110

37 2 0
                                    

Setelah menurunkan Ace di perkarangan apartment, aku memberitahu bahawa aku akan pulang sedikit lewat. Ace kelihatan risau, namun aku cuba meyakinkan Ace bahawa segalanya baik dan aku berada dalam keadaan okey.

Tidak lama, aku terus memandu ke rumah Madam Joanne. Berkali-kali aku menekan loceng namun tiada bunyi. Aku mulai khuatir kalau-kalau Hans sudah dapatkan Madam Joanne yang selama ini hidup di bawah radar.
Lama, baru dia membuka pintu. Aku tidak memberi sepatah kata, sebaiknya terus menerjah masuk.
Setelah masuk, aku melihat keadaan penthouse itu cukup sunyi. Dia kelihatan bingung dengan aku.

Segera aku masuk ke biliknya, namun dia menghalang aku. Namun, tenaga wanita separuh abad itu tidak mampu menandingi aku. Cekap sahaja aku mengambil bagasi besar dan menyumbatkan baju-baju ke dalam beg secara gopoh.

"Hey! Apa ni!" Katanya. Aku menjeling tidak peduli.

"You're going away," kataku.

"Apa you cakap! Yoh tak kata apa pun!" Soalnya. Aku mencebik.

"You're staying here are fucking dangerous for abang. If Hans told everyone about you, then you need to say goodbye for everything!" Marahku.

"Apa pula! Zaman sekarang orang dah..." dia cuba bergaduh mulut.

"Zaman masih sama. Semua orang masih pandang buruk kepada perempuan simpanan! Greig D'Generouz was well known as a devoted husband. If any chance fakta yang Abang Yoh anak luar nikah diketahui umum, saham gonna drop!They're fucking against him! M&G can't support him anymore. Lost trust. Banyak akan rugi!" Kataku tegas, masih lagi menyumbat bajunya ke dalam beg.

"So what! Perempuan simpanan so what! Cakap macam you bukan! Apa beza you dengan I!" Herdiknya. Aku tahu bahawa Abang Yoh memberitahu mummy tentang hal kami.
Aku menolak wanita tua itu ke almari sambil memandang tajam ke arah anak matanya.

"Bezanya! Aku pandai! Kau bodoh!" Kataku. Madam Joanne terdiam lama.

"Madam Joanne. I know you love Yoh more than anything. So, that's why you need to do this," kataku.

"I know you wanted Yoh to become the heir right. Kami dah dekat dengan semua tu. You're going to help Yoh right?" Soalku lagi. Dia tunduk.

"For all your life...you cuba pujuk Yoh untuk jadi the heir, but he just doesn't listen. Now, he's heading to the throne..." kataku cuba memujuk.

"We can't let him give up everything because of you right?" Aku masih tidak berputus asa memujuk. Kelihatan dia seperti sudah mengalah dengan aku.

"Apa yang I kena buat sekarang? I nak pergi mana?" Soalnya. Aku tersenyum sinis. Dalam kereta tadi, aku sudah ada perancangan untuknya.

Ace tersenyum. Kata doktor dia boleh berhenti dari makan ubat jika terus menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.

Ace menyertai beberapa orang senior dalam ops membanteras perjudian. Hampir sahaja dia bertumbuk dengan penjenayah, namun dia terasa seperti sudah kembali ke stamina dan tubuh yang lama. Sebenarnya, dia sedikit terpelanting apabila ditendang sebentar tadi.
Mungkin dia perlu pergi ke gym dan membuat latihan menembak semula.

Ace dan junior perempuannya berjalan bergandingan setelah penjenayah yang terlibat dalam perjudian dikurung di dalam lokap.

"I should hit the gym," kata Ace.
Junior perempuan di tempat kerja memberi satu bungkusan plastik mengandungi salap pelekat.

"Oh, thank you," kata Ace.
Dia harus pakai salap pelekat, nasib sahaja penjenayah tadi tidak menumbuk lebam wajahnya, kalau tidak susah untuk dia menjawab soalan Lily di kemudian hari.

Em, itupun kalau Lily tanya.

"Ace! Come here for a second," Kapten Jong memanggil. Ace meminta diri seketika sebelum bertemu dengan Kapten Jong.Kapten  tidak banyak bercakap, sebaliknya hanya memberikan Ace sekeping kertas.

Ace membaca. Wajahnya berubak riak.

Dia cuba meminta penerangan dari Kapten Jong tetapi dia tahu, hal-hal sebegini mustahil Kapten Jong tahu. Selalunya, hal begini akan melibatkan orang-orang atas.

"Kena prektis dulu, dah lama tak pegang," kata Ace.

"Lagipun..." Ace teringat kepada PTSD yang dia hadapi.

"You can't get strong if you don't fight," kata Kapten Ju. Ace angguk-anggukkan kepala, dia kemudian mendengus perlahan.

"I'll comeback stronger," katanya. Ingatan tentang peristiwa perit itu berlalu bagaikan wayang gambar di kepala, Ace tersandar di dinding. Alasan mereka memanggilnya cukup mudah, orang tak cukup.
Dia tahu, kadang-kadang akan ada orang yang mengawasi gerak-gerinya.

Once a sniper, you'll get it for the rest of your life.

Latihan gerila mereka ketika berada di kem memang jauh lebih teruk kalau dibandingkan dengan akademi.

"Right. I need to protect the country. If I protect the country, Lily will be safe and sound," desisnya. Dahulu setiap kali dia mahu turun ke lapangan atau misi, dia akan mengingati Lily. Kata-kata Lily ketika mereka berada di sekolah berbekas terus di hatinya. Kata-kata Lily sebelum dia berangkat ke Hong Kong masih segar dalam ingatan.

"Your responsibility is the country," bisik Ace lalu memejamkan kedua belah mata. Dia tersenyum. Penyakit dan trauma harus segera di atasi, dia tidak mahu sesiapapun terluka.

Nota kaki: lately ni i sibuk settle assignment, so sorry👀🌞

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now