Lily

587 11 0
                                    

Faith is like a lily, lifted high and white.

Hujan kilat di luar membuatkan Lily terjaga dari tidur. Semenjak dia bertukar ke Happiness Orphanage, dia tidak lagi tidur bertemankan mimpi. Baik mimpi ngeri mahupun mimpi indah, tidurnya hanya bertemankan gelap. Keadaan bilik kecil itu juga gelap, sesekali cahaya kilat sambar menyambar memunculkan cahaya kebiruan di hadapan anak matanya. Lily segera bangun dari katil lalu melihat adik sekamar yang nyenyak tidur di katil atas. Ruang kamar mereka tidak luas mana, cukup sekadar katil dua tingkat, dan meja belajar setiap seorang dan loker.

Namun, Happiness Orphanage jauh lebih baik dari keadaan di rumah anak yatim yang pernah didiaminya sebelum ini. Sebelum ini, rumah anak yatim mereka langsung tidak menyediakan loker bagi menyimpan pakaian. 10 hingga 20 orang anak-anak tidur di ruang lapangan yang dipanggil dorm. Kalau hendak mandi di waktu pagi perlu beratur panjang yang tidak boleh dibawa bincang. Sebagai yang paling tua, dia akan bangun membunyikan loceng pagi. Bagi pelajar sekolah tinggi sepertinya, langsung tidak selesa.

Tetapi, makanan di rumah anak yatim lama jauh lebih sedap dari sini. Suasana mula bertukar sejuk. Lily menarik selimut sambil duduk memeluk tubuh. Dia memandang ke luar jendela. Sudah enam kali dia bertukar rumah anak yatim atas pelbagai alasan. Masih segar di ingatannya tentang kisah bagaimana dia ditemui di hadapan rumah anak yatim.

Anak yang dibuang.

Lily sendiri tertanya-tanya.Mengapa dia dilahirkan jika untuk dibuang begini? Siapa asal usulnya? Dari mana asalnya? Namun, pertanyaannya sudah mula dilupakan semenjak masuk ke sekolah tinggi. Kes pembuangan bayi dan pembunuhan bayi luar nikah di negara kita semakin sukar untuk dikawal. Mungkin, dia salah satu dari golongan itu.

Tapi, bukan salahnya. Bukan dia yang meminta untuk lahir di dunia ini. Dunia tidak patut menghukumnya atas kesalahan yang bukan miliknya. Dunia tidak patut meletakkan label padanya! Bukan dia yang meminta untuk bertemu dunia!

Awal pagi, Lily membantu pekebun menyapu daun kering di laman hijau. Setelah bertukar ke sini, dia bertukar lebih senyap. Setiap anak-anak di rumah Happiness mempunyai tugas masing-masing.  Namun, sebagai anak yang paling tua di sini, tugasnya lebih banyak berbanding adik-adik. Mereka bagaikan sebuah keluarga. Mereka yang jauh lebih muda darinya memanggilnya dengan gelaran kakak. Kemudian, dia memandang ke arah dua pasangan 40-an berjalan ke pejabat. Lily memandang ke arah anak-anak yang bermain. Satu lagi akan pergi meninggalkan keluarga Happiness.


"Helen," suara Kendrick kedengaran memanggil isterinya. Mereka telah 20 tahun berkahwin namun masih belum mempunyai anak. Mereka berdua adalah pembantu rumah di rumah agam keluarga D'Generouz. Helen membelek butiran setiap kanak-kanak dirumah anak yatim. Semuanya bermata jernih dan comel, hinggakan dia sendiri bingung untuk memilih.

Kata orang, anak itu rezeki.

Helen tidak mempedulikan Kendrick disisi. Kali ini dia lebih nekad, dia mahu mengambil anak angkat walau apa yang terjadi sekalipun. Dia sudah cukup sedia untuk bergelar ibu. Lama dia membelek butiran maklumat yang disediakan di pejabat. Dia lebih berkenan mengambil anak yang masih tadika ataupun bayi yang baru lahir.
Semuanya comel-comel.

"Kamu yakin tentang hal ini?" Soal Kendrick setelah lama senyap memerhatikan gelagat isterinya yang tampak leka memandang satu persatu butiran yang ada di hadapan mata. Helen mengangguk, dia sudah nekad.
Melihat gelagat Helen, Kendrick hanya mampu tersenyum gembira.


Sedang aku menyapu daun-daun kering, tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Aku dan para pekerja tukang kebun pantas berlari ke kaki lima berdekatan untuk berteduh. Beberapa adik lelaki yang tinggal disini bergerak ke dewan makan untuk minum petang.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now