Pergi

35 4 0
                                    


Kami saling berpandangan. Ibu dan ayah pula sedang berbual dengan Uncle Wang di tepi troli. Aku merenung Ace lama. Wajahnya tenang sahaja, mata hazel itu juga tenang seperti air sungai mengalir.

"I can't believe this!" Ucapku terus terang. Ace membuka balang cookies yang aku berikan padanya ketika mula-mula sampai tadi. Asalnya aku hendak suruh dia makan dalam kapal terbang.

"What!" Kata Ace.

"I'll be back," kata Ace dengan senyuman. Aku menghela nafas memandang ke arah ibu dan ayah. Uncle Wang kelihatan biasa sahaja.

Segera aku menanggalkan rantai berbentuk bulan sabit yang Ace hadiahkan padaku ketika hari jadi.

"You don't want my present anymore?" Soalnya melihat aku membuka rantai. Aku menggeleng.
Segera aku menjengket sedikit dan memasangkan rantai itu pada Ace.

"This will protect ya," kataku tidak peduli pada Ace.

"Jangan tanggal pulak," ujarku.

"Protect me?" Soal Ace. Aku menghela nafas.
Sejak memakai rantai yang Ace berikan, aku merasakan seolah-olah ada "guardian angel" menemani hari-hariku.

Aku membetulkan kolar baju Ace yang sedikit senget. Dia memakai kemeja lengan panjang biru muda dan sedikit jalur nipis bewarna putih. Seluar slack hitam dan rambutnya yang masih kemas seperti mula-mula dia masuk ke akademi.

"I don't know. I just tak sedap hati," kataku. Ace bungkam.

Dia menanggalkan rantai akademi yang masih dia pakai lalu dipakaikan padaku.

"What's with this dog tag!" Soalku tidak puas hati dengan rantai petak itu.
"Well....since I took yours so..." Ace cuba memujuk.

"Ace," panggilku.
"Yea," jawabnya tenang menatap aku.

"Aku tak sedap hati," kataku. Ace mengerutkan dahi.
"Ridiculuos," segera balasnya.

"Ace!" Aku memanggil lagi.
"Apa lagi!" Dia mencekak pinggang memandang aku sambil tersengih.

"I kinda don't want to lose you," balasku jujur. Dia ketawa sinis.
"Aku kau nak. Yoh pun kau nak. Habis lah macam ni!" Dia merungut. Kedengaran sedikit sinis. Segera, aku mencebik sambil berpeluk tubuh.

"不用担心,我会回来的!búyòng dānxīn(don't worry), wǒ huì huí lái de( I'll come back)" tambah Ace cuba menenangkan fikiran aku yang dilanda kerisauan. Ace mencubit pipi kanan aku perlahan dan mengusap ubun-ubunku.

Segera aku mencapai tangan Ace di atas kepala aku. Aku menantap sepasang mata hazel yang tenang memerhati aku sejak dari tadi.

"Tengok-tengok ayah aku sama time aku tak ada," kata  Ace memegang tangan aku. Segugus kunci kereta di beri pada aku.

"Apa ni?" Soalku melihat kunci kereta BMW hitam baru Ace didalam tangan.

"Kan aku tak ada, kau guna lah," kata Ace. Aku mendengus perlahan memulangkan kunci kepada Ace.

"Ace!!!" Aku terasa ingin marah.

"Take care of my things here. My house, car, dad..." kata Ace masih memberi kunci kepada aku. Akhirnya aku terima dengan pemikiran setelah Ace pergi aku akan pulangkan kunci kepada Uncle Wang.

"多保重 duō bǎozhòng(take care)," pesanku lembut memegang tangan kanan Ace. Dia mengangguk sahaja, masih lagi tenang.

"Okey. Kau pun take care," pesan Ace. Aku mengangguk dan berjalan ke arah Uncle Wang. Sengaja aku meninggalkan Ace untuk memeriksa kembali barang-barang pentingnya.

Ace memandang sahaja bahagian sisi Lily yang tiba-tiba ketawa disamping ibu ayah dan bapanya. Ace tersenyum melihat wajah mereka.

Dia sendiri tidak pasti bila dia akan pulang? Ataupun dia tidak akan pulang lagi. Dia sendiri tidak pasti dengan Lily. Kadang-kadang, gaya mereka bagaukan pasangan hangat bercinta. Tetapi, Ace sedar pada Lily, Ace cuma sekadar kawan. Hanya Yoh sahaja yang berjaya mengetuk pintu hati gadis itu.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now