Smell

40 2 0
                                    

Ace berjalan di belakang aku. Dari muka pintu hotel, aku sudah nampak ibu dan ayah bergerak ke belakang taman hotel. Keadaan mereka sangat kalut, ibu yang dengan membawa beberapa bekas bakul manakala ayah sedang membantu beberapa orang pekerja membawa pasu bunga besar. Ace tiba-tina terhenti di belakang aku.

Kepala aku ligat berfikir. Kalau ibu dan ayah jatuh sakit sebab terkejut jumpa Ace bagaimana? Sudah hampir empat bulan aku tinggal bersama Ace namun mereka tidak tahu. Sepanjang empat bulan ini, aku perasan bahawa ibu dan ayah tidak datang ke rumah apartmen, sebaliknya aku sahaja yang pulang menjenguk mereka sekali sekala.

Aku segera berpusing memandang Ace yang kelihatan cukup cemas. Dia cuba mengelak dari bertentang mata dengan orang ramai. Aku memandang ke arahnya yang serba tak kena.

Tiba-tiba, kedengaran derapan hebat tapak kaki berbunyi. Aku dan Ace yang berada di tepi termangu seketika melihat Abang Yoh dan keluarga kecilnya sedang berhadapan dengan wartawan. Kelihatan raut wajah Abigail begitu gembira dan terhibur dengan kebahagiaan yang sedia ada.

Aku melihat mereka umpama sebuah keluarga yang bahagia. Jauh di sudut hati, aku amat mencemburui Abigail kerana mempunyai keluarga yang cukup menyayanginya. Taktakala aku sebaya dengan Abigail, aku sibuk berpindah dari satu rumah anak yatim ke satu rumah anak yatim bagaikan anak terbuang.

"Lily," panggilan Ace mengejutkan aku. Aku memandang Ace sekilas kemudian terus memerhati ke arah Abang Yoh dan keluarga. Kelihatan Abigail mencium pipi Yoh sambil ditemani gelak tawa ibunya, Riley. Abang Yoh juga kelihatan gembira.

"Fuck! I hate this," bisikku lalu tertunduk menahan sakit hati. Hati aku bagai disiat-siat melihat kebahagiaan mereka.

"Shucks! I thought I'm gonna be fine!" Keluhku. Ace menarik tangan aku.

See! Abang Yoh face just screams happiness when he looked at Abby!

"Dah..dah...let's go!" Ace cuba mengubah topik.

Ace terus menolak aku hingga aku hampir sahaja terlanggar ibu. Apabila aku menoleh untuk marah, dia berpusing 360 darjah supaya ibu tidak dapat melihat wajahnya.

"Ada apa ni?" Soalnya. Ibu terjenguk-jenguk lelaki di belakang lalu datang berbisik padaku.

"Boyfriend?" Soalnya mahu tahu. Aku menggaru kepala, sukar untuk jelaskan hubungan kami ketika ini.

"Lebih kurang macam skandal," jawabku mengalu-alukan tamparan lembut dari ibu. Ibu berkerut. Dia mahu memanggil teman yang aku bawa.

"Ibu, jangan terkejut sangat okey," pesanku. Ibu mencuit belakang baju lelaki yang memakai baju kemeja biru gelap itu. Ace segera berpaling memandang ke arah ibu sambil terkebil-kebil. Mulut ibu terlopong luas bagaikan tidak percaya dengan apa yang matanya sudah lihat.

Aww...

"Well...it's kinda hard to explain," tambahku lalu menyaksikan ibu menarik Ace ke dalam pelukkan. Ace tercengang. Aku mengangkat kening, bagaikan tidak percaya dengan perkara yang boleh dilakukan ibu. Ibu memegang kedua belah pipi Ace sambil tersenyum.

"Ibu tahu Ace ibu akan balik!" Katanya. Dia memandang ke arahku.

"Kenapa Lily tak bagitahu ibu awal sikit! Ibu boleh masak macam-macam!" Kata ibu. Aku menggaru kepala. Ibu segera berbisik kepada Ace, mereka kemudian ketawa. Melihat mereka gembira, aku turut senang hati. Tanpa sedar, aku mencuri pandang ke arah Abang Yoh. Dia juga sedang memandang ke arah aku dan ibu sambil mengendong Abby, kemudian kami saling bertukar pandangan.

Pandangan yang cukup sukar untuk ditafsirkan.

"I don't see your mummy," Madam Honey separuh berbisik kepada Yoh. Yoh menggeleng. Dia yakin, kehilangan mummy tidak ada kaitan dengan Madam Honey. Lagipun, mereka cukup sibuk kebelakangan ini. Tambahan lagi, kehilangan ibu tidak berkait dengan Hans. Noelle sentiasa melaporkan gerak geri Hans kepada Yoh.
Cuma, satu-satu orang yang dia tidak dapat menyangkal untuk syak ialah Madam Besar Ratna.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now