Yoh D'Generouz

40 3 0
                                    

Backstory.

"You nak I palsukan DNA test?" Soal Tang kasar pada Joanne yang sedang tenang minum air putih. Di sisinya dia sedang mengendong bayi yang berusia beberapa hari. Pantang masih belum tamat, dia sudah mulai merancang.

"You know I slept around a lot right!" Kata Joanne.

"One of them is Greig D'Generouz," kata Joanne ceria.

"And! You worked for Professor that worked for them. Magic!" Kata Joanne.
"God loves me," kata Joanne ceria lagi.

"You tau tak kalau I kena tangkap lesen medical I boleh kena gantung!" Kata Tang. Rumah kecil itu dipandangnya, Joanne sedang duduk di atas tilam. Mereka berdua hidup susah, tinggal bersama di bandar bagi tujuan jimat duit belanja sewa. Joanne setiap malam akan keluar, manakala dia juga sibuk.

"Janganlah bagi kena tangkap!" Kata Joanne selamba. Bunyi rengekkan Yoh membuatkan dia terasa bingit.

"Baby lapar tu," komen Tang.

"Bagilah susu you," kata Joanne. Tang mengetap gigi. Joanne langsung tidak peduli atau bertanggungjawab dengan Yoh.

"Budak ni kan anak you," kata Joanne lalu berbaring menutup matanya dari terkena lampu pendaflour yang mencucuk. Tang segera mengendong bayi memujuk sebelum bergegas pergi membuat susu.
Setelah diberikan susu, budak itu masih tidak lagi berhenti merengek.

"Kita buang je lah budak bising ni!" Kata Joanne.

"Gila! Anak I! I jagalah!" Bentak Tang. Tiba-tiba, pager berbunyi.

"You decide. Sama ada you nak tolong I pastikan budak ni jadi anak D'Generouz yang kaya nak mati tu, atau kita buang je! See! You sibuk, I penat. You nak kita bagi budak ni makan apa! Kita ni miskin faham tak!" Kata Joanne.

"I nak kena kerja, apa-apa keputusan tunggu I balik," kata Tang lantas bergegas keluar. Hujan mulai turun renyai-renyai sebelum lebat. Tang tidak kelihatan seperti ingin pulang. Manakala budak itu masih tidak henti-henti menangis.

Lambat! Dua hari dia tunggu namun Tang terlampau sibuk menjaga pesakit di hospital.

Joanne tidak tahan lagi. Dia segera memakai baju hujan besar, menahan teksi untuk ke kediaman D'Generouz. Dia masih ingat akan Greig, ketika melanggan khidmatnya lelaki itu meninggalkan amaun yang cukup lumayan.
Sampai di rumah, seorang pembantu rumah keluarga itu berasa kasihan lalu membawa dia masuk.

Wajah Madam Honey pucat lesi apabila dapat tahu tentang kewujudan budak itu. Ketika itu, Madam Ratna sedang mendukung anak lelaki tunggal mereka Hans. Greig tidak pula menafikan perkara yang berlaku.

Malam itu, Professor doktor keluarga D'Generouz datang bersama pembantu mereka Doktor Tang. Doktor Tang senyap sahaja melihat Joanne sedang duduk bersilang kaki menikmati teh cina sementara Madam Honey mengendong bayi lelaki yang masih kecil itu.

Arahan yang diterimanya mudah. Malam itu mereka perlu buat ujian DNA ke atas bayi itu bagi memastikan bayi itu sebahagian dari keluarga D'Generouz atau bukan.

Doktor Tang menjeling ke arah wanita yang tampak tenang dengan wajah sombong itu. Dia tahu wanita itu sedang mengharapkan bantuannya.

***

Bilik makmal gelap namun ditemani sedikit lampu.Doktor Tang membawa sampel rambut di dalam dua bungkus plastik, serta sampel berus gigi dan air liur bayi untuk proses pengesahan DNA.

Wajahnya muram sahaja sebaik menyerahkan sampel itu kepada pihak makmal. Dia dan salah seorang pekerja di situ mengangguk, memberi isyarat saling memahami.

Setelah itu dia menunggu persampelan dan keputusan ujian. Seperti yang dia syak, ujian mendapati 99.9% hasilnya adalah sama. Dia senyap sebelum menelefon Professor bagi memaklumkan perkara itu. Sejak dari Tahun 1 dia baik dengan Professor, jadi Professor memang sangat mempercayainya. Mustahil baginya untuk mengkhianati seseorang yang telah dianggap seperti bapa itu.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now