Plan

35 3 2
                                    

Is it love?

Sudah beberapa hari Abang Yoh pulang, namun kami tidak ada waktu untuk berjumpa bersama. Setelah tamat perbicaraan, aku menunggu di luar mahkamah. Dari jauh kelihatan Uncle Wang dan beberapa orang hakim sedang berjalan. Apabila mata kami bertembung, aku tunduk sahaja. Kemudian dia melambai aku.

"Kenalkan, this is my daughter, Lily," katanya memperkenalkan aku pada beberapa orang hakim.

Daughter? Em~okay.

"I thought you only had a son right?" Soal salah seorang daripada mereka. Nampak sekali hubungan mereka bukan sekadar rakan sekerja. Tampak akrab.

"Daughter in law?"katanya. Aku cuma ketawa. Perihal kehilangan Ace tidak ramai yang tahu. Entahlah. Aku juga aneh. Kalau ikutkan hati, aku mahu sahaja letak muka Ace di hadapan surat khabar. Namun, kata bapa saudara Ace, perkara itu akan menjejaskan reputasi mereka. Aku juga tidak faham, namun aku menghormati keputusan mereka. Beberapa orang hakim itu mengangguk ke arahku.

Daughter in law? Oh,God!

"From The League jugak?" Soal seorang hakim. Rasanya aku pernah nampak ketika menghadiri persidangan kendalian Senior Miranda. Aku menggeleng.

"Yennifer & Miranda," jawabku. Mereka mengangguk seperti memahami sesuatu antara mereka. Siapa dalam bidang ini tak kenal dua wanita yang aku sebutkan. Rekod tanpa kalah dalam kes penceraian.

"Jom, pergi makan sekali," kata Uncle Wang. Namun, mesej Abang Yoh masuk membuatkan aku segera menolak. Setelah mereka semua pergi, aku juga memandu kereta bagi berjumpa Abang Yoh. Katanya mahu jumpa aku di hotel.
Aneh, kenapa Abang Yoh tak balik ke rumah.

Sampai di perkarangan hotel, aku memarkir kenderaan. Kemudian masuk menuju ke tingkat 18. Hotel Royale D'Generouz itu semuanya ada 40 tingkat, namun aneh sekali. Setahu aku, keluarga mereka ada satu lagi penthouse di tingkat paling atas sekali.
Aku mengetuk pintu, dan sebentar sahaja pintu terbuka dari dalam.

Saat aku masuk, pinggang aku dirangkul erat oleh Abang Yoh. Dia memakai jubah mandi berbulu bewarna putih menampakkan betis dan dadanya yang basah. Dia menarik aku ke dalam pelukkan. Sengaja aku biarkan dia begitu.

"They're sending me away," katanya. Aku bungkam. Jadi, Abang Yoh balik ke sini ada alasan.

"My dad gonna let us do his job. He decided to let Hans do that," katanya.

"But..." aku menolak tubuh Abang Yoh. Wajahnya muram.

"Abang balik sebab mummy cakap ayah nak bagi Hans sandang jawatan CEO kat sini," katanya.
"She thought that, kalau abang balik, lembaga pengarah akan buat undian," katanya.

"Apparently, Madam Besar doesn't think that way," katanya lalu duduk di birai katil.

"Is it finalize yet?" Soalku. Abang Yoh menggeleng.

"How did you know?" Soalku.

"I have my own way. Looks like they're gonna send me to US again. This time, kalau Abang pergi, memang lama Lily," katanya. Aku mendengus. Mampukah aku berjauhan dengannya! Tak.
Aku teringat pula kisah Lana dan suaminya. Hubungan jarak jauh hanya kekal beberapa tahun sahaja.

"Don't worry, I'll find a way," katanya.

"Me too! Let me help you!" Kataku. Jauh di sudut hati, entah apa yang aku boleh tolong Abang Yoh. Dia diam. Segera aku mengambil tuala dari dalam bilik air dan membantu Abang Yoh mengeringkan rambutnya. Saat aku leka mengeringkan rambutnya dengan tuala, tangan besarnya memegang tanganku.

"Nak lari dengan Abang tak?" Soalnya memandang anak mataku. Tuala putih itu menampakkan sedikit bahagian matanya yang ditutup sedikit dengan rambut yang masih belum benar-benar kering. Aku memegang pipinya, sengaja membiarkan tuala itu jatuh ke atas riba Abang Yoh.

God! If we run away~~does it solve anything?

"Lari boleh selesai masalah ke?" Balasku lembut. Aku mengusap pipi lelaki itu. Dia memeluk aku, meletakkan pipi kirinya betul-betul di bahagian perut aku, terasa sedikit geli.

"Abang tak boleh hidup kalau tak ada Lily," pujuknya. Namun, aku tahu! Yoh tidak memaknakan kata-kata ingin lari itu.

Yea. I can't live without you too.

Kalau ikut logik akal, aku juga tidak akan lari. Ibu dan ayah banyak berhabis untukku. Sepatutnya aku membalas budi mereka. Apalah sangat wang bulanan yang aku beri kalau dibandingkan dengan nama keluarga yang mereka beri pada aku. Lagipula, aku sudah terhutang budi dengan pasangan Miller.

Kalau aku lari, siapa yang hendak tengok-tengokkan pasangan Henderson. Ace sudah amanahkan aku untuk tengokkan ibu dan ayahnya. Sudah dua tahun lebih dia menghilang, keadaan juga sudah semakin tenang. Paling kurang, aku perlu berbakti kepada pasangan Henderson. Lagipula Uncle Wang sudah beri aku macam-macam sewaktu Aunty Ling tinggal dengan aku.
Ketika ini, aku masih lagi menyewa di rumah Ace. Senang. Bukan sahaja dekat dengan universiti, malah dekat juga dengan tempat kerja.

"Ayang betul tak nak lari dengan abang?" Manja dia bertanya sekali lagi. Aku mencubit geram pipi Abang Yoh yang asyik main-main.

Malam itu, kami bersama. Apabila dia memesan makanan dari hotel, aku segera menyorok di dalam bilik air bila penghantaran di buat. Setelah itu kami makan malam bersama di dalam bilik sambil memandang pemandangan melalui balkoni hotel. Makan malam kami tidaklah romantik seperti dalam novel ataupun drama cinta. Tetapi aku cukup senang kerana boleh bersamanya.
Alang-alang dia sudah kembali, kami perlu cari jalan untuk dia terus kekal berada di sini.

Persoalannya, bagaimana?

Madam Honey memandang Tuan Greig dengan wajah yang tegang.

"Hans can't do that," katanya.

"Tak habis lagi pasal ni?" Soal Tuan Greig. Madam Honey mengeluh. Walaupun belum buat undian lagi, dia tahu perebutan akan terjadi antara Yoh dan Hans.

"I belum nak pencen lagi lah!" Tegas Tuan Greig. Madam Honey mengangguk. Setelah CEO mereka berhenti akibat sakit, jawatan itu disandang sementara olehnya. Dia tahu, masih terlalu awal untuk Yoh menjadi ketua, manakala Hans pula tiada pengalaman.

"Kita tengok undi macam mana," kata Tuan Greig.
Madam Honey terdiam.
Kalau ikutkan undi, sudah tentu Hans akan mendahului. Lagipun, Hans mempunya Madam Besar yang akan menyokong tak kira apa. Kepulangan Hans diibaratkan seperti surga buat Madam Besar. Cucu kesayangannya yang hilang selama ini pulang untuk kembali bersamanya.

Aku terjaga lantas mencari telefon bimbit. Sudah pukul 6:30 pagi. Aku memandang ke bahagian kiri katil, kosong. Bila pula Abang Yoh pergi? Kenapa aku tak sedar? Aku memandang ke cermin solek dihadapan katil, baju kemeja putih Abang Yoh tersarung di badan aku. Aku sedikit mengeliat kerana berasa lenguh.

Aku meletakkan tangan di atas selimut, masih lagi memandang bahagian kiri katil yang kosong. Segera aku mencapai telefon bimbit lalu membuka aplikasi chat.

Abang balik dulu. Taknak kejutkan sayang—Yoh

Entahlah. Aku semakin hari semakin ragu tentang perhubungan kami yang sepertinya tidak ke mana ini. Perasaan insekiur mula menikam aku. Lambat laun, hubungan rahsia ini akan terbongkar juga. Saat itu, Abang Yoh dan aku barangkali akan hilang segala-galanya. Ibu dan ayah pasti tidak mampu berhadapan dengan pasangan D'Generouz.
Tambahan lagi, usaha Abang Yoh dan dedikasinya terhadap perniagaan keluarga akan sia-sia begitu sahaja.
Terutama jika ada campur tangan Madam Besar.

Selesai membaca mesej,aku menutup telefon. Aku juga harus pulang ke rumah dan bersiap untuk ke tempat kerja.


Nota kaki:
Siapa rindu Ace cuba komen sikit!

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now