People aren't interested in the boring truth
Tengah hari aku meletakkan laporan kajian sejarah tentang Maharaja Kangxi di meja Mrs. Jane. Dia memandang aku lama sebelum mengangguk-anggukan kepala. Sebelum pergi, aku sempat bertanya pada Mrs. Jane tentang dana siswa. Namanya tertera sebagai guru yang akan mengendalikan sebarang permasalahan dan pertanyaan mengenai dana siswa.
"So, you're not in any club?" soalnya setelah mendengar penjelasan aku. Aku mahu mendapat dana siswa, tapi aku tidak terlibat dalam aktiviti luar bilik darjah. Ia akan menyukarkan aku!
"How about Student's Council? They always accept anyone. Hujung bulan depan, 3rd yeard students akan letak jawatan, you probably boleh bertanding untuk Student Council election?" katanya.
Aku menggeleng. Tidak, aku tak mahu terlibat dengan persatuan pelajar. Banyak kerja! Sedar tidak sedar, sudah hampir masa untuk senior tahun 3 bersara dan digantikan dengan junior baharu. Sepanjang perjalanan ke kelas yang terletak agak jauh itu, aku terfikir tentang Abang Yoh. Derek telah diserap masuk ke dalam skuad kebangsaan.
Abang Yoh juga sudah berada di tahun 3, adakah ini bermakna, Abang Yoh juga akan bersara dari pasukan bola sepak? Sayangnya. Abang Yoh sentiasa kelihatan gembira ketika bermain bola sepak. Di dalam kelas, Miyaki dan Gina sedang menari ballet di bahagian hadapan kelas. Aku masuk melalui pintu belakang supaya tidak menjadi halangan untuknya. Miyaki kelihatan sungguh cantik, badannya melentik dan lawa. Pasti drama yang direkodkan oleh mereka bersama Mr. Dom dapat menunjukkan kecantikan mereka pada umum.
How nice being pretty, everyone treats you nicely!
Aku sentiasa cemburu dengan orang yang dilahirkan cantik. Walaupun aku juga cukup sifat, namun dunia lebih memandang tinggi kepada mereka yang cantik dan kaya. Banyak kerja mendahulukan wanita cantik. Pelakon, model, pramugari, semuanya memerlukan kriteria menjadi cantik sebagai syarat wajib.
Aku pernah terdengar, seorang wanita mendapt kerja hanya gara-gara dia cantik.
Persetan dengan ayat "every women beautiful" , ia merupakan pembohongan yang nyata. Aku sedar, cuma wanita cantik yang benar-benar boleh dapatkan kegembiraan.
Jadi, tidak salah kalau setiap wanita mahu menjadi cantik!And I hope you realised it too.
Jam menunjukkan pukul 7:00 petang. Ace tercegat berdiri di pintu pagar sekolah. Niat asalnya, dia mahu ke loker sebentar dan mengambil kad akses permainan online. Tadi dia tertinggal. Puas dia memujuk pak cik jagar, namun tidak berjaya. Akhirnya, dia sendiri memanjat dinding di bahagian belakang makmal untuk masuk. Di situ tiada CCTV. Ace berjalan, kemudian bertembung dengan Miyaki di bilik audio.
"Hai," tegur Miyaki. Ace mengangkat tangan. Sudah lewat petang, masih tak balik lagi. Ace berlari ke loker dan mengambil kartu akses permainan dalam talian. Seterusnya, dia sepantas kilat berlari keluar dari pagar pergi menunggu bas. Jarak dari sekolah dan kafe siber mengambil masa kira-kira 15 minit dengan menaiki bas. Nasibnya baik, ketika itu juga bas sampai.
Berdiri di hadapan kafe siber, Ace mendapat mesej dari Ryan yang dia tidak dapat datang kerana perlu mengurus masalah keluarga. Dari jauh, kelihatan sekumpulan pelajar lelaki sekolahnya sedang berjalan ke belakang kafe siber itu. Dia kenal mereka, budak-budak wakil sekolah dalam sukan judo. Dia tidak berfikiran macam-macam, sebaliknya bergerak ke gelanggang awan berdekatan.
Mungkin ada yang tengah main "street ball"? Dia bercongak sendirian sebelum menuju ke sana. Mood untuk bermain permainan online juga hilang kerana ketiadaan Ryan.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Flower, Lily (BM)
Fiksi RemajaMenjadi anak angkat kepada pembantu rumah keluarga orang kaya bukanlah impian Lily. Sebaliknya, jalan pantas untuk dia lari dari tanggungjawab. Perkenalan dengan dua jejaka bahkan bukan menenangkan, sebaliknya membuatkan kehidupan yang tenang bagai...