Weeks

43 3 1
                                    

Kepala tak sehati, hatiku tak sekepala

Genap dua minggu kehilangan Ace. Disebabkan terlampau berang dengan tindakan polis di sana, akhirnya Aunty Ling mengarahkan sendiri pasukan penyiasatan yang di bawah pimpinan ahli tentera bawahannya.
Namun, Ace tetap juga tidak dijumpai. Selang beberapa hari, mereka ada terjumpa kemeja kotak-kotak merah yang dipakai Ace tersangkut pada batu.

Disebabkan penemuan kemeja itu juga, mereka mengesyaki Ace mungkin di bawa hanyut arus deras. Saat aku mendengar ungkapan itu, jantung aku hampir putus. Kaki aku lemah longlai manakala Aunty Ling menangis teresak-esak sambik menepuk dadanya.

Impossible.

Kalau benar Ace mati, jadi mana mayatnya! Beratus-ratus penyelamat yang masuk, takkan seorang pun tak jumpa mayat Ace! Atau mungkin Ace diselamatkan oleh puak orang asli pedalaman yang tinggal dalam hutan! Aku tak tahu!

And...Abang keeps on calling me! Can he just stop?

Abang Yoh asyik telefon aku, namun satu panggilan pun aku tidak angkat. Biarlah dia bergembira di pantai California sementara aku di sini sengsara bagaikan tupai hilang anak.

Mana Ace? Katanya dia datang ke sini untuk jaga ibu! Jaga apa kalau macam ni?!

This is mere bullshit!

Aku mahu sahaja meraung nama Ace menyuruh dia jangan main sembunyi-sembunyi. Segera aku berlari ke kawasan yang dipasang plastik larangan masuk.

"Ace!!!! Keluar!!!!!" Hamburku. Aku sudah tidak peduli dengan padangan orang sekeliling. Air mata Aunty Ling sudah sampai ke tahap maksimum. Setiap kali melihat wanita itu kelesuan menangis, aku jadi tidak sampai hati. Sepanjang dua minggu di sini, setiap hari kami akan datang ke tepian hutan, dan lewat malam baru pulang ke rumah Aunty Ling.

"Lily!" Jack cuba menahan aku.

"He's in there!!!!!" Teriakku.

Aku cuba meloloskan diri daripada cengkaman tangan Jack, namun dia jauh lebih kuat daripada aku.

Oh...Ace!

"Ace dah takde..." katanya. Lututku lemah longlai. Aku duduk di situ sambil memeluk lutut.

Did he just leave me like this? Ace!!!! Bastard!

Ace tinggalkan kami semua begini! Macam ni? Tanpa sebarang khabar! Tanpa jasad! Mana dia pergi. Jack mengusap belakang aku. Lewat petang nanti, penerbangan pulang. Aunty Ling akan ikut sekali. Buat sementara dia akan tinggal di rumah Uncle Wang sebelum tinggal denganku di apartment. Aku sudah berjanji dengan Ace akan tengok-tengokkan ibu dan ayahnya.
Jadi, aku tak kisah kalau tinggal dengan Aunty Ling sebelum aku boleh sewa rumah yang baru pada semester depan.

Aku memeluk lutut sambil menekup muka. Ace pasti akan pulang! Aku yakin Ace masih lagi bernafas dan hidup dengan baik. Tapi, persoalannya. Kenapa dia menghilang begini. Ace cakap mahu jadi anak yang baik untuk keluarga. Namun...

Tanpa sedar, aku duduk termenung di situ beberapa jam lamanya. Aku hanya tersedar apabila Jack memberitahu bahawa dia akan uruskan hal di sini sementara aku dan Uncle Wang berserta Aunty Ling pulang ke Middle City dengan pesawat pada malam hari.

Hatiku berat. Aku mahu jumpa Ace buat kali terakhir.

Yoh termenung ke luar jendela. Terasa fikirannya kosong. Sudah dua minggu Lily langsung tidak menghubunginya. Dua minggu juga mesej yang dia dapat hanyalah
"Later,"

Yoh hampir sahaja mahu menterbalikkan semua barang yang ada. Namun, dia melupakan hasratnya. Segera dia bersiap untuk keluar.

"Nak pergi mana?" Soal Mama Honey yang ada di ruang tamu sedang menonton drama bersiri dengan Mary. Acik Yamy juga ada di situ, namun dia duduk di atas lantai, bukannya atas sofa. Mary sedang berbaring di sofa panjang. Madam Joanne tidak pula kelihatan. Mungkin sedang menonton drama yang sama dari dalam bilik.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now