku mati lemas macam mana!!!!" Aku menjerit kuat. Suara aku di tinggikan.

"Sial! Perempuan sial!!!!!" Eliz menjerit. Jeritan Eliz membuatkan hampir ke semua isi rumah berlari ke kolam renang di tingkat 3. Eliz segera menarik rambut aku kembali. Abang Yoh cuba meleraikan pergaduhan kami. Kami saling cakar mencakar sambil menarik rambut masing-masing sekuat hati. Rasa macam kepala aku nak tercabut dengan si Eliz ni! Nampak kurus, tapi kuat yang amat!

"Stop!!" Madam Besar Ratna menengking aku dan Eliz. Aku terkedu segera melepaskan rambut Eliz. Eliz juga begitu. Abang Yoh memandang Madam Besar. Dia juga terkelu. Ibu segera berlari ke arah aku. Madam Joanne dan Acik Yamy tercegat di muka pintu. Aku lihat Tuan Greig dan Madam Honey berada di belakang mereka. Ayah juga turut pantas berlari sambil mendukung Kitty. Mary di sebelahnya.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now