I miss you like crazy
Kehilangan Ace sudah hampir dua tahun. Aku sudah memulakan internship di Yennifer & Miranda Co, dan kehidupan aku mulai sibuk. Hujung tahun depan, aku akan bergraduasi sebelum boleh menjadi peguam di sini.
Sebenarnya, aku ingat menjadi peguam merupakan perkara yang menarik.Namun,tidak.
Sesi internship aku di sini hanyalah memerlukan aku kemahiran dalam mencetak, memfotokopi dan menyalin kembali dokumen. Kadang-kadang, aku perlu memeriksa kesalahan tatabahasa. Itu sahaja.
Berbeza dengan Abang Yoh yang jauh di mata tetapi sentiasa dekat di hati, kehidupannya lebih stabil. Setelah tamat internship, dia terus diserapkan dalam bahagian pengurusan di hotel mereka cawangan New York.
Aku segera mengambil majalah Men's & Health yang ada di toko buku. Majalah popular antarabangsa itu meletakkan Abang Yoh sebagai cover utama mereka. Seorang direktur muda yang terkenal dengan strategi pengurusan yang berkesan.
"Work hard don't play," tertera kata-kata Abang Yoh di hadapan cover majalah itu. Dia memakai tshirt hitam ketat dan seluar jean. Bajunya hampir sahaja membuat aku termalu sendirian. Waktu rehat selama sejam harus digunakan dengan sebaik mungkin, kalau tidak nanti aku tak akan ada tenaga untuk memfotokopi kertas. Aku membawa majalah itu masuk ke restoran dan duduk di kawasan hujung.
Sudah biasa makan sendirian. Aku merasakan makan sendirian merupakan perkara yang tenang. Aku tidak perlu menunggu orang lain.
No, I mean. People should normalised eating alone. Literally.
I don't say we didn't need partner, but eating alone was fine. You can eat without talking, or worry about anything. And of course, you might find inner peace when eating alone.Setelah makanan yang aku pesan sampai, aku makan sambil membuka majalah. Majalah itu disembunyikan sedikit.
I mean, the magazine itself was a health magazine, not porn or anything.
Aku tertarik melihat pose yang dilakukan Abang Yoh, terutama pose memakai baju hitam. Baju itu ditarik ke atas menampakkan otot-otot perutnya. Lebih kurang, macam acah nak bagi tengok dan tidak benarkan tengok!
Eleh!
Hampir tersembur nasi goreng yang aku makan apabila menyelak ke muka surat sebelah. Kali ini, dia tidak memakai baju, sedang menunjukkan bentuk badan yang sihat.Shucks! He's buff. I mean look at those abs!
Ah! Baru aku ingat. Abang Yoh boleh masuk dalam majalah ini sebab dia belajar kickboxing kebelakangan ini. Patutlah badan dia lain macam! Katanya, ketika di gelanggang, seorang karyawan syarikat hiburan datang dan cuba merekrutnya untuk menjadi idol.
Aku segera menutup majalah dan menyedut minuman. Boleh kena sakit jantung macam ni! Aku masih lagi terbatuk-batuk kecil. Abang Yoh ada cakap dia akan masuk majalah, tetapi tak cakap pula bagaimana dia shooting untuk majalah.
Ah! Sakit jantung aku!Aku menekup muka termalu sendiri.
Gawd! He's hot!
Segera aku menghantar pesanan kepadanya. Selang beberapa minit cepat sahaja mendapat balasan.
Dah tengok dah majalah tu!Wow!👀—Lily
Do I look good?— Abang Yoh
🤤—Lily
🤭—Abang Yoh
Aku mahu ketawa. Namun, sedar yang aku bersendirian. Nanti, orang-orang sekeliling kata aku gila pula! Tahan Lily! Jangan gelak lagi! Balik rumah nanti baru ketawa.
YOU ARE READING
My Flower, Lily (BM)
Teen FictionMenjadi anak angkat kepada pembantu rumah keluarga orang kaya bukanlah impian Lily. Sebaliknya, jalan pantas untuk dia lari dari tanggungjawab. Perkenalan dengan dua jejaka bahkan bukan menenangkan, sebaliknya membuatkan kehidupan yang tenang bagai...