Gantung

59 2 0
                                    

Not all female lead are stupid.

Keputusan untuk menggantung aku dibuat setelah Ace dan Yoh menyerahkan "senjata rahsia" kepada Mrs. Jane dan Mrs Barbara. Aku tidak tahu bagaimana mereka melakukan perkara itu, tapi aku dengar mereka bertumbuk teruk. Sedangkan aku fikir, mereka boleh sahaja pergi dan serahkan fail kepada guru.

Nanti.

Ah, lupa pula! Sedangkan dengan sepatah nama D'Generouz dan Henderson membuatkan mereka boleh lepas, inikan pula pergi merayu guru untuk membantu aku. Memang tak jadi apalah.

So, was those drama necessary!?

Ibu dan ayah tidak marah kepadaku, sebaliknya ayah tidak bercakap dengan aku. Sepanjang dua minggu digantung persekolahan, aku bagaikan terputus dengan dunia luar. Telefon bimbit juga dirampas, aku tidak dibenarkan keluar dari rumah. Bahkan sepanjang dua minggu ini, aku juga tidak bertemu dengan Abang Yoh mahupun Ace. Mary dan Eliz juga tidak aku jumpa. Aku sekadar berkurung di dalam bilik, menyiapkan essai bagi memohon dana siswa. Sudah berkali-kali aku taip dan padam!

Aku terlentang seketika di atas katil. Seolah-olah tidak percaya dengan diri sendiri. Aku sudah digantung, jadi masih ada harapankah untuk aku dapatkan dana siswa untuk tahun hadapan? Draft essai tentang hierakrasi sosial di sekolah dipandang lama. Persetan ini semua! Aku malas nak fikir!

Lihat sahaja bagaimana aku boleh digantung sedangkan yang melakukan kesalahan Mr. Dom dan pengetua. Aku menendang bantal.

Unfair. Unfair. Unfair.

Hari berganti minggu. Sekejap sahaja sudah dua minggu. Masa aku dihabiskan dengan menonton drama penyiasatan di televisyen. Aku bercadang mahu jadi peguam bela. Cara mereka berhujah membuatkan aku terasa profesion itu sangat "cool". Ataupun, aku boleh jadi "profiler" ataupun pegawai polis?
Ah,sudah!
Aku mahu jadi peguam!

Esok aku sudah boleh bersekolah kembali. Aku fikir keputusan peperiksaan juga mungkin akan keluar. Setelah pertandingan-pertandingan yang berlangsung tamat, perihal aku dan Mr. Dom tamat, mungkin aku boleh hidup seperti biasa kembali.

Well, they are going to talk shit about me, and I'll just listen.

Aku segera memasukkan buku mengikuti jadual hari esok. Setelah itu, aku memberus gigi dan mencuci muka. Aku juga tidak berhubung dengan Ace, lagipula telefon bimbit aku telah di rampas. Setelah berbaring, ayah mengetuk pintu bilik. Malas-malas aku berjalan untuk membukanya. Acik Yamy dan ibu ada di rumah besar masih bekerja. Ayah duduk di kerusi belajar aku. Aku juga telah salah faham dengan ibu dan ayah. Aku mati-mati menyangka mereka akan menghantar aku pulang ke tempat asalku. Ayah memberikan telefon bimbit kembali kepada aku. Sudah tiada bateri. Aku duduk terdiam sambil bersila di atas katil.

"Ayah nak cakap sikit," ujarnya. Aku cuma mengangguk.

"Ini pengajaran untuk Lily. Lepas ni, ayah dah tak nak dengar perkara macam ni jadi. Abang Yoh dengan kawan Lily, Ace dah cerita dekat ayah," ujarnya. Aku mengangguk. Setelah itu ayah mengucapkan selamat malam kepadaku.

"Ayah!" Aku memanggil sejurus ayah membuka pintu.

"Sorry," ucapku. Ayah tersenyum. Aku kembali berbaring. Nampaknya, Abang Yoh dan Ace telah banyak membantu aku. Aku perlu balas jasa mereka. Mungkin juga tanpa pertolongan mereka, aku sudah bakal di buang sekolah?!

Well, win-win. I did help them too!

Esok pagi, aku keluar seperti biasa. Sedang aku membuka kunci basikal, kelihatan Abang Yoh segera berlari ke arahku sambil menuntun basikalnya.

"Long time no see!" tegurku. Abang Yoh ketawa.

"Patutnya tinggal serumah, tapi ada orang tu kena grounded, abang pula ada tournament...so, GOOD MORNING!" sapa Abang Yoh dengan wajah yang ceria. Dengar Acik Yamy kata, mereka kalah di suku akhir. Entahlah, aku malas hendak tanya lebih-lebih. Setelah membuka pintu pagar besar, kelihatan seorang pelajar lelaki sekolah kami sedang menanti dengan basikal bewarna putih.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now