Mid

43 2 0
                                    

What is difficult?
To know oneself

Keputusan Madam Besar tidak dapat diubah lagi. Madam Honey malahan Tuan Greig puas merayu, namum mereka tahu, cara terbaik adalah dengan menghantar Elizabeth ke luar negara untuk beberapa ketika. Mary cuma duduk senyap ketika berlangsungnya perbincangan keluarga. Dia cukup jelas dengan cara mereka mengatasi masalah.

Eliz bungkam di sudut itu mendengar. Madam Besar marah sekali apabila dapat tahu dia mengambil dadah. Ini semua disebabkan pengaruh rakan sebaya. Pada mulanya, dia cuma sekadar ke kelab malam. Kemudian, dia berkenalan dengan Loren. Eliz mahu meminta maaf dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya, tapi dia tahu. Tidak ada sesiapa yang akan percaya pada dia.

Mary tidak tahan lagi dengan situasi yang cukup berat itu. Segera dia berjalan keluar rumah.

"Nak hantar dia ke mana?" Soal Tuan Greig.
Madam Honey mengeluh tidak puas hati. Dia tidak sangka yang Greig akan bersetuju.

"Eliz is not going anywhere!" Madam Honey cuba bertegas.

"You know that if she stays, things gonna get worser than this!" Marah Tuan Greig. Dia tidak mahu nama syarikat terjejas. Kalau adik beradik lain tahu perihal Eliz, pasti akan teruk lagi. Sudahlah Hans keluar dari rumah ini tidak pulang. Harapannya kini hanya bergantung pada Yoh dan Mary.Adik-adik perempuannya yang lain hanya tunggu sahaja bahan untuk mengata Eliz.

"That's not the reason why should we give up on her! She's our daughter!" Teriak Honey dengan suara yang tinggi.

"We're not giving up!" Greig masih lagi teguh dengan keputusannya. Madam Besar cuma diam. Dia segera bangun dengan tongkat berjalan perlahan-lahan.

"We're sending her to Kyoto! Someone I know will take care of her there," putus Madam Besar. Honey dan Greig terdiam. Puas Greig cuba memujuk namun Honey tidak mahu dengar sebarang penjelasan.

Aku memandang Mary yang meluru keluar dari rumah besar. Semalam lama juga Eliz di tahan di balai.  Aku sedang menyapu daun kering di laman utama. Mary berdiri terpacak di situ, mungkin sedang cari Acik Yamy? Atau mungkin sedang cari ayah? Ke mana pula dia mahu pergi!?

"This house is so fucked up!" Dia memberitahu aku. Aku ternganga. Kemudian, Mary menyeka air matanya yang sudah lama ditahan.

"Mula Hans pergi! Next Yoh! Sekarang Eliz! I hate this fucking family!" Jeritnya kuat. Aku cuba untuk menyuruh dia bertenang, tetapi makin kuat pula dia menangis. Segera aku menarik tangannya pulang ke rumah kecil kami. Aku mengambil segelas air masak sejuk dan menghulurkan padanya.

"Mana pak cik!? Aku nak jumpa Abang Hans," kata Mary mengarah aku mencari ayah. Aku menurut sahaja kata-kata Mary dan mencari ayah. Ayah ada di bilik hujung membetulkan lampu, sementara ibu memegang tangga untuknya.

"Ayah, Mary cakap dia nak pergi jumpa Abang Hans," ujarku. Ayah yang baru selesai memasang mentol segera turun dari tangga. Dia mengelap tangan pada belakang seluar kerja. Wajahnya tampak kepenatan.

Ace minum air dengan rakus setelah tamat latihan bersama para kadet pelatih. Setelah sit up dan buat tekan tubi, dia merasakan badannya sedikit ringan.

"Dengar kata kalau nak join swat dan seangkatan kena 60 kali sit up dalam two minutes!" Ujar salah seorang kadet pelatih. Hampir tersembur air yang di minum Ace. Gila! Dia ada juga teringin untuk mencuba nasib tetapi nampak gaya masih jauh lagi.

"Kapten, dah ada plan nak join team mana ke?" Tanya rakan satu batch dengannya.

"Patrol officer, then pencen. Setakat ni tu lah plan," jawab Ace. Menjadi pegawai peronda tidak perlu latihan intensif. Cukup sekadar ilmu asas, dia sudah boleh sertai pegawai peronda.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now