Prom

43 2 0
                                    

It takes two, to dance tango

Kad undangan itu aku tatap agak lama. Miguel tersengih ke arah aku sambil berharap agar aku boleh turut serta semasa majlis prom untuk pelajar Tahun 4. Mungkin mereka mahu menunjuk kepada barisan persatuan pelajar yang lama bahawa mereka juga ada kredibiliti menganjurkan majlis.

"Semua previous student's council member di jemput hadir," Miguel memberitahu aku. Aku melihat kad undangan yang cukup eksklusif itu. Kenapa nampak macam lagi gempak dari tea party tahun lepas? Aku tak jemput pulak ex student council semasa tea party tahun lepas! Ah, sudah! Lantaklah!

"Tengoklah macam mana," jawabku masih tidak tahu sama ada untuk hadir atau tidak. Kalau aku hadirkan diri, aku kena beli baju. Aku kena pakai make-up, aku kena nampak cantik. Tapi, kalau aku tak hadir...

Wait.....

Pelajar Tahun 4 dengan aku bukan berlaga angin. Masih ingat lagi kes-kes tahun lepas di mana semua mereka membenci aku. Entahlah. Aku rasa macam aku dah cukup baik dan adil, tetapi masih ada suara tidak puas hati dengan aku. Ah,sudah! Aku tak mahu fikir.

Ace meletakkan kaki di atas pelantar sambil menutup wajahnya dengan buku biologi. Dia memandang ke arah langit sedikit sambil memerhatikan awan yang berarak perlahan.

"Jomlah balik!" Kata Ryan yang muncul. Sudah menjadi kebiasaan mereka melepak di stor atas tingkat 3 sejak kebelakangan ini. Masa mereka di habiskan dengan membaca buku, maklumlah peperiksaan ke universiti semakin mendekat.

"Kau jadi ke nak pergi Jepun study?" Soal Ace. Ryan angguk lemah. Bapanya sudah menetapkan begitu.

"Habis Sasha?" Soal Ace. Ryan mengjongket bahu sambil menghela nafas perlahan.

Ryan menggaru pipi, dia juga tidak ada jawapan bagi soalan Ace. Sasha akan tinggal di Northen City sementara dia pergi ke Jepun. Hubungan jarak jauh selalunya tidak berhasil dan putus di tengah jalan, jadi Ryan masih lagi berfikir tentangnya. Berbeza dengan Becky, dia pula akan pergi ke Paris untuk belajar seni reka.

Ace? Dia tidak tahu. Ace sekadar belajar sahaja, mungkin dia tidak ada perancangan lagi.

"Kau? Dah fikir habis nak sambung mana?" Ryan menduga Ace yang seperti sudah tertidur sambil menutup muka dengan buku biologi. Ace duduk berbaring di atas meja sambil menghadap langit.

"Dah! Awal lagi!" Jawab Ace dengan tegas. Ryan berkerut.

"Mana? Tak cakap pun!" Kata Ryan tidak puas hati kerana Ace seperti mahu berahsia.

"Rahsia," jawab Ace sepatah. Ace sudah mempunyai perancangan yang teliti. Dia akan masuk ke Middle City Police Academy untuk menjadi seorang pegawai polis! Tapi, tiada siapa yang tahu! Dia mahu berahsia!

"Nak pergi tak prom night malam jumaat ni?" Soal Ryan tiba-tiba. Ace memeluk buku biologi di mukanya erat. Berharap agar ilmu dalam buku itu menyerap secara osmosis ke dalam kepala otaknya.

"Malas!"jawab Ace sepatah. Dia perlu bekerja keras menelaah untuk peperiksaan akhir yang bakal mereka duduki tidak lama lagi.

"Dengar kata diaorang jemput ex student council sem lepas," kata Ryan. Dia tahu, Ace memang tidak akan menolak jika dengar perkataan Lily ataupun persatuan pelajar tahun lepas.Buktinya, Ace The Rebel tiba-tiba berubah seratus peratus apabila persatuan pelajar baharu mengambil alih pemerintahan sekolah.

"Pergi lah kot kalau macam tu," Ace menurunkan sedikit buku biologi menampakkan kedua matanya. Ace memandang ke arah Ryan sambil mengangguk.

Semburan parfum menjadikan bilik Yoh penuh dengan haruman maskulin. Dia membetulkan sut bewarna hitam sambil memakai jam tangan jenama Omega. Sekilas, rupanya diperhatikan di cermin. Rambut okey. Baju okey. Semunya okey.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now